Anak lebih pintar daripada Barrack Obama!

Anak-anak pintar atau 'prodigy' harus dipimpin dan dibimbing agar bukan saja kejayaan mereka dapat diteruskan, tetapi kehidupan mereka juga lebih bermakna. Ikuti perbincangan tentang anak-anak genius dan bagaimana membantu mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Sedang kanak-kanak lain sibuk belajar berjalan dan menconteng dinding, Adam Kirby, kanak-kanak ‘prodigy’ atau ‘genius’, menghabiskan masanya dengan membaca Shakespeare, belajar bahasa Jepun, Spain dan Perancis.

Adam berasal dari Mitcham, selatan London, menduduki ujian IQ Stanford-Binet dan mempunyai markah 141, 10 markah lebih tinggi daripada dua orang ketua Negara, Barrack Obama dan David Cameron. Beliau juga hanya 4 markah kurang bagi mencapai tahap ‘Genius’ walaupun belum begitu pandai berkata-kata.

Bijak sejak kecil

Adam disedari kelainannya apabila dia belajar sendiri untuk membuang air ditandas selepas membaca buku tentang subjek itu semasa dia berusia setahun. Pada usia 2 tahun 5 bulan, dia dapat mengeja 100 perkataan, menguasai sifir sehingga sifir 10 dan menyelesaikan teka-teki peta dunia yang dicipta untuk orang dewasa.

Dia dijemput untuk menyertai British Mensa, persatuan untuk mereka yang mempunyai IQ tinggi dan menjadi budak lelaki paling muda menyertainya.

Anak-anak ‘genius’ – dimana mereka?

John Nun, 57, kini seorang pemain catur profesional dan penulis buku catur, menjadi pelajar Sarjana Muda paling muda pada usia 15 tahun pada 1970. Rekod ini dipegang oleh Cardinal Wolsey dalam abad ke-15.

Jennifer Pike, 23, menjadi pemenang BBC Young Musician of the Year dalam tahun 2002 pada usia 12 tahun. Beliau mendalami bidang musik dan kini mengambil pengajian Sarjana Muda sambil membuat 40 konsert serata dunia setahun.

Adragon De Mello, 36, mula menyelesaikan masalah ‘cube roots’ pada usia 3 tahun, memasuki Cabrillo Community College pada usia 8 tahun dan bergraduat daripada kolej pada usia 11 tahun. Kali terakhir beritanya dilaporkan, beliau bekerja di Home Depot sebagai jurujual.

Anak Malaysia Sufiah Yusof, 28, berjaya memasuki St Hilda College, Oxford atas kebijaksanaannya dalam subjek matematik. Terakhir pada Mac 2007, beliau dilaporkan terlibat dengan pelacuran namun telah menukar arah kepada pekerja sosial pada tahun 2008.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Cabaran anak genius

Jennifer Pike lebih suka menjauhkan diri daripada publisiti. Gelaran anak berbakat luar biasa satu penghargaan namun ia datang dengan jangkaan yang amat berat untuk ditanggung.

John Nun menyatakan rasa jengkel atas gelaran tersebut. Baginya, benar dia lebih kehadapan tetapi hanya pada satu sudut, sedangkan kebolehan manusia adalah multifaset atau pelbagai aspek.

Adrogan De Mello mungkin tersenyum ketika wajahnya dirakam, namun tersembunyi kesunyian dan rasa takut yang melampau terhadap ayahnya, ‘pendorong’ kepada kemajuannya. Adrogan mengaku dia rindu untuk bertemu rakan sebaya dan bermain.

Sufiah Yusof melarikan diri daripada St Hilda College selepas peperiksaan akhir kerana tidak tahan dengan penderaan fizikal dan emosi ibubapanya selama 15 tahun kehidupannya. Kehidupan masa kecilnya dianggap sebagai ‘neraka’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Membesarkan anak genius

Mengapa tidak selalu anak-anak genius ini berjaya dalam hidup? Kebanyakan kita menyalahkan anak-anak. Namun jika dianalisa, sebab utama adalah ibubapa. Cara ibubapa bertindak balas menyebabkan anak-anak hilang rasa rendah diri dan motivasi dalaman yang membina kemahiran mereka serta maju selangkah demi selangkah.

