Nangis Tak Nampak Ibu, Bayi Kembar Ini Terus Tertidur Lepas Hisap Jari Kembarnya

Comel sekali si kembar ini. Di usianya yang baru 6 minggu, dia sudah boleh menenangkan adiknya sendiri. Lihat saja pada video yang dikongsikan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tentunya ibu ayah akan bangga bila melihat anak-anak saling membantu antara satu sama lain seperti mana yang dirasakan oleh ibu kepada bayi kembar ini hingga beliau merakamkan detik indah itu dan memuat naiknya di laman media sosial. 

“Sewaktu video dirakam, bayi saya yang baru berusia enam minggu berasa gelisah bila saya berada di ruangan lain hingga kembarnya datang membantu,” tulisnya dalam video yang dikongsi di Youtube ini.

Bayi kembar menangani kembar menangis

Dalam video ini boleh dilihat si kecil yang tidur melekat jarinya pada kembarnya itu dan dia terdengar kembarnya menangis lalu disua jari untuk dimasukkan ke dalam mulut bayi tersebut.

Kemudian selepas menghisap jari kembarnya, bayi comel itu kembali tenang hingga terus tertidur.

Namun bantuan si kembar ini secara sengaja atau tidak, tapi tetap ada momen yang indah di situ sekaligus menjadi kenangan terindah buat mereka bila besar nanti.

8 sebab anda harus menikmati kelahiran kembar

#1. Baju selalu dapat offer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila ada anak kembar perkara yang paling best masa ada tawaran pakaian  baby twin yang murah-murah contohnya beli satu percuma satu.

Pendek kata semua ibu ayah yang ada anak kembar akan menantikan tawaran menarik ini sekaligus si kecil dapat bergaya bersama dengan pakaian yang sedondon.

Walaubagaimanapun, kehamilan kembar ini mungkin akan melelahkan ibu kerana anda membawa dua janin dalam kandungan. Namun lalui fasa kehamilan ini dengan rasa bersyukur dan gembira. Barulah baby pun senang hati dalam perut dan membesar dengan sihat.

#2. Telatah yang menghiburkan hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila ada anak kembar, telatah mereka ini memang sangat menghiburkan hati misalnya keletah mereka sekaligus ibu juga dua kali ganda akan rasa seronok.

Di saat mereka bertatih berjalan, bermain bersama dan sebagainya semuanya kelihatan comel dan cukup untuk dikenangkan. Masa inilah untuk ibu merakam sebanyak mungkin gambar mereka untuk dijadikan kenang-kenangan.

#3. Ikatan yang tidak akan terlerai

Adik beradik memiliki ikatan hubungan yang sangat kuat dan akrab, tapi sebagai adik beradik kembar ikatan mereka lebih istimewa dan sukar untuk dileraikan. Pendek kata, kalau cubit paha kiri, paha kanan turut terasa sakitnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah kembar itu akan sentiasa menyokong dan membantu antara sama lain sekaligus masing-masing boleh berdikari bila besar nanti.

#4. Disukai ramai

Jika anda dikurniakan bayi kembar, kasih sayang pada mereka berdua turut berganda di mana bukan hanya dikasihi oleh ibu bapanya tetapi orang sekeliling seperti saudara, sepupu, atuk, nenek dan lain-lain.

Malah pasti segala perhatian akan dicurahkan kepada mereka setelah geram telatah lucu si kecil ini.

#5. Melakukan sesi foto untuk anak kembar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa gemar menggayakan anak mereka untuk sesi fotografi kan? Malah anak kembar mereka ini akan digayakan dengan baju-baju dan aksesori yang menarik supaya dapat menonjolkan kreativiti masing-masing.

Si comel pula akan bergaya sakanlah pada masa itu dan sedia mendengar segala arahan daripada jurufoto tersebut.

#6. Anak mudah lembut hati

Cara si kecil ini bertindak dan berinteraksi antara satu sama lain sangat comel dan ia menjadi satu momen yang cukup istimewa kepada ibu dan ayahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apatah lagi, anda mungkin akan jadi kurang memarahi anak, lebih-lebih lagi bila dua pasang matanya yang bulat dan membesar sedang menagih simpati.

#7. Kenali perbezaan antara si kecil

Membesarkan anak bukanlah satu tugas yang besar malah anda terpaksa mengorbankan aktiviti sosial yang anda mungkin suka lakukan sebelum ini.

Malah memiliki kembar memberikan anda alasan yang lebih kukuh untuk tidak menghadiri acara yang boleh mendatangkan sia-sia.

Bahkan inilah masanya untuk anda mengenali perbezaan karakter dan keperibadian diri anak yang mungkin berbeza antara satu sama lain walaupun mereka berkongsi rahim yang sama. 

#8. Tak perlu menambah anak lagi

Apabila sudah mendapat sepasang bayi kembar maka, anda tidak perlu terburu-buru untuk menambah cahaya mata kerana anda sudah ada dua anak dalam satu masa yang sama.

Malah masa ini adalah terbaik untuk anda teruskan memberi perhatian kepada mereka berdua sahaja dan merakamkan lebih banyak momen bersama bayi kembar anda. 

Lihat video dibawah: