Normal ke kalau suami puas, tapi tak pancut pun? Bagaimana nak hamil?

Lelaki pancut tanda puas. Jadi kalau tak pancut, adakah ia bermaksud mereka tak puas? Kalau suami tak ejakulasi, bagaimana isteri nak hamil? Semuanya dijawab dalam kupasan ini.

Kita selalu fikir, apabila seorang suami puas, mereka akan berejakulasi atau dalam kata pasarnya – memancutkan air maninya.

Tapi, tahukah anda sebenarnya, lelaki juga boleh puas tanpa berlakunya pancutan?

Ramai isteri mengadu mereka khuatir dan risau apabila melihat pasangan mereka mengaku puas (dan klimaks), tapi tiada air mani pun keluar. Boleh jadi ke?

Ya, perkara itu boleh terjadi dan ia dikenali sebagai dry orgasm. Adakah ia berbahaya dan satu tanda tidak subur?

Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang isu lelaki pancut atau tidak ini.

Bagaimana lelaki boleh puas tanpa ejakulasi?

Lelaki pancut atau tidak selepas puas masih boleh berlaku. Ia dikenali sebagai  “dry orgasm“. Menurut The Mayo Clinic, ini antara sebab kenapa ia terjadi:

  • Pembedahan – Jika lelaki itu pernah melakukan pembedahan untuk membuang kelenjar pundi kencing dan prostatnya, maka dia tidak akan menghasilkan air mani
  • Air mani ke arah lain – Selalunya, apabila lelaki orgasma, air mani akan mengalir ke zakar. Tapi ada juga kes ia mengalir ke pundi kencing. Kejadian ini dikenali sebagai retrogade ejaculation
  • Tak cukup air mani – Sesetengah lelaki tidak menghasilkan jumlah air mani yang mencukupi
  • Orgasma berulang – Jika orgasma berulang, ia akan menghabiskan sperma/air mani lelaki itu. Tapi selepas rehat, semuanya akan kembali normal

Lelaki pancut atau tidak selepas puas memang terjadi

Sesetengah lelaki pula mengalami keadaan sebaliknya: Mereka ejakulasi (pancut), tapi tidak mencapai klimaks! Ha… bagaimana tu? Kenapa dengar macam complicated sangat?

Sebenarnya, ya – memang agak sulit. Tapi ini kerana kita selalu anggap ejakulasi maksudnya puas. Itu tanggapan yang salah.

Menurut Richard Milsten dan Julian Slowinski, pakar seks, kedua-dua terma ini membawa maksud yang berbeza. Satu rangsangan tidak akan terus membawa kepada rasa puas, namun ejakulasi masih boleh berlaku. 

Jika suami tak pancut, bagaimana nak hamil?

Apabila seseorang suami tidak dapat melepaskan spermanya, pasti muncul satu masalah utama: Bagaimana isteri nak hamil? 

Jadi ya, jika kes ini berlaku kepada pasangan yang sedang cuba untuk mendapatkan anak, anda perlu melakukan beberapa rawatan. 

Jumpa pakar untuk membincangkan tentang pilihan yang terbuka untuk anda. Biasanya, doktor akan melakukan beberapa ujian ringkas. 

Doktor akan mengenalpasti sama ada masalah dry orgasm ini berpunca dari fisiologi ataupun hormon. 

Dan wahai isteri…. gangguan ini pasti akan menimbulkan tekanan pada suami anda. Jadi, jangan lupa untuk memberikan sokongan padanya. Tunjukkan betapa anda masih mencintainya, walau apa pun terjadi. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Vinnie Wong dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapura untuk diterjemah

Baca juga:

9 Cara Para Isteri Boleh Atasi Masalah Ejakulasi Pramatang Suami

 

 

Penulis

Ayu Idris