Lelaki mabuk mencerobohi rumah dan bermain dengan anak 2 tahun pada waktu 2 pagi

Bapa kanak-kanak tersebut sempat menyelamatkan anaknya, sementara itu ibunya menghubungi 911. Oren Cohen (34) ditahan di atas tuduhan atas cubaan menceroboh dan merompak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 15 Disember 2016, seorang ayah di Amerika Syarikat terkejut apabila seorang lelaki mabuk yang berasal dari Arizona berada di dalam bilik anaknya yang berusia 2 tahun sambil mendokong anaknya perempuannya.

Bapa kanak-kanak tersebut amat terkejut apabila seorang lelaki mabuk sedang memegang anaknya yang berbaju tidur. Ibu Bapa bayi tersebut terdengar rengekan anaknya di bilik sebelah lantas pergi ke bilik anaknya.

Bapa kanak-kanak tersebut sempat menyelamatkan anaknya, sementara itu ibunya menghubungi 911. Oren Cohen (34) ditahan di atas tuduhan atas cubaan menceroboh dan merompak.

Oren Cohen dalam keterangannnya di sini berkata dalam keadaan mabuknya, dia memegang anak tersebut dan membayangkan anak tersebut seperti orang kerdil. Malah, di dalam keadaan mabuk, lelaki tersebut tiada niat untuk mendera dan mengapa-apakan kanak-kanak itu.

Dalam keadaan mabuknya, dia hendak pergi ke apartment kawannya tetapi tersalah rumah. Setelah mahkamah mendengar keterangan Cohen, mahkamah memutuskan untuk memenjara Cohen dengan bayaran 250,000 dolar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bapa bayi tersebut memberitahu anaknya selamat dengan keadaan lampin yang sama dan tidak berubah, sebelum dan selepas Cohen menceroboh rumahnya. Bapanya juga memberitahu semasa Cohen menceroboh rumahnya, seluar si pelaku adalah bawah paras punggung.

Kisah di atas adalah pentingnya ibu bapa peka terhadap keselamatan bayi anda. Ibu bapa haruslah peka terhadap sifat-sifat pedophilia yang mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak. Pedophilia ada di mana-mana, bahkan ahli keluarga sendiri adalah seorang pedophilia tanpa kita sedari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ciri seorang pedofilia yang wajib ibu bapa tahu:

Susah untuk mengenalpasti seorang pedofilia. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa haruslah berwaspada dan sentiasa peka dengan siapa anak anda bermain dan bersama setiap masa.

Di sini, disertakan beberapa sifat pedofilia adalah pendiam. Namun bukan semua orang yang pendiam adalah pedofilia.

  • Obses adalah sifat pedofilia. Mereka akan sentiasa dan tidak berputus asa mencari mangsanya. Kerana sikap pedofilia yang mahukan kanak-kanak untuk pemuas nafsu menyebabkan mereka akan mendapatkan kanak-kanak walau apa cara, sama ada menculik, berkenalan di media sosial dan sebagainya.
  • Mereka juga bersikap seperti pemangsa memburu mangsanya. Kehidupan mereka tidak pernah tenang. Walaupun pada luaran pedofilia tampak tenang, namun kehidupannya sentiasa dahagakan pemuas nafsu mereka iaitu kanak-kanak. Bila mereka menculik kanak-kanak untuk dijadikan pemuas nafsu, mereka bertindak ganas dan liar terhadap kanak-kanak tersebut.

Tanda-tanda jika anak anda menjadi mangsa penderaan seksual dan pedofilia:

  • Anak kecil masih berjiwa lembut dan mereka tidak tahu bagaimana mengungkapkan perasaan selain dengan menangis.
  • Akan tetapi, tanda-tanda fizikal dan mental boleh diteliti dan sebagai ibu bapa, anda kena peka, walaupun setelah lama anak anda menjadi mangsa penderaan seksual.

Tanda-tanda fizikal:

  1. Baju koyak dan kotor: Anak anda menangis dan bajunya koyak. Apabila ditanya sebabnya, mereka tidak mahu menjawab kerana terlalu takut.
  2. Perubahan selera makan: Anak menjadi tidak selera makan atau makan berlebihan.
  3. Rasa sakit di bahagian abdomen: Anak anak akan mengadu sakit di bahagian bawah abdomen dan ari-ari. Selain itu kemaluannya merah, bengkak dan gatal.
  4. Anak sukar berjalan dan duduk: Anak berjalan dan duduk dengan tidak normal.

Perubahan emosi dan tindak tanduk:

  1. Kuat berkepit dan penakut: Anak anda akan berkepit dan takut dengan orang yang baru dikenali.
  2. Terancam dengan orang yang baru dikenali: Anak anda akan berasa terancam dengan orang yang baru dikenali, lebih-lebih lagi dengan sentuhan.
  3. Takut akan orang dewasa berlainan jantina: Mereka takut dengan orang dewasa berlainan jantina,terutamanya perempuan.
  4. Menunjukkan perubahan kelakuan yang tidak kena pada kanak-kanak tersebut: menghisap jari, kencing semasa tidur dan bercakap dengan gagap adalah antara perubahan ketara terhadpa kanak-kanak.

Jika anak anda mengalami tanda-tanda yang ketara seperti dicatatkan di atas, anda haruslah segera membawa anak untuk diperiksa di hospital dan klinik, kerana doktor mempunyai kuasa untuk memeriksa dan menahan kanak-kanak yang disyaki didera di wad untuk pemeriksaan lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ada doktor yang cuai dan tidak perasan akan tanda-tanda ketara jika anak anda didera, maka doktor itu boleh ditahan oleh pihak berkuasa atas kecuaian semasa melakukan tugas.

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent Singapore.

Gambar dipetik dari FoxNews

Penulis

Michelle Goh