Lelaki hilang penglihatan akibat jangkitan amoeba

Seorang lelaki yang menyangka beliau hanya mempunyai konjunktivitis dikejutkan dengan terpaksa membuang matanya akibat jangkitan amoeba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila Andrew Carthrew, seorang paramedik dari UK, bangun pagi dengan mata berair, dia menyangka yang ianya disebabkan konjunkvitis, jangkitan mata yang biasa. Namun, ia rupanya ialah jangkitan amoeba yang menyebabkan matanya terpaksa dikorbankan.

Jangkitan tersebut berpunca daripada amoeba yang dijumpai di dalam air paip

Jangkitan tersebut dikenali sebagai Acanthamoeba keratitis, dan ia berpunca daripada amoeba yang dijumpai di dalam air paip. Ia memang sesuai yang jarang berlaku, namun ia selalu terjadi kepada orang yang kerap memakai kanta lekap seperti Andrew.

Pada mulanya, Andrew menyangka jangkitan tersebut bukanlah sesuatu yang patut dibimbangkan, sehingga dia menjadi sakit dan antibiotik atau pemindahan kornea boleh membantunya. Jurubedah kemudian terpaksa mengeluarkan matanya untuk menyelamatkan nyawanya.

Adalah penting untuk anda memastikan kanta lekap anda bersih

Jangkitan amoeba yang tejadi kepada Andrew adalah sebab utama mengapa pakar kesihatan menyarankan kepada mereka yang memakai kanta lekap untuk sentiasa berhati-hati dan pastikan kanta lekap mereka bersih.

Andrew berkongsi, “Saya tidak pernah berenang dengan kanta lekap atau mandi atau tidur dan saya tidak pernah membersihkan menggunakan air paip, ini semua adalah perkara yang anda tidak patut lakukan.”

“Saya mungkin mempunyai jari yang tercemar dan menggosok mata saya atau memakai kanta lekap dengan jari yang kotor dan mempunyai bakteria dalam kes ini.”

Beliau menambah, “Saya rasa, pakar mata harus memberitahu orang lain apa yang boleh terjadi dan bagaimana jangkitan boleh memberi kesan buruk seperti kes saya yang walaupun jarang tetapi boleh terjadi.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjaga kanta lekap

Jika anda atau ahli keluarga anda menggunakan kanta lekap, jadi anda sepatutnya sudah sedar yang ia amat penting untuk sentiasa memastikan kebersihan kanta lekap untuk mengelakan jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah beberapa tip tambahan untuk menjaga kanta lekap:

  • Sebelum memegang kanta lekap, pastikan anda membasuh tangan dengan sabun dan air, serta tangan anda betul-betul kering.
  • Jika anda merancang untuk pergi berenang, buka kanta lekap anda sebelum memasuki air.
  • Jangan sesekali membilas kanta lekap anda dengan air paip. Pastikan anda hanya menggunakan larutan garam steril (sterile saline solution) untuk kanta lekap anda.
  • Gunakan bahan pembasmi yang betul, larutan garam steril (sterile saline solution) sahaja tidak mencukupi
  • Pastikan anda mengikut arahan pembuat kanta lekap anda, dan mengikut semua rujukan yang diberikan oleh doktor anda.
  • Jangan gosok mata anda, walaupun tidak memakai kanta lekap. Kotoran dari tangan anda boleh menyebabkan jangkitan
  • Pastikan bekas simpanan kanta lekap anda bersih. Gantikan ia sekurang-kurangnya setiap 3 bulan kerana bekas ini juga boleh menjadi punca kontaminasi jika digunakan terlampau lama.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Penulis

Aqma