“Keputusan kajian mendedahkan, mempunyai suami yang ada fizikal menarik akan memberi kesan negatif pada isteri, lebih-lebih lagi isteri yang kurang menarik,” Reynolds berkata.
Pernah tak anda lihat pasangan berkahwin yang wanitanya cantik dan hot habis namun suaminya tampak lebih berisi, dan boleh kata dalam kategori lelaki kurang menarik? Tapi, mereka tetap bahagia dan saling sayang-menyayangi?
Bukan ke sepatutnya wanita yang cantik tertarik kepada lelaki yang lebih kacak? Nampaknya tidak. Dan untuk pengetahuan anda semua, wanita inginkan lebih daripada penampilan menarik ya. Tidak semua wanita berfikiran cetek.
Kajian mendapati wanita paling bahagia bila bersama lelaki kurang menarik
Baru-baru ini, kajian yang dijalankan oleh Universiti Florida menemui jawapan kepada soalan tersebut. Wanita terbukti lebih bahagia bila mempunyai suami yang kurang menarik dari mereka.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Body Image ini mengkaji 113 pasangan baru berkahwin. Mereka semua bersetuju untuk dinilai melalui daya penarik diri mereka.
Pelajar kedoktoran Tania Reynolds dan Pembantu Profesor Psikologi Andrea Meltzer menemui, wanita yang dinilai sebagai “kurang menarik” dari suaminya mempunyai masalah imej badan.
Dalam perkataan lain, mereka rasa tertekan untuk diet dan menjadi kurus jika suami mereka lebih menarik dari mereka.
Tapi tekanan tambahan untuk diet dan nampak cantik ini tak wujud di kalangan isteri yang dinilai sebagai lebih menarik dari suami mereka.
Bagaimana pula dengan lelaki? Apa pun rupa mereka atau isteri mereka, motivasi mereka untuk diet selalunya rendah!
Lelaki kurang menarik: Jadi, bagaimana?
Sudah semestinya ada kekurangan dalam kajian ini dan kecantikan itu subjektif. Tapi, keputusan ini telah mengangkat beberapa isu penting.
Pertama, isu yang paling menonjol adalah kaitannya dengan masalah imej badan – lebih-lebih lagi pada wanita.
Kenapa wanita yang “kurang menarik” dalam kajian ini rasa mereka perlu nampak cantik untuk suami mereka yang menarik?
Adakah kerana mereka risau suami mereka yang kacak tak akan rasa mereka menarik dan akhirnya terpikat dengan wanita yang lebih cantik?
Adakah wanita ini akan pergi begitu jauh dengan diet yang ekstrem sehingga mereka mempunyai masalah psikologi dan fizikal?
Perkahwinan dengan lelaki kurang menarik pula – adakah ini bermakna isteri mereka tak akan kisah tentang berat badan mereka dan akhirnya mereka akan menjadi obes atau mendapat penyakit gaya hidup yang lain?
Sudah tentu ini juga mempunyai masalah yang serius kepada kesihatan wanita.
Tak lupa juga kesan kesihatan kepada lelaki yang tak kira pasangan mereka menarik atau tidak, mereka tak kisah tentang diet mereka langsung!
Lelaki kurang menarik: Hidup dalam dunia yang pentingkan rupa
Kecantikan adalah subjektif. Ia bergantung pada orang yang melihatnya.
Apa yang penting dalam perkahwinan bukanlah rupa, tapi rasa hormat, kebaikan, kepercayaan dan kejujuran.
Isteri, ambil masa untuk menghargai garisan ketawa yng muncul pada muka suami anda bila mereka terhibur dengan anak anda. Serta tangan mereka yang memegang anda semasa anda melahirkan anak atau ketika mereka memeluk anda setiap hari.
Suami, hargai setiap inci tubuh isteri anda. Pada mata anda, mereka adalah wanita yang paling cantik di dunia.
Bila anda berdua dapat menghargai apa yang anda lihat dalam diri masing-masing, anak-anak anda juga dapat melihat benda yang sama dalam diri anda, diri mereka dan satu hari nanti dalam diri pasangan mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga: 6 Punca Kenapa Berat Badan Anda Naik Selepas Kahwin, Bukan Sebab Bahagia Saja!