Lelaki Kahwini Pesakit Kanser Paru-Paru Tahap 4, Sarung Cincin Atas Katil Hospital

Setia dan menua bersama adalah impian setiap pasangan. Namun, kisah seorang lelaki kahwini pesakit kanser paru-paru ini sungguh meruntun jiwa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Benarlah cinta sejati masih wujud. Ketulusan hati seorang lelaki kahwini pesakit kanser paru-paru tahap empat dan menerima kekurangannya seadanya benar-benar menyentuh hati.

Lelaki Kahwini Pesakit Kanser Paru-Paru Tahap 4

Video yang tular itu asalnya dimuat naik oleh adik kembar Nor Azurah, Nora Delysya yang kemudian dimuat naik semula di Tiktok milik Dr Fauzan.

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Man itu dilihat lengkap bersongkok dan bersampin tenang duduk berhadapan jurunikah dan saksi di samping kehadiran pengantin perempuan menerusi satu panggilan video.  

Lokman Sumandi, 35, merancang untuk berkahwin pada 7 September bulan depan, tetapi terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan memandangkan pasangannya, Nor Azurah Othman, 39, sudah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkahwinannya itu telah mendapat persetujuan keluarga kedua belah pihak dan diadakan secara maya pada 18 Ogos lalu, di mana dia berada di rumah keluarga isterinya di Kampung Sungai Kelambu, manakala isteri di wad hospital.

Memetik laporan Harian Metro, Lokman juga memberitahu bahawa isterinya pernah menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan perkahwinan kerana merasa dirinya tidak mampu memberikan kebahagiaan.

“Niat saya adalah menghalalkan isteri supaya lebih mudah untuk menjaganya”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya tetap nekad untuk meneruskan perkahwinan ini kerana bagi saya, dia adalah wanita yang sempurna dan saya ingin menjaganya hingga akhir hayat saya,” katanya yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Dirinya juga tidak mencari pasangan yang sihat dan sempurna kerana manusia bukan selamanya sihat, cukup isteri sentiasa berada disampingnya walaupun keadaannya begitu.

Sebaik sahaja selesai akad nikah, dia terus ke hospital (HKL) dengan ditemani kembar isteri dan keluarganya untuk menyarungkan cincin di jari manis isterinya sambil mengucup lembut di dahi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengimbau kembali detik perkenalan, Lokman dan isterinya sudah saling mengenali sejak zaman sekolah kerana tinggal di kawasan berdekatan.

Namun, hubungan mereka menjadi rapat pada November tahun lalu setelah bertukar nombor telefon.

Dia bagaimanapun tidak tahu isteri menghidap barah sehingga ia disahkan pada 18 Januari, dua bulan selepas mereka berkawan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun keadaannya semakin teruk, Lokman tetap setia kerana perasaan sayang sudah ada dan dia ingin memberikan sokongan dan kasih sayang untuk isterinya terus kuat, meskipun doktor meramalkan jangka hayatnya hanya tiga bulan.

“Cinta sejati tidak mencari kesempurnaan tetapi menerima pasangan seadanya dengan segala kelemahan dan kekurangan untuk menghadapi segala cabaran bersama”, luah doktor Fauzan mengakhiri kapsyennya.

@drsyedaliffauzan
Dalam keadaan dunia sekarang yang sedang tenat dengan pelbagai kes dan cabaran masih ada kisah yang boleh kita ambil sebagai pengajaran. Tahniah kepada pasangan Man dan Zura pesakit kanser paru-paru tahap 4 yang baru saja mendirikan rumah tangga. Jom sama2 doakan zura diberi kesembuhan dan kekal bahagia bersama pasangan. Cinta sejati tidak mencari kesempurnaan tetapi menerima pasangan seadanya dengan segala kelemahan dan kekurangan untuk menghadapi segala cabaran bersama ♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Dari Syurga Ikhlas Jaga Suami Strok Separuh Badan, Makin Sembuh Hanya Dalam 3 Bulan!

Baca juga: Awal Kahwin Selalu Doa Tidak Mahu Zuriat, Suami Dedah Lepas 8 Tahun Baru Dapat Anak

Baca juga: Dicerai Ketika Hamil, Wanita Cekal Ini Pernah Bungkus Anak Dalam Plastik Redah Hujan

Penulis

Noorhidayah