LG Malaysia & MOG Eyewear Bekerjasama Meningkatkan Penjagaan Penglihatan Pelajar B40

Kolaborasi strategik untuk melindungi visi dan masa depan anak-anak Malaysia yang kurang bernasib baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2024 – Dengan matlamat bersama untuk meningkatkan masa depan belia Malaysia, LG Malaysia dan MOG Eyewear telah bergabung tenaga untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan mata dan penglihatan yang komprehensif untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di tiga sekolah awam dan satu komuniti PPR di Lembah Klang.

Usaha kerjasama ini, yang turut disokong oleh Teach for Malaysia dan Lions Club for Kuala Lumpur, bertujuan untuk memenuhi komitmen bersama untuk meningkatkan kesihatan penglihatan sambil meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak yang memerlukan.

Kesihatan mata adalah penting untuk kejayaan pendidikan dan perkembangan kanak-kanak, namun ia sering diabaikan dalam kebanyakan komuniti tersisih, terutamanya kerana mereka hanya mempunyai akses yang terhad untuk mendapatkan pemeriksaan mata atau cermin mata mampu milik.

Oleh itu, LG Malaysia dan MOG Eyewear telah bersatu untuk merapatkan jurang ini dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan mata kepada mereka yang paling memerlukan di tapak pendidikan utama termasuk PPR Lembah Subang 1, SJKC Kwong Hon, SJKC St. Teresa, dan SK Segambut.

Selain pemeriksaan mata, LG Malaysia turut menyumbangkan cermin mata bernilai RM20,000 sebagai tanda sokongan kepada para pelajar. Inisiatif ini membuktikan komitmen LG Malaysia untuk mengutamakan aspek kesihatan yang sering diabaikan ini.

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia berkata, “Di LG Electronics, komitmen kami terhadap kesejahteraan pelanggan melangkaui produk kami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, TV kami direka bentuk dengan ciri canggih untuk memastikan keselesaan dan kesihatan mata yang mencerminkan dedikasi kami untuk melindungi kesihatan pelanggan. Life’s good apabila kita berbuat baik, dan kerjasama kami dengan MOG Eyewear membuktikan bahawa kemajuan dapat dicapai dengan gabungan teknologi dan belas kasihan.”

MOG Eyewear, yang terkenal dengan kepakaran dalam penjagaan mata, memastikan kanak-kanak yang terlibat menerima pemeriksaan mata dan kanta pembetulan yang terbaik. Untuk inisiatif ini, MOG Eyewear menjalankan pemeriksaan mata 6-dalam-1 yang komprehensif dengan menilai penglihatan setiap pelajar dengan teliti dan mengenal pasti sebarang masalah yang berpotensi. LG Malaysia seterusnya menunjukkan komitmennya terhadap kesihatan mata dengan memaparkan LG OLED TV yang diperakui Eyesafe® semasa pemeriksaan mata.

LG OLED TV mengeluarkan tahap cahaya biru yang lebih rendah untuk mengurangkan keletihan mata dan gangguan tidur sambil mengekalkan kualiti imej yang luar biasa, sejajar dengan misi LG yang lebih luas iaitu untuk mengutamakan kesihatan penglihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Datin Bernice Low, Ketua Pegawai Eksekutif MOG Eyewear berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan LG Malaysia dalam inisiatif penting ini. Di MOG, kami percaya bahawa kesihatan mata mesti bermula dari usia muda, kerana ia memainkan peranan penting dalam kesejahteraan keseluruhan kanak-kanak dan kejayaan masa depan mereka.

Melalui inisiatif ini, kami menangani keperluan segera penjagaan penglihatan sambil memastikan kesihatan jangka panjang kanak-kanak ini untuk mendatangkan perubahan yang bermakna dalam kehidupan mereka dan memastikan masa depan mereka kekal cerah.”

Kerjasama yang berkesan ini menandakan permulaan siri inisiatif yang bertujuan untuk memajukan kebajikan masyarakat. LG Malaysia dan MOG Eyewear komited untuk meneruskan perkongsian mereka sambil meneroka peluang baharu untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti yang memerlukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk maklumat lanjut tentang LG, sila layari laman web rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan