Apabila lelaki pendek kahwin perempuan tinggi
Apabila lelaki pendek kahwin perempuan tinggi, pasti kalian risau tentang perbezaan ketinggian, kan?
Iyelah, selalunya memang lelaki lebih tinggi dari perempuan. Tapi kalau jodoh lebih pendek dari anda pula, bagaimana?
Jangan bimbang sangat. Mungkin ada sesetengah perkara lain yang boleh dirisau jika lelaki pendek dari perempuan.
Tapi untuk seks, lelaki pendek kahwin perempuan tinggi “tiada hal” untuk enjoy kalau kalian mengamalkan 4 cara yang ditulis bawah ini.
Sebenarnya, kunci sebenar dalam hubungan intim yang hebat antara suami isteri adalah komunikasi, percaya pada pasangan dan latihan.
Lelaki pendek kahwin perempuan tinggi juga boleh berseronok ketika senggama
Ada sesetengah posisi seks yang tidak bersesuaian untuk lelaki pendek kahwin perempuan tinggi. Ini mungkin kerana perbezaan tinggi yang menyukarkan pendayungan.
1. Jangan cuba aksi akrobatik yang melampau
Antara posisi seks yang tidak patut dilakukan apabila lelaki lebih tinggi dari perempuan adalah gaya meletakkan kaki di bahu atau aksi “butter churner“.
Tapi, kalian boleh mula membuka panggung dengan posisi seks suami isteri yang tradisional seperti missionary atau spooning.
Kedua-dua aksi ini akan membuatkan mana-mana pasangan pun boleh mengambil kawalan ke atas permainan.
Malah, posisi ini juga menggalakkan tujahan masuk lebih dalam, klitoris dirangsang lebih cepat dan pasangan boleh mudah bertukar posisi pula selepas itu.
2. Kalau anda mampu dukung pasangan, cubalah!
Tapi kalau posisi tradisional yang dinyatakan di atas buat anda bosan, macam mana pula? Ada cara lain yang boleh menyemarakkan aksi?
Bagaimana kalau lelaki kahwin perempuan tinggi mahu mengangkat isterinya itu. Boleh tak?
Boleh saja kalau kalian mampu! Tapi jauhi kawasan yang ada banyak perabot. Kalau jatuh nanti sakit tu!
3. Cuba aksi duduk pula
Kadang-kadang bila duduk, kita nampak macam sama tinggi saja dengan pasangan kan? Jadi sebab itu kita patut memanfaatkan kelebihan ini!
Apa kata bagi lelaki kahwin perempuan tinggi, kalian cuba “beraksi” sambil duduk pula? Duduk atas sofa pun takpa!
Menurut pakar, beraksi ketika duduk memberi keselesaan tambahan untuk para lelaki. Anda boleh cuba aksi X, aksi seperti roti pretzel, aksi labah-labah dan spork untuk pelbagai variasi.
Sama-sama kasih! (kami tahu anda amat menghargai tips ini)
4. Jangan lupa untuk “menjelajah” dengan tangan anda
Penetrasi bukanlah segala-galanya dalam hubungan intim suami isteri. Dan jika anda ada masalah perbezaan ketinggian dengan pasangan, ini masa paling sesuai untuk mengubaisuai gaya permainan anda di ranjang.
Jangan hanya beri fokus pada penetrisi untuk mencapai klimaks. Sebaliknya, cuba rangsangan pasangan dengan sentuhan. Jelajahi setiap pelusuk tubuhnya dan bijak merangsang atau menggoda isteri.
Bukan setakat tangan, suami juga boleh menggunakan lidah 😛
Berdepan dengan isu lelaki kahwin perempuan tinggi tidak sepatutnya merumitkan. Malah, ia juga bukan satu masalah.
Lebih baik anda cuba 4 tips di atas malam ini dan jangan lupa berterima kasih pada kami, kelak! 😉
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Kredit gambar: Claire Morgan Photography
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.composisi-seks-terbaik-untuk-suami/