Lelaki Membawa Beg Tangan Perempuan Dikatakan 'Lurus Bendul'

Viral di media bahawa lelaki yang membawa beg tangan kekasihnya atau isterinya dikatakan "lurus bendul"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar dari FB

Baru-baru ini, viral di media bahawa lelaki yang membawa beg tangan isterinya dikatakan “lurus bendul”.

Ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, tetapi kebanyakan pihak menyokong lelaki membawa beg tangan wanita.

Budaya ini dikatakan sedang popular di kalangan lelaki terutamnya yang masih muda mahupun orang dewasa.

Beg tangan adalah antara aksesori yang amat diperlukan oleh semua golongan wanita.

Maklumlah perempuan lebih banyak keperluan yang harus dipakai dan dibawa daripada lelaki. Perempuan makhluk yang kompleks berbanding lelaki. 

Tetapi, kadang-kadang, encik suami pun ada tumpang letak barang dalam handbag kita jugak, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, reaksi yang diberikan netizen agak positif. Ramai yang menyokong tindakan lelaki yang membawa beg tangan perempuan.

Mereka digelarkan sebagai seorang yang berhati penyayang, prihatin dan suka menolong orang.

Malah, dia berpotensi menjadi pasangan yang baik, suami yang baik dan juga ayah yang baik!

Perempuan pasti lebih menyayangi lelaki yang sedemikian kerana sifat prihatinnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakan tidak, dengan keadaan sibuk mengendong anak, memimpin anak, si suami bantu meringankan kerja isteri.

Tindakannya amat simple, hanya dengan membawa beg tangan isterinya.

Beg tangan isteri yang penuh dengan keperluan dirinya sendiri dan anak-anaknya seperti lampin bayi dan botol susu anaknya juga.

Ada juga anak lelaki yang membantu membawa handbag ibunya

Anak lelaki yang baik mesti mahu menolong ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, tidak hairanlah jika anak lelaki membantu ibunya membawa beg tangan kerana lelaki seperti ini terbukti boleh menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan disayangi oleh pasangannya.

Perempuan yang masih belum berkahwin digalakkan menerima lamaran lelaki seperti ini kerana kemungkinan besar lelaki seperti ini amat bertanggungjawab setelah berumah tangga.

Tapi…ia juga bergantung kepada sikap lelaki tersebut kerana ramai pasangan terutamanya lelaki berubah setelah berkahwin. 🙂

Antara pendapat ramai tentang lelaki yang rajin memikul beg tangan pasangannya adalah:

1. Keselamatan

Mungkin si jejaka bimbang isteri mahupun pasangannya mudah diragut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes ragut mungkin boleh dielakkan  jika beg tangan perempuan dikepit oleh lelaki.

Berani peragut nak rampas handbag dari tangan lelaki? Ibarat menggali lubang kubur sendiri!

2. Mengambil Hati Pasangan

Pasangan akan terpikat jika lelaki pandai mengambil hati pasangan dengan cara ini.

Tetapi tindakan ini diharapkan tidak berakhir selepas beberapa tahun berkahwin kerana kebanyakan lelaki sedemikian terkenal dengan “lelaki bermulut manis”.

Namun, ada yang berniat ikhlas untuk membantu pasangannnya atas dasar sayang. Awww…so scheeewwtt.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Ikhlas Hendak Membantu Isteri – Dapat Pahala!

Pada dasarnya, niat di hati memang untuk membantu pasangannya, atau ibunya.

Tetapi, tidak lengkapkan juga jika tidak diikuti dengan pertolongan lain seperti menguruskan anak, memimpin salah seorang anak ataupun mendokong anak.

Bagi anak lelaki pula, memang jelas niatnya untuk membantu ibunya.

Ia amat bernilai jika disusuli dengan sikap tidak membantah ibu dan membantu ibunya dengan perkara yang lebih berat lagi seperti membawa barang “shopping” nya serta merendahkan suara terhadap ibunya.

Si ibu pasti akan terus-menerus mendoakan kesejahteraan anaknya, kan?

Yang pasti, terdapat pelbagai penerimaan terhadap lelaki yang suka menolong membawa beg tangan wanita.

Terpulanglah kepada individu masing-masing untuk menilai dari segi aspek pemikiran mereka!

Artikel dipetik dari Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Penulis

Michelle Goh