Gempar – Letupan City One Megamall Kuching
Tergempar! Satu letupan dikatakan telah berlaku di City One Megamall Kuching pada lebih kurang pukul 3:30 petang hari ini. Punca kejadian masih belum diketahui dan masih disiasat.
Menurut laporan Berita Harian dan Channel News Asia, hingga kini, terdapat seorang pekerja cedera dalam kejadian letupan dari sebuah premis perniagaan dalam Pusat Beli Belah City One tersebut, manakala 18 lagi cedera. 3 orang dilaporkan maut.
Difahamkan, premis perniagaan terbabit dalam proses pengubahsuaian ketika kejadian berlaku.
Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian mengatakan letupan besar telah bunyi sekitar pukul 3:30 petang tadi.
Ketika kejadian, dia sedang duduk di sebuah cafe berhampiran dengan Dreamtown, sibuk menemani anaknya yang bermain di taman permainan indoor terbabit.
Tiba-tiba, satu bunyi letupan besar kedengaran dan siling pusat membeli-belah itu keretakan. Laporan juga mengatakan terdapat gas yang meletup dalam sebuah kedai makanan Korea.
Apa anda harus buat jika berhadapan situasi ini dengan anak-anak?
Nasib baiklah saksi yang bersama-sama dengan anaknya itu berjaya keluar dari letupan City One Megamall dengan selamat.
Tapi sebagai langkah berjaga-jaga dan sebagai pengajaran, sila rujuk panduan di bawah tentang cara-cara berhadapan dengan situasi ini jika anda bersama anak-anak.
- Segera keluar dari bangunan tersebut mengikut panduan kecemasan/emergency responder
- Jauhkan diri dan anak-anak daripada tingkap
- Jika anda terperangkap di dalam bangunan, cari tempat yang boleh melindungi kepala seperti bawah meja
- Jangan menyalakan api
- Cari kawasan yang selamat dan berjauhan dari bangunan tersebut
- Guna tangga, jangan guna lif
- Ikut arahan yang diberi oleh krew kecemasan
Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar semuanya selamat sahaja dalam kejadian letupan City One Megamall, Kuching ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Belon meletup masa majlis hari jadi, ibu bapa perlu ikuti langkah keselamatan ini!