Tiga naluri yang biasa terdapat pada ibubapa ini:

1. Merai: untuk menunjukkan kepada anak-anak dan orang lain betapa hebatnya bakat mereka

2. Mengangkat: meletakkan anak pintar ke satu tahap yang berbeza, mereka tidak sama seperti orang lain – berbeza dan istimewa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

3. Menggesa: mendedahkan anak pintar kepada tahap kompetensi baru melibatkan anak pintar lain

Naluri ini sangat berkesan tapi adakah ia sesuatu yang betul?

Daniel Cole, penulis buku The Talent Code dan The Little Book of Talent, dua buku bestselling, membawakan kajian kes Debbie Phelps dan 3 orang anaknya – Micheal dan dua orang kakaknya Whitney dan Hilary.

Whitney menjadi pemenang kebangsaan pada usia 14 tahun. Debbie meraikan setiap kejayaan Whitney dan Hilary dengan penuh keghairahan. Mereka kemudiannya menghadapi ‘Prodigy Wall’ – mereka sangat bagus tetapi tidak dapat menjadi lebih baik.

Micheal kemudian mencapai rekod baru Amerika di satu pertemuan luar bandar pada usia 15 tahun. Debbie seperti biasa meraikan kepulangan Micheal dengan belon, hiasan dan sepanduk melambangkan kejayaan. Tetapi sebelum Micheal sampai, jurulatih beliau Bob Bowman membuang semua hiasan keraian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Apabila ditanya mengapa, dia menjawab: “Ini adalah langkah pertama daripada seribu langkah. Jika kita meraikannya sekarang, kita tidak punya ruang lagi untuk ke depan.”

Hari tersebut merupakan titik tolak perkembangan dan kejayaan Michael. Beliau merupakan perenang Olimpik yang memenangi 22 pingat dan memegang beberapa rekod Olimpik dan dunia.

Apa yang dicadangkan oleh Daniel Cole, jika mempunyai anak yang pintar, elakkan mengikut naluri.

1. Jadikan kejayaan yang dicapai anak-anak sebagai keraian itu sendiri. Ganjaran sebenar sesuatu kejayaan adalah kejayaan itu sendiri. Ini akan memberikan hak milik kejayaan kepada anak-anak dan bukan orang lain.

2. Galakkan anak-anak berhubung dengan orang lain. Pesankan – mereka mungkin melebihi orang lain sekarang, tetapi pada masa hadapan, mereka akan mempunyai banyak persamaan dengan orang lain. Ini membolehkan anak-anak lebih mudah menghadapi kejayaan dan kejatuhan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

3. Daripada mengesa anak-anak memenangi pertandingan diluar, carilah cara untuk meningkatkan daya saing mereka dalam rutin latihan. Kekalkan fokus ke dalam – pada proses dalaman yang boleh dikawal untuk mencapai satu-satu matlamat.

Bukan menghalang ibubapa meraikan kejayaan, namun ibubapa mudah terlupa akan hakikat seorang kanak-kanak. Anak-anak pintar perlu kekal berhubung dengan orang lain dan persekitaran yang membantu mereka untuk berkembang.

Rujukan:

Child prodigy becomes youngest member of British Mensa aged just TWO… and he is already smarter than Barack Obama and David Cameron
16 of the smartest children in history
Child geniuses: What happens when they grow up?
Prodigies grow up
What are child geniuses like as adults?
What happens to geniuses once grow up?
Sufiah Yusof – child genius revealed as prostitute
How to raise a prodigy (and how not to)?

Kongsikan pandangan anda tentang membesarkan anak-anak genius dalam ruangan komen di bawah 🙂