Luahan jujur seorang lelaki tentang 5 kelebihan jika suami jadi suri rumah

Menarik juga bila lelaki memilih untuk jadi suri rumah. Namun pokok pangkalnya haruslah mendapat persetujuan isteri barulah kedamaian dapat dicapai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelik tak bila lelaki jadi suri rumah? Biasanya perempuan atau isteri saja. Tapi kali ini, ada lelaki yang menggalas tanggungjawab menjaga anak, bersihkan rumah, memasak, menyediakan keperluan anak dan sebagainya.

Hmm, macam mana agaknya ya? Boleh bayangkan tak? 

Penat jadi suri rumah ini. Boleh ke lelaki jadi suri rumah? Dan tak rasa tercabar ke bila jadi suri rumah tangga sepenuh masa ini? 

Benar, lelaki jadi suri rumah ialah sesuatu yang pelik dan asing serta jarang sekali terjadi. Bukan mudah untuk lelaki ambil keputusan jadi suri rumah. Mungkin ada sebab tertentu hingga keputusan itu diambil. 

Tapi, ini yang dikongsi oleh seorang lelaki yang memilih menjadi suri rumah sepenuh masa. Menurutnya, ia satu pengalaman yang sangat berharga dan banyak perkara yang dia ingin kongsi bersama pembaca semua.

Mungkin ada yang tak percaya bila lelaki jadi suri rumah ini. Tapi sebenarnya ia ada!

Berikut antara luahan ikhlas lelaki yang bergelar Vince ini tentang situasi apabila lelaki jadi suri rumah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang terjadi bila lelaki jadi suri rumah? Ini 5 kelebihannya…

1. Anak akan lebih mengenali siapa bapanya

Menurut Vince, dia mula berhenti kerja pada tahun 2012 manakala isterinya mempunyai 2 perniagaan. 

Menjadi kebiasaan bila orang tanya saya kerja apa? Saya jawab suri rumah. Kemudian mereka tidak berminat lagi untuk bersembang dengan saya.

Bagi mereka lelaki jadi suri rumah adalah lelaki yang culas dalam tanggungjawabnya terhadap keluarga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian ada juga yang bertanya, bagaimana saya membayar bil-bil rumah seperti elektrik, air dan keperluan lain. Saya jujur menjawab, isteri saya bayarnya. 

Betul, isteri saya seorang yang sangat kuat bekerja dan rajin. Malah dia jugalah yang menyediakan segala keperluan kami. 

Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menjaga anak. Bagi saya itu juga adalah kerja. Selain daripada itu, saya juga menulis buku.

Malah keputusan diambil atas persetujuan bersama isteri. Ia bertujuan supaya anak lebih mengenali siapa saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya juga ingin bersama anak-anak sepanjang waktu bukan hanya ketika di hujung minggu saja. 

2. Barulah suami tahu apa rasanya buat semua kerja di rumah

Menurutnya lagi, ada keistimewaan yang kita tak nampak bila lelaki jadi suri rumah, seperti…

Bila isteri tiba di rumah, suami akan sambutnya dengan senyuman dan tanyakan bagaimanakah keadaannya hari ini. 

Isteri pula, bila pulang ke rumah dengan keadaan rumah yang bersih dan terurus. Tapi isteri j angan minta berlebih-lebih.

Syukurlah anda ada pendamping yang setia di sisi iaitu suami yang cukup istimewa berada di rumah membuat hal kerja rumah. 

Antara keistimewaan lelaki jadi suri rumah seperti: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mengejutkan anak-anak di pagi hari untuk bersiap ke sekolah 
  • Menyediakan sarapan pagi seperti roti bakar dan telur separuh masuk.
  • Sediakan bekalan anak ke sekolah.
  • Isteri pula, sediakan susu segar atas meja sarapannya 
  • Melayan karenah anak-anak yang pelbagai ragam 
  • Melihat anak-anak menyiapkan kerja sekolah
  • Buat perancangan sarapan pagi 
  • Sediakan bajet 
  • Menguruskan segala hal rumah 

3. Lelaki jadi suri rumah tetap tak sama seperti wanita, tapi kami akan cuba sehabis baik!

Vince juga kongsi perbezaan antara lelaki dan perempuan. Apakah perbezaan itu? Mari kita sambung baca perkongsiannya..

Semasa kecil, saya melihat perempuan diajar memasak, membuat kek dan menjahit. Berbeza dengan lelaki, kita perlu buat kerja-kerja kuat seperti memotong kayu dan sebagainya. 

Jadi bila lelaki jadi suri rumah ini tentulah ada kekurangan. 

Namun begitu, saya memahami dua benda iaitu lelaki tak boleh melahirkan anak dan menyusukan bayi.

Disebabkan ada kekurangan terutama bab memasak, saya ambil keputusan belajar masak dari Martha Stewart (tonton dalam tv).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya belajar cara memasak seekor ayam panggang dan beberapa jenis resepi lain.

Selain itu, saya juga belajar mendeko rumah. Saya belajar menyanyi lagu kesukaan anak dan hafal liriknya iaitu Princess Sofia dan Trolls. Saya dan anak juga membuat cardboard Iron Man. 

4. Bapa juga perlu ada di rumah, bukan ibu saja… 

 Menurutnya lagi…

Pertama, anak perlukan bapanya di rumah selain daripada ibu. Kajian menyatakan tingkah laku anak bermula dengan bapa yang menjadi role model dalam mendidik mereka jadi insan yang lebih baik. 

Untuk anak jadi baik, mereka perlu rapat dengan ayah. Malah ia membantu perkembangan anak di masa hadapan.

Sebab itu saya tidak memerlukan pengasuh untuk menjaga anak, biar saya sendiri korbankan kerja profesional saya demi anak-anak.

Inilah pengalaman indah yang berlaku dalam hidup saya. Di mana anak-anak begitu dekat dengan saya. Benar kerja adalah penting tapi anak-anak dan keluarga lebih penting dari segalanya.

5. Zaman sudah berubah, apa salahnya lelaki jadi suri rumah? 

kredit: mscperu.org

Benar, kini zaman sudah mengalami pelbagai perubahan. Begitu juga dengan lelaki jadi suri rumah ini seharusnya tidak dipandang serong. Bahkan, anak lebih terdidik bila dijaga oleh ayahnya sendiri. 

Sebab itulah, suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain, bertanggungjawab, toleransi, hormat-menghormati dan saling mempercayai. Itulah permulaan pada sebuah perkahwinan yang istimewa. 

Jika anda mengambil keputusan untuk jadi suri rumah sepenuh masa atau bekerja dari rumah, anda sebenarnya seorang yang sangat bertuah. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore 

baca juga 

https://my.theasianparent.comtanggungjawab-isteri