Momen yang ditunggu-tunggu pasangan bakal berkahwin bukan saja saat untuk disatukan sebagai suami isteri. Ada yang lebih mengujakan pasangan ini iaitu saat ‘disatukan’ di kamar tidur, betul kan? Sebaik pasangan sah menjadi suami isteri, tentunya momen yang dinanti ini telah difantasikan seindah mungkin. Tapi, alamak! sakit pula jadinya.. Tahu tak lubrikasi adalah kunci segala kenikmatan kala bersama?
Tidak kiralah untuk si isteri yang baru pertama kali melakukan hubungan intim atau untuk anda yang sudah berkali-kali melakukannya namun susah untuk mendapat kenikmatan kala bersama, yang ada cumalah rasa sakit dan melecet usai aksi.
Ini semua adalah normal. Lebih-lebih lagi buat anda yang pertama kali, jangan risau, setiap masalah punyai penyelesaiannya. Yang penting anda relaks.
Dua cara mengelakkan sakit ketika bersama
Penting untuk kedua-dua pasangan untuk relaks dalam ‘beraksi’. Untuk si suami jangan tergopoh, untuk si isteri pula tenanglah dan jangan terlalu memikirkan apa yang bakal terjadi. Apa yang anda dengar daripada rakan-rakan tentang betapa sakitnya berasmara kali pertama tolong buang jauh-jauh.
Ingat, apabila adanya persefahaman antara suami isteri dalam melakukan hubungan intim ini kedua-duanya dapat menikmati momen istimewa ini bersama.
#1. Kaedah regang otot vagina menggunakan alat intim suami
Perlu diingatkan ya pasangan suami isteri semua, kaedah ini memerlukan persefahaman dan kesabaran yang tinggi. Anda perlu cuba dan cuba sehinggalah kedua-duanya sedia.
Lakukan senaman ini ketika alat suami sedang tegang. Masukkan kepala zakar suami dengan perlahan-lahan ke dalam alat sulit isteri. Ketika ini peranan si suami adalah menenangkan isteri, cuba cium bahagian badan si isteri yang mengujakan dia.
Untuk lebih memudahkan proses kemasukan atau penetrasi, lubrikasi adalah sangat membantu. Jadi gunakan gel lubrikasi atau pelincir dan sapukan pada zakar suami serta vagina isteri.
Sesudah zakar suami berada di dalam alat sulit si isteri, cuba diamkan seketika. Biarkan dalam beberapa minit dan keluarkan kembali. Elakkan keluar masuk dengan cepat, ingat ini hanya senaman untuk regangan (stretching) bukan ‘aksi’ yang betul-betul.
#2. Regangan menggunakan dildo dan dilator
Jika suami belum betul-betul bersedia dan masih menunggu isteri bersedia terlebih dahulu, bolehlah gunakan dildo ataupun dilator gred perubatan yang dijual atas talian.
Penggunaan dildo kalau boleh carilah saiz yang sama dengan saiz zakar suami. Dan jika anda menggunakan dilator juga cari saiz yang hampir sama. Untuk penggunaan selamat sarungkan kondom ya, barulah aktiviti seksual anda lebih selamat walaupun dengan penggunaan barang asing.
Sapukan pelincir pada dilator atau dildo tadi , percayalah lubrikasi adalah sangat penting! Masukkan alat itu perlahan-lahan ke dalam vagina isteri. Diamkan dalam 10 minit, jika tidak tahan boleh keluarkan seketika dan ulanginya.
Tapi dinasihatkan untuk tidak melakukannya dengan laju. Elakkan geseran yang kerap ia boleh membuat vagina rasa sakit lebih-lebih lagi jika isteri masih tidak bersedia.
Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga si isteri merasakan alat sulitnya sedikit ‘kembang’.
Ini adalah bertujuan untuk meregangkan faraj. Jika ia sudah sedia dan meregang sempurna, barulah nikmat untuk melakukan hubungan intim bersama suami.
Apa yang penting sebenarnya adalah persefahaman dan kesabaran, sekali lagi perlu ingat. Untuk mencapai nikmat ketika bersama ini, bukan usaha sebelah pihak sahaja ya.
Kedua dua pasangan perlu memberi dan menerima. Terutama sekali pada malam pertama, seeloknya sebelum anda memulakan aksi intim ini, cubalah berborak-borak dahulu. Hangatkan keadaan dengan kata-kata romantis disusuli dengan ‘foreplay’.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Twitter Mummy Elle
Baca Juga:
Pasangan Suami Isteri Yang Guna Alat Mainan Seks Terbukti Lebih 'Bahagia'. Pernah Cuba?