Tragedi Lif Hospital: Ibu Baru Lepas Bersalin Ini Maut Badan Terputus Dua

Seorang ibu muda yang baru beberapa jam bersalin meninggal dunia apabila badannya terputus dua dalam tragedi lif di hospital. Ikuti kisahnya di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Badan wanita baru lepas bersalin ini terputus dua kerana lif

Peristiwa menggembirakan telah bertukar menjadi sedih apabila seorang ibu baru bersalin meninggal dunia dalam tragedi lif yang dahsyat di Seville.

Media Sepanyol melaporkan badan wanita itu telah terputus dua ketika berbaring atas katil usung sambil mendukung anaknya yang baru lahir. 

Semuanya gara-gara lif hospital. 

Lif hospital tersebut telah tertutup sendiri sebelum beliau sempat masuk sepenuhnya. 

Kedua-dua kakinya dilaporkan terperangkap dan terjulur keluar dari lubang lif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tragedi lif di Hospital Valme, Seville meragut nyawa seorang ibu hingga terputus dua

Mangsa tragedi lif ini dikenali sebagai Rocio C, yang baru sahaja tamat menjalani pembedahan Caeser untuk melahirkan anak ketiganya.

Doktor di tempat kejadian tak berjaya untuk menyelamatkan Rocio dan ahli bomba telah bertungkus lumus selama 2 jam untuk mengeluarkan badannya yang terperangkap di antara bingkai dan bumbung lif tersebut.

Bayi Rocio selamat dalam kemalangan itu, tapi dia terpaksa dirawat untuk masalah pernafasan yang tidak serius. tidak berkaitan dengan tragedi lif yang membunuh ibunya.

Namun, masalah pernafasan itu tiada berkaitan dengan tragedi lif yang membunuh ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar Our Lady of Valme Hospital di Seville, Sepanyol. Sumber gambar: hasil carian Google

Media tempatan La Razon melaporkan bahawa keluarga Rocio masih tidak dapat menerima kejadian tersebut dan rasa seperti kehidupan mereka telah hancur selepas kehilangannya.

Siasatan lanjut tentang peristiwa badan terputus dua ini masih dijalankan

Menteri Kesihatan Marina Alvarez telah memberitahu media tempatan El Pais bahawa siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengetahui punca “kemalangan tragis” tersebut.

Mereka sedang menyiasat adakah lif itu bergerak sendiri akibat kegagalan mekanikal atau elektronik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sesuatu perlu dilakukan. Orang yang bersalah patut dihukum,” kata abang ipar Rocio, David Gaspar. Suaminya, Jose Gaspar, memberitahu ABC Sevilla: “Ini tidak boleh berterusan. Hari ini Rocio menjadi mangsa, tapi esok mungkin orang lain.” “Saya telah pergi kaunter maklumat dengan bimbang. Kemudian mereka mengesahkan yang mangsa tragedi lif itu adalah anak perempuan saya. Kematiannya sugguh kejam!” kata Carmen Nunez, ibu Rocio.

Alvarez berkata lif itu baru sahaja menjalani pemeriksaan pada 12 Ogos lalu dan ia didapati mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Ketua-ketua hospital Valme telah berjumpa dengan wakil firma yang bertanggungjawab untuk lif tersebut, dan sumbangan telah diberikan kepada keluarga Rocio, kata akhbar itu.

Semoga kejadian seperti ini tak berulang dan dijauhkan daripada kita sekeluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat keluarga Rocio, kami di TheAsianparent mengucapkan ribuan takziah di atas pemergian seorang ibu yang baru lepas bersalin ini. Semoga beliau dilindungi Tuhan. 

Sumber: Independent, Sky News

Kredit gambar: Siakap Keli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Disahkan Mati 54 Hari Lalu, Tapi Ibu Ini Berjaya Melahirkan Bayi “Ajaib”! Apa Terjadi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Penulis

Rosanna Chio