5 perkara yang lelaki benci apabila wanita kesayangan mereka asyik selfie

Jika anda mahu selfie, elakkan lima perkara yang lelaki tak suka ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda suka selfie, tetapi suami selalu buat muka bila anda pos gambar selfie anda di sosial media? Ia sebenarnya kerana lelaki benci selfie.

Sudahlah mereka benci selfie, mereka juga benci wanita kesayangan mereka melakukan benda ini ketika selfie. Kalau anda mahu suami “tak menyampah” dengan selfie anda itu, apa kata anda elak 5 perkara ini ya?

1. Lelaki benci selfie dengan caption yang merendahkan diri sendiri

Pasangan anda sayangkan anda dan dia merasakan yang anda adalah sempurna di matanya. Jadi, dia tidak suka apabila melihat anda meletakkan caption yang merendahkan diri anda.

Jika anda mempunyai masalah keyakinan diri, bincangkan dengan suami anda. Dia akan sentiasa menolong anda dan mengingatkan anda yang anda cantik dan tak perlukan internet untuk mengesahkannya.

2. Lelaki benci selfie tayang lurah dada

Kebanyakkan lelaki sangat melindungi orang yang mereka sayang. Mereka tidak mahu seluruh dunia melihat lurah dada isteri atau teman wanita mereka.

Ini bukan kerana cemburu, mereka berharap yang pasangan mereka akan menghormati badan mereka dan tidak menayangnya di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Lelaki benci selfie yang meminta pujian

Lelaki tak mahu wanita kesayangan mereka bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keyakinan diri. Sudah tentu mereka akan sentiasa berikan pujian untuk wanita yang mereka sayangi.

Salam satu forum di internet menanyakan tentang apa wanita buat yang lelaki tidak suka, seorang lelaki mengaku yang dia tidak suka wanita meminta untuk dipuji.

“Meminta pujian seperti memanggil diri sendirihodoh, tidak bijak, gemuk dll. Pandangan orang yang paling penting adalah pandangan diri sendiri. Tak perlu orang lain katakannya untuk membuatkan pandangan itu benar.”

4. Lelaki benci selfie dengan make-up berlebihan

Lelaki suka jika anda menggunakan alat solek untuk menonjolkan kecantikan anda tapi jangan takut untuk memakai alat solek nipis atau tak pakai apa apa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan anda sayangkan anda jika anda berdandan cantik dan mereka juga sukakan rupa semulajadi anda. Tonjolkan kecantikan semulajadi anda sekali-sekala.

5. Lelaki benci selfie sepanjang masa

Memuat naik puluhan selfie bermakna anda seornag yang confident dan itu adalah bagus. Lelaki sukakan wanita yang yakin.

Tapi memuat naik terlalu banyak selfie bagai menghantar mesej yang anda seorang yang perasan. Dan itu boleh membuatkan pasangan anda menjauhkan diri.

Dalam satu online forum yang sama, seorang lelaki berkata lelaki tidak menggemari wanita yang sering “selfie sepanjang masa.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki suka tengok senyuman buah hati mereka, jadi ambil seberapa banyak selfie yang anda mahukan tapi pastikan anda tidak melakukan 5 perkara ini.

Ini kerana ketika mereka memuja selfie anda, mereka juga mahukan anda menghargai diri anda seperti mereka hargai anda.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: familyhow.com

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 teknik asmara yang wajib diketahui suami untuk menggoda dan memuaskan isteri

Penulis

Nadia Ghafar