Lori terbalik dan menghempap kereta
Selasa lalu, 15 Ogos 2017, sebuah lori pembancuh simen telah terbalik lalu menghempap sebuah kereta di hadapan Biro Pengurusan dan Penolakan di Mindanao Avenue, Queszon City.
Berdasarkan sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lori itu sedang melintasi jalan sebelum melanggar pembahagi jalan, terbalik lalu menghempap kereta tersebut.
Menurut laporan awal dari jurucakap Penguatkuasa Pembangunan Manila Metropolitan, Celine Pialago – tayar kiri lori pembancuh simen itu ternaik ke atas pembahagi jalan kemudian terus terbalik.
Dan ketika itulah kereta yang dipandu mangsa dihempap.
Mangsa diumumkan meninggal dunia
Menurut Inquirer, terdapat 5 sekeluarga di dalam kereta tersebut semasa kejadian. Mangsa termasuklah: seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa bersama tiga orang anak mereka yang masing-masing berusia 12,8 dan 4 tahun.
Mangsa dikenali sebagai Ulysses Ramos, 34 (bapa), Marife Ramos, 34 (ibu), Eulaiza, 12, Eugene, 8 dan Enrico, 4.
Mereka telah digesa ke hospital berdekatan sejurus diselamatkan.
https://www.facebook.com/djcoki/videos/10155622441937248/
Walaubagaimanapun, pihak berkuasa mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan mangsa terakhir. iaitu si bapa yang memandu kereta tersebut.
Si bapa telah diumumkan meninggal dunia setibanya di hospital.
Sementara itu, keempat-empat mangsa yang lain dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil di hospital.
Manakala pemandu lori tersebut yang dikenali sebagai Jayson Nuay, 27 telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Lori melintasi jalan semasa waktu “Larangan Lori”
Menurut laporan awal oleh berita ABS-CBN, pihak penguasa masih belum dapat mengenal pasti mengapa lori tersebut melintasi jalan itu ketika waktu ‘Larangan Lori” di antara Edsa Magallanes ke North Avenue, Quezon City.
Waktu ‘Larangan Lori’ ini berkuat kuasa setiap hari kecuali pada hari Ahad dan hari cuti.
Lihat rakaman kamera litar tertutup berikutan kemalangan tersebut:
Ini sungguh tragis, atas kecuaian orang lain, kita kehilangan orang tersayang!
Sebab itulah kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi punca kemalangan orang lain.
Anda boleh juga baca tentang :
Pemandu Tidak Berhemah Hanya Akan Meninggikan Risiko Kemalangan Jalan Raya
Jenis-Jenis Car Seat Untuk Bayi dan Kanak-Kanak
Sumber: theAsian Parent Philipine
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-meninggal-aqiqah-rokok/