Luang lebih banyak masa dengan ibu anda ada kebaikannya! (dibuktikan sains sendiri!)

Adakah anda jarang luang masa bersama ibu anda? Pakar baru-baru ini mendedahkah tentang kepentingan meluangkan masa bersama ibu anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana kesibukan kerja dan pada yang sama sibuk menguruskan keluarga, kita tiada masa untuk luang masa bersama ibu kita.

Entah bila kali terakhir kita bawa ibu kita keluar, kan? Tapi selepas anda membaca kajian ini, pasti anda akan mahu luang masa bersama ibu anda!

Luang masa bersama ibu: Kajian mendedahkan kepentingannya

Kesunyian memberi kesan kepada kita lebih dari apa yang kita fikirkan. Kajian yang dijalankan pada 2012 mendedahkan, kesunyian boleh menjadi faktor yang memberi kesan kepada kualiti hidup orang tua.

Ini termasuk risiko kemurungan, kecacatan kognitif dan masalah kesihatan lain. Seperti contoh, penyakit arteri koronari. Risiko lain termasuk mati awal!

Kajian disertai oleh 1,600 orang dewasa dengan purata umur 71 tahun. 23% yang berkongsi mereka merasa sunyi, mati dalam tempoh 6 tahun kajian. Selain itu, hanya 14% yang mempunyai teman mati dalam tempoh yang sama.

Hasil kajian kekal konsisten walaupun kesihatan dan sosio ekonomi peserta telah dikawal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian lain membuktikan yang hubungan sosial dan kesihatan adalah berkait

Penglibatan sosial adalah penting untuk memanjangkan hayat anda, kata kajian yang dijalankan oleh PLOS Medicine.

Julianne Holt-Lunstad, profesor Psikologi di Brigham Young University berkata, hubungan sosial bukan sahaja penting untuk kualiti hidup, tapi juga untuk panjang umur.

Sepanjang sejarah manusia, kita bergantung kepada orang lain untuk meneruskan hidup seperti perlindungan dan makanan. Walaupun kemajuan moden telah membantu beberapa aspek untuk hidup sendiri, perhubungan tetap memberi kesan untuk meneruskan hidup.

Kesunyian dan pengasingan memberi kesan buruk kepada kesihatan, lebih teruk dari merokok dan obesiti. Kajian lain juga menunjukkan yang atuk dan nenek yang ditemani oleh cucu-cucu mereka menurunkan risiko untuk mendapat Alzheimer dan demensia

Tips luang masa bersama ibu

Selepas anda membaca kajian ini, pasti anda mahu luang masa bersama ibu dengan lebih kerap, kan? Tapi bagaimana?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini antara beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan bersama ibu dan anak-anak.

1. Pergi berjalan dengan keluarga atau hanya dengan ibu. Jika anda bawa anak anda bersama, ia boleh menjadi aktiviti yang bagus untuk merapatkan hubungan.

2. Masak bersama ibu anda. Jika anak anda minat memasak, ajak mereka sekali. Bukan anda sahaja yang dapat belajar daripada ibu, tapi anak anda juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Cakap dengan ibu anda setiap hari, samaada mereka duduk sekali atau tinggal berasingan. Pastikan anda bercakap dengan ibu anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari. 

4. Bawa ibu anda keluar makan malam. Kadang-kadang mereka mungkin mahukan perhatian daripada anda sahaja, jadi makan malam berdua adalah aktiviti yang sesuai.

5. Masukkan ibu anda dalam aktiviti harian anda. Perkara kecil seperti ucapan selamat pagi dan sarapan bersama boleh merapatkan lagi hubungan dengan ibu.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: TheAsianparent Singapore

Baca juga:

Setiap anak perempuan PERLU melihat ibu mereka telanjang bulat, ini sebabnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar