Luahan Bapa Ini Selepas Anaknya Meninggal Dunia Sungguh Menyentuh Hati!

Tiada ibu bapa yang nak sesuatu terjadi pada anak mereka. Tapi, itulah nasib bapa ini. Ikuti luahan hatinya tentang apa dia belajar selepas anaknya meninggal dunia. Anda pasti tersentuh hati!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Luahan hati seorang bapa selepas kehilangan anaknya…

Tiada apa yang lebih melukakan hati selain daripada rasa menyesal tak dapat memberikan yang terbaik pada seseorang yang telah pergi menghadap Tuhan.

Inilah yang dilalui oleh bapa malang ini.

Richard Pringle telah melalui kesakitan ketika beliau kehilangan anak lelakinya Hughie akibat pendarahan otak.

Dan luahan beliau tentang 10 perkara yang dipelajarinya selepas anaknya meninggal dunia sangat menyentuh jiwa. 

Kredit gambar: Indiana Institute on Disability and Community

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat perkongsiannya melalui akaun twitter milik sahabatnya, Jake Humphrey seperti di bawah –

10 Perkara Saya Belajar Selepas Anak Saya Meninggal Dunia

  • Ciuman dan kasih sayang takkan pernah terlebih
  • Anda akan sentiasa ada masa. Tiada apa benda yang tidak boleh tunggu. Berhenti buat apa yang anda lakukan sekarang, dan bermainlah seketika.
  • Ambillah gambar dan rakamlah video sebanyak mungkin. Kerana satu hari nanti, mungkin itu sahaja yang anda ada.
  • Berikan masa bukan duit. Buat aktiviti dengan anak-anak. Lompat dalam lecak bersama, berenang di laut, berseronok. Itu yang mereka mahukan. Saya tak ingat apa yang saya belikan pada anak saya, tapi saya ingat apa yang kami pernah lakukan bersama.
  • Menyanyi, menyanyilah bersama. Antara detik bahagia kami ialah apabila kami bersama-sama menyanyikan lagu kegemarannya. Kami membina memori melalui muzik.
  • Hargai perkara kecil. Hargai masa tidur, masa makan, masa bermalas. Ini semua yang saya paling rindu sekali. Jangan biarkan ia berlalu tanpa dihargai.
  • Sentiasa cium orang tersayang sebelum berpisah. Jika terlupa, patah balik dan cium mereka. Kerana anda tak akan tahu jika ia mungkin kali terakhir anda jumpa mereka.
  • Jadikan masa bosan kepada masa yang seronok. Masa membeli barang dapur, tersekat di dalam kesesakan lalu lintas, berjalan, semuanya… Jadikan ia menyeronokkan. Hidup terlalu pendek untuk tidak berseronok bersama.
  • Tulis jurnal untuk mengingati setiap butiran mengenai mereka yang tersayang. Apa mereka buat, apa mereka cakap, apa mereka belajar. Kami hanya mula menulis jurnal selepas kami kehilangan Hughie dan kami lakukan untuk Hettie. Anda boleh baca semula untuk mengingati semua detik indah bersama.
  • Jika anda ada anak untuk dihantar ke sekolah, untuk jalan bersama, untuk makan bersama. Ingat satu perkara, anda sangat dirahmati. Dan jangan lupakan hal ini.

Apa yang anda rasa selepas membaca perkongsian bapa ini?

Rasa seperti hendak berlari dan mendapatkan yang tersayang dan peluk erat, bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan pernah berlengah atau ragu-ragu untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada mereka.

Sayangilah si manja anda selagi nyawa dikandung badan. Kita tak tahu percaturan Tuhan pada masa akan datang. Selagi masa ini masih dipinjamkan untuk kita, hargailah ia sebaik mungkin.

Hargai anak anda itu. Tiada apa yang dapat menggantikannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Twitter Jake Humphrey

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-maut-di-jepun-ibu-luahan/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma