Lidah adalah organ penting manusia yang terlibat dalam fungsi bercakap, mengunyah dan menelan. Bayangkan jika lidah tersangkut di mulut botol, mesti panikkan?
Mungkin ramai yang terlepas pandang akan kepentingan organ yang satu ini, tapi tanpanya kehidupan harian akan terganggu dan memberi kesan amat besar kepada hidup seseorang manusia.
Seperti kejadian di Baling, Kedah semalam, sangat mencemaskan apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun terpaksa menahan sakit kira-kira sejam apabila lidahnya tersangkut di mulut botol minuman.
Lidah tersangkut di mulut botol
Pelik tapi benar. Ini yang terjadi pada kanak-kanak berkenaan hingga memerlukan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan lidahnya daripada tersangkut di botol itu.
Menurut laporan Astro Awani, difahamkan ibu bapa kanak-kanak itu sudah cuba membantunya tetapi tidak berjaya dan akhirnya terpaksa dibawa ke Hospital Baling.
Pihak bomba dihubungi untuk memberikan bantuan khas bagi mengeluarkan lidah kanak-kanak berkenaan daripada botol itu. Haru sungguh!
Anggota bomba terpaksa memotong corong botol berkenaan menggunakan gunting khas dan mengambil masa 28 minit untuk mengeluarkan lidah kanak-kanak berkenaan.
Lidah boleh mengembang
Pasti ramai pelik dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak itu. Mesti ada yang kata, keluarkan saja lah, apa yang susah sangat? Betul? Lidah kan kecil, boleh saja tarik dari mulut botol. Pasti ada yang fikir beginikan?
Jangan tak tahu ya, struktur lidah kita terdiri daripada lapan otot. Disebabkan itu ia boleh mengembang dan menguncup. Unikkan? Nampak simple saja tugasnya, tapi kalau dah ada lapan otot, penting lah kan? Sebelum belajar mengenai otot lidah, jom baca dulu apa sebenarnya fungsi lidah manusia.
Fungsi lidah
Menurut perubatan, lidah memiliki tiga fungsi utama iaitu
- Sebagai deria rasa – manusia mampu merasa manis, pahit, masa dan masin melalui deria rasa yang ada pada lidah.
- Salah satu organ pencernaan untuk mencerna dan menelan makanan – lidah juga berfungsi menolak makanan masuk ke rongga tekak ketika kita mengunyah dan makan.
- Organ penting dalam proses bercakap – sekiranya berlaku masalah pada lidah, percapakan anda juga mungkin akan terganggu
Struktur lidah
Perasan atau tidak lidah boleh bergerak-gerak ke segala arah, sehingga ada yang boleh menjilat hidung sendiri? Ia dilakukan dengan bantuan segala otot yang ada itu.
Saraf yang berperanan terhadap lidah dipanggil Nervus Hypoglossus.
Otot ekstrinsik lidah
Otot ekstrinsik lidah (luaran) berperanan dalam mengatur pergerakan lidah dalam mulut. Ada empat otot yang menyokong otot ekstrinsik lidah ini. Ia adalah:
- Musculus Genioglosus – Ia berfungsi untuk menjulurkan lidah. Ia juga sering dipanggil sebagai otot keselamatan (safety muscle) kerana ia merupakan satu-satunya otot lidah yang dapat menggerakkan lidah ke depan.
- Musculus Hypoglosus – Otot ini berfungsi ialah untuk menekan serta mencengkungkan lidah, kadangkala bila lidah dijelirkan kita akan lihat permukaan yang kelihatan ‘kurus’ kan, ini adalah kerana peranan otot ini.
- Musculus Styloglosus – Otot ini berfungsi untuk memanjangkan serta menarik lidah ke belakang. Otot ini membentuk cekungan lidah sehingga kita boleh menelan dengan mudah.
- Musculus Palatoglosus – Otot ini berfungsi untuk mengangkat bahagian belakang lidah dan membantu dalam proses menelan makanan yang dikunyah.
Otot intrinsik lidah
Otot intriksik lidah (dalaman) memilik peranan untuk mengubah ukuran lidah iaitu dengan memanjangkan, memendekkan dan juga melebarkan lidah.
- Musculus Longitudinal Superior – Otot ini memiliki fungsi untuk melebarkan lidah, mengangkat serta menurunkan bahagian hujung lidah.
- Musculus Longitudinal Inferior – Ia juga berfungsi untuk melebarkan lidah, mengangkat serta menurunkan bahagian hujung lidah.
- Musculus Tranversus Linguae – Ia memiliki fungsi untuk memanjangkan serta melebarkan lidah bersama dengan musculus verticalis Linguae
- Musculus Verticalis Linguae – bekerjasama dengan otot musculus tranversus linguae untuk melebarkan lidah.
Beri anak minum guna botol dengan penyedut lebih selamat
Minum direct dari botol mineral atau botol yang mempunyai mulut kecil tidaklah terlalu bahaya untuk kanak-kanak, tetapi adalah lebih baik menggunakan straw kerana ia mungkin dapat mengelak daripada kejadian tidak diingi seperti tercekik dan sebagainya.
Minum dari straw atau penyedut minuman membolehkan anak mengawal jumlah air yang masuk ke dalam mulut mereka berbanding minum direct dari botol minuman yang mungkin boleh buat mereka tersedak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: pendidikan, Astro Awani
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtongue-tie