Bapa Buat Biskut Coklat Mengandungi Ganja. Padah Dekat Anak Sendiri Termakan, Alami Sesak Nafas Dan Loya

Kanak-kanak alami loya dan sesak nafas apabila termakan biskut coklat mengandungi ganja yang dibuat oleh ayahnya sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kasihan anak kecil yang jadi mangsa akibat perbuatan ayah sendiri apabila termakan biskut coklat yang mengandungi ganja di dalamnya. Kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut mengalami masalah sesak nafas dan loya berikutan insiden tersebut.

Disebabkan perkara itu, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lawin, Gerik untuk rawatan. Menurut laporan media, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata yang polis menerima laporan daripada pembantu perubatan klinik berkenaan sekitar jam 10.26 malam apabila mangsa mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya susulan kejadian itu.

“Siasatan mendapati biskut disyaki dicampur dengan ganja dibuat oleh bapa mangsa menyebabkan dia mengalami simptom tersebut.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik untuk terima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, bapa kepada kanak-kanak tersebut berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut bersama biskut tersebut.

Bahkan, ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati yang suspek positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC). Suspek telah direman selama lima hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang ini kanak-kanak tersebut sedang mendapat rawatan di hospital di Gerik, dan keadaannya dikatakan dalam keadaan stabil. 

Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku apatah lagi pada anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Kanak-kanak mana yang tahu jika biskut yang dia nampak tidak boleh dimakan kerana sudah pastinya kita semua tahu yang kanak-kanak sukakan manisan atau makanan manis seperti coklat, biskut atau gula-gula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa juga, hendaklah memainkan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik dan sepatutnya perkara yang melanggar undang-undang sebegini tidak menjadi pilihan biarpun keadaan hidup yang sukar sekalipun kerana sudah pastinya ia salah dan apatah lagi merbahaya buat yang mempunyai anak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Semoga kanak-kanak tersebut dapat sembuh seperti sedia kala dengan segera dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. 

Sinarharian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak 4 Tahun Kritikal, Badan Penuh Dadah Selepas Ikut Bapa Saudara Ke ‘Suatu’ Tempat

Baca juga: Tidak Tahan Hidup Dengan Suami Penagih Dadah, Isteri Sebenarnya Boleh Tuntut Fasakh

Baca juga: JANGAN contohi ibu ini yang sengaja beri anak hisap ganja!

Penulis

Farhana Fuad