Wah, hebatnya kisah lelaki Korea ini! Perubahan fizikalnya yang mendadak benar-benar mencuri perhatian ramai.
Hugh Gwon dan Nichola Gwon merupakan pasangan suami isteri yang telah mengasaskan komik popular ‘My Korean Husband’.
Disebabkan Hugh orang Korea, mereka menamakan komik mereka ‘My Korean Husband’.
Transformasi Hebat Lelaki Korea Untuk Menimbang Anak
Hugh Gwon baru-baru ini telah membuat transformasi yang hebat pada badannya. Semuanya demi isteri tercinta dan anak yang bakal ditimang nanti.
Sebenarnya, Hugh memang sudah lama ingin menurunkan berat badan supaya badan lebih sihat namun tidak berjaya mendapat motivasi yang boleh membuatkannya kekal ingin berubah.
Namun, apabila mereka mula merancang untuk mempunyai anak, kesukaran rawatan IVF yang dijalani isterinya, membuatkan Hugh benar-benar terinspirasi.
“Apabila saya melihat kesukaran yang dilaluinya, dan pergelutan yang dihadapi badannya, saya ingin lakukan sesuatu untuknya.”
Mereka telah melalui kegagalan IVF dan doktor mengatakan ianya adalah kes yang sukar. Serta Hugh mengalami masalah kesihatan akibat berat badannya.
Demi Isteri Tercinta, Suami Ini Turun Berat Sebanyak 20kg!
Hugh memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan terfikir yang mereka akan mempunyai peluang lebih cerah jika dia menurunkan berat badan.
Hasil sebuah kajian menunjukkan senaman terutamanya senaman kardio seperti berjogging, akan meningkatkan kualiti sperma seorang lelaki.
Maklumat ini menambah dorongan Hugh untuk lebih bertekad menurunkan berat badan sebanyak mungkin.
Hugh menamakan projek khasnya sebagai ‘The Last Chance”. Dan selepas enam bulan dengan projeknya ini, dia berjaya menurunkan lebih 20 kg.
Semua hasil pemakanan yang sihat, senaman dan sokongan isteri tercinta. Bagi mencapai matlamatnya, Hugh telah mendapatkan bantuan seorang pelatih peribadi.
Sebelum ini, Hugh telah cuba mengurangkan makanan tidak sihat dan alkohol.
Namun gagal jika dia bersama rakan-rakan. Tetapi kali ini, Hugh berjaya dengan sokongan dan masakan makanan sihat oleh isterinya.
Apabila kelihatan hampir tidak berjaya. Hugh akan merengus kecewa. Namun isterinya sungguh memahami, bersabar dengan kerenahnya dan tetap memberi sepenuh sokongan.
Walhal isterinya yang sedang hamil.
Hugh menggunakan YouTube sebagai platform Vblog-nya dan mendokumentasikan perjalanannya mencapai matlamatnya.
Hugh juga telah membuat sesi fotografi bagi membuat profil ‘badannya’ dan mendokumentasikan kejayaannya.
Foto sebelum dan selepas Hugh sungguh mengagumkan.
Perubahan Hugh sebagi lelaki Korea ini telah memberi inspirasi dan harapan kepada ramai orang. Dan untuk itu, Hugh dan pelatih peribadinya, Yoojin telah membuat satu Facebook khas, The Last Chance bagi membantu mereka yang ingin berubah.
Selain menunjukkan berita baik tentang perubahannya yang positif, Hugh dan Nichola juga telah mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung mereka November ini.
Pasangan ini telah menunjukkan yang tiada apa adalah mustahil sekiranya anda benar-benar bertekad untuk melakukannya.
Semoga ini jadi inspirasi untuk anda semua!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini