Lotus’s Sebarkan Kegembiraan Melalui Playful and Joyful Moments

Lotus's Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) bersedia mengubah musim cuti ini menjadi masa untuk memberi kepada mereka yang memerlukannya dan perayaan menggembirakan para pelanggan Lotus’s.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puchong, 10 Disember 2023: Dengan tema Lotus's Playful and Joyful Moments, peruncit itu bukan sahaja menawarkan pelbagai hidangan perayaan kepada pelanggannya di dalam pasar rayanya dan pusat beli-belahnya, ia juga menghidupkan semangat #KitakanJiran dengan menjemput pelanggan untuk mengambil bahagian dalam inisiatif Secret Santa di lapan Lotus's Malls terpilih sepanjang bulan Disember.

Lotus's Malaysia akan menyebarkan kemeriahan perayaan melalui kempen Lotus's Playful and Joyful Moments dengan menawarkan siri jenama Mattel yang mengambil bahagian seperti Hot Wheels, Polly Pocket, Matchbox, Thomas and Friends, Scrabble dan lain lain. Pelanggan boleh menikmati siri aktiviti mesra keluarga di Lotus’s Malls yang mengambil bahagian sepanjang tarikh yang dipilih di bawah:

Acara Lotus’s Playful and Joyful Moments di pusat beli-belah Lotus’s:
- 1 Disember 2023 – 1 Januari 2024: Lotus’s Mutiara Damansara
- 1 Disember – 14 Disember 2023: Lotus’s Puchong, Lotus’s Ampang, Lotus’s Cheras
- 16 Disember 2023 – 1 Januari 2024: Lotus’s Selayang, Lotus’s Klang, Lotus’s Rawang and Lotus’s Kepong.

“Lotus’s Playful and Joyful Moments memberi peluang untuk keluarga mencipta kenangan yang berkekalan, berhubung antara satu sama lain, dan mengalami kegembiraan musim ini dengan cara baharu dengan siri bengkel dan aktiviti mesra keluarga sepanjang bulan Disember. Ini selaras dengan matlamat kami untuk menjadikan Lotus’s destinasi yang lebih mengutamakan keluarga dan kanak-kanak untuk membeli-belah dan berkumpul,” kata Melissa Wong, Ketua Pusat Beli-belah, Lotus’s Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelanggan boleh merujuk halaman Facebook rasmi peruncit tersebut untuk aktiviti dan bengkel hujung minggu yang menarik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peruncit itu juga komited untuk menyebarkan keseronokan melangkaui pasar raya dan pusat beli-belahnya. Untuk menguatkan intipati sebenar semangat #KitakanJiran, Lotus's membawa kegembiraan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari lapan rumah kebajikan semasa musim perayaan ini. Pelanggan boleh mengambil bahagian dalam Inisiatif Secret Santa untuk memenuhi hasrat Hari Natal kanak-kanak tersebut dengan memilih hajat daripada pokok Hari Natal, membeli hadiah itu dan meletakkannya di pokok di kedai Lotus’s yang sama.

Jadual Secret Santa di Lotus's Malls yang mengambil bahagian adalah seperti di bawah:
- 1 Disember – 14 Disember 2023: Lotus’s Mutiara Damansara, Lotus’s Puchong, Lotus’s Ampang and Lotus’s Cheras
- 16 Disember 2023 – 1 Januari 2024: Lotus’s Selayang, Lotus’s Klang, Lotus’s Rawang and Lotus’s Kepong.

‘Play date’ di Lotus's Puchong dipenuhi dengan keceriaan perayaan kerana ia mengalu-alukan keluarga, termasuk kanak-kanak dari Tender Touch Pediatric Rehab dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia) yang merupakan program yang menyokong perkembangan kanak-kanak kelainan upaya. Semua orang berpeluang untuk menyelami semangat percutian melalui aktiviti dan bengkel yang menyeronokkan ini untuk mencipta kenangan abadi bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk membaca butiran lanjut mengenai Lotus’s Playful and Joyful Moments, lawati halaman khas di laman web mereka: corp.lotuss.com.my/campaigns/playfull-joyful-moments-with-lotuss-mattel