Banyak Lelaki Kahwin Hanya Untuk SEMBUNYI Identiti Gay! Ini 7 Tandanya...

Risaunya bila pasangan rupa-rupanya seorang gay!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah terjadi dalam suatu perhubungan, tiba-tiba pasangan rupa-rupanya seorang lelaki gay? Gejala biseksual adalah individu yang mempunyai tarikan seksual pada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan dan sangat jelas tentang orientasi seksualnya.

Hakikatnya, ramai lelaki yang sebenarnya biseksual tetapi bertindak menyembunyikan kenyataan tersebut, umumnya kerana ia merupakan satu subjek yang taboo dalam masyarakat kita.

Biseksual Adalah Tarikan Kepada Dua Jantina

Apa yang perlu anda tahu adalah rapat dan menghargai seseorang yang sama jantina tidak dianggap biseksual ya. Ia hanya dikatakan gay sekiranya “ada rasa suka” atau tarikan seksual yang berlebihan terhadap individu lain.

Biseksual boleh terjadi atas faktor sosial, penjaga dengan jantina yang sama, penderaan seksual atau bahkan hormon. Tetapi, hanya kerana mereka biseksual atau gay tidak bermakna mereka tidak mahu mempunyai keluarga atau anak-anak.

7 Tanda Lelaki Gay Dalam Diam

Sebagai wanita, anda mungkin perasan sekiranya pasangan bersikap terlalu berlebih apabila berada di kelompok rakan-rakan lelakinya.

Sekiranya anda mulai risau, cuba cari tanda-tanda biseksual yang mungkin menandakan tanda lelaki itu seorang gay.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pasangan anda sering melihat dan memuji fizikal lelaki lain.
  2. Gemar melakukan hubungan seks dubur dan sering memujuk anda untuk mengurut prostatnya atau elak hubungan dengan vagina sama sekali.
  3. Suka menghabiskan banyak masa dengan rakan-rakan lelaki, malah kelihatan selesa apabila duduk terlalu rapat dengan mereka.
  4. Anda mungkin menyedari sifat rakan-rakannya yang feminin, malah sering berhubung melalui telefon.
  5. Kehidupan seks anda semakin suram dan anda sering menjadi pemula.
  6. Pujian terhadap lelaki lain mula berubah menjadi perbualan mengenai seks.
  7. Dia suka porno lelaki dan berkongsi fantasi yang melibatkan lelaki lain.

Ya, pada mulanya ia mungkin mengejutkan anda dan anda mungkin merasa tertipu. Tetapi langkah pertama yang harus dilakukannya adalah cuba beri peluang kepada diri sendiri, sebelum bertindak secara melulu.

Jangan salahkan diri sendiri tentang perasaan pasangan anda. Terdapat banyak hubungan biseksual bahagia dalam perkahwinan, tetapi pastinya memerlukan usaha dan kerjasama kedua-dua pihak ya.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Pasangan Lelaki Gay?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber: times of india

Apabila wanita mula mengetahui pasangan anda merupakan seorang lelaki gay, kebanyakkan wanita akan memutuskan hubungan serta merta. Namun sekiranya anda masih saling menyayangi dan ingin meneruskan hubungan, berikut beberapa perkara yang boleh dilakukan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Memahami satu sama lain. Anda mungkin tidak dapat mengubah siapa dia atau diri anda sendiri, tetapi anda boleh menunjukkan sokongan anda untuk pasangan dan membantu mereka serta hidup anda yang bermakna.
  • Teruskan komunikasi terbuka. Berbicara jujur dan terbuka antara satu sama lain tentang orientasi seksual agar tiada salah faham.
  • Berbincang dengan pakar. Sekiranya diperlukan, dapatkan bantuan kaunselor yang dapat menjelaskan apa yang terjadi dalam perkahwinan anda. Sekiranya perkahwinan tersebut tidak boleh diselamatkan, tamatkan ia dengan positif dengan niat menjaga maruah masing-masing.

Semoga tabah dalam menghadapi ujian ini.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: herasia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkekeliruan-jantina-pada-kanak-kanak

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman