Sejak makin dipromosikan oleh para artis, trend lukis kening semakin popular di kalangan wanita Malaysia. Namun, tahukah anda ada beberapa kesan sampingan akibat lukis kening ini?
Trend lukis kening bawa kesan sampingan
Lukis kening atau lebih dikenali sebagai microblading cukup popular di kalangan selebriti luar dan dalam negara kini. Microblading adalah satu prosedur tatu kosmetik sementara yang mengisi kawasan kening yang nipis agar nampak lebih “penuh”.
Berbeza dari proses tatu secara kekal, teknik lukis kening ini hanya bertahan selama 3 tahun. Akan tetapi, prosedurnya masih sama di mana pewarna (dye) dimasukkan.
Akan tetapi, belum ada doktor kulit yang merekomendasikan prosedur lukis kening microblading ini kerana ia lebih berisiko berbanding memberi manfaat. Akan tetapi, banyak para beautician yang melakukannya!
Antara sebab kenapa microblading menjