Lipstik Tahan Lama Punca Kerengsaan Pada Bibir, Namun Kini Anda Boleh KISS Dengan Selamat!

Tahukah anda bahawa lipstik tahan lama sebenarnya mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan pada bibir dan keseluruhan kesihatan anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan wanita gemar lipstik tahan lama kerana ia tidak meninggalkan kesan pada topeng muka. Jika ini lipstik anda, ini bermakna ia mengandungi warna sintetik yang tinggi dan sukar untuk ditanggalkan pada penghujung hari. Inilah salah satu sebab mengapa bibir anda merekah, kering dan menjadi gelap.

Anda perlu berhati-hati dengan bahan-bahan yang disenaraikan dalam lipstik anda kerana ia sebenarnya bertoksik. Mengetahui bahan-bahan yang ada dalam lipstik anda amat penting. Jangan membeli lipstik semata-mata kerana pembungkusan menarik atau kerana selebriti kegemaran anda menggunakannya.

Ada sesetengah wanita akan menanggalkan lipstik sebelum makan. Namun semasa kita memakai lipstik, kita tidak sedar kita telah menjilat bibir. Kita juga tidak sedar kita lakukan perkara ini semasa kita berbual, minum kopi atau teh.

Walaupun pembungkusan lipstik cantik, kita perlu menyemak senarai bahan-bahan yang digunakan dengan teliti.

Bahan-bahan Perlu Elak Semasa Membeli Lipstik Tahan Lama

Pernahkah anda membaca pembungkusan lipstik sebelum membeli?

Jika tidak, usah risau. Kami ada senaraikan beberapa bahan-bahan biasa yang ditemui dalam solekan agar anda memahami cara selamat untuk memilih lipstik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pewarna sintentik lipstik biasa sentiasa mengandungi warna sintetik yang banyak yang mana ia menghasilkan kemasan pusam dan tidak meninggalkan kesan pada mask. Penggunaan gincu ini dalam jangka masa lama boleh menyebabkan bibir menjadi hitam, merekah dan rosak.

Lanolin ialah minyak biri-biri yang digunakan untuk melindungi bulu biri-biri. Ia amat bagus untuk bibir kering namun jika terlebih dos, ia boleh menyebabkan kerengsaan seperti bibir menjadi bengkak, malah ruam dan sakit kepala!

Pengawet BHA - Ada banyak makanan dan kosmetik mengandungi bahan ini dan ia amat bertoksik jika kita tidak menyimpan lipstik di tempat sejuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Logam Berat Bertoksik terhasil daripada pewarna sintetik dan pewangi. Ia menyebabkan bibir menjadi gelap malah ketidakseimbangan hormon serta sakit kepala yang kerap dan obesiti!

Saccharin - Ramai wanita gemar Saccharin. Bahan ini 100 hingga 300 kali ganda lebih manis berbanding gula putih! Wanita hamil, kanak-kanak dan bayi disyorkan untuk mengelak bahan ini kerana dos berlebihan boleh menyebabkan tindakbalas seperti sakit kepala, kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan masalah kulit.

Minyak Mineral sebenarnya tidak membantu melembabkan kulit, ia hanya menjadi satu lapisan untuk melindungi kulit daripada persekitaran. Ini bermakna ia tidak merawat bibir anda yang kering!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang kita faham mengapa sakit kepala yang kerap tidak normal kerana ia mungkin tanda alahan atau keracunan. Lipstik mineral vegan KISS hadir dengan pewarna semula jadi daripada warna mineral yang mana, kami elak daripada menggunakan logam berat.

Selain menghasilkan warna yang menawan, kami menggantikan Lanolin, BHA, Saccharin dan minyak mineral dengan shea butter, jojoba oil, Tocopherol dan minyak gred premium.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Pilih Bedak Tabur Tanpa Talkum, Elak Liang Pori Tersumbat & Kurangkan Jerawat Pada Muka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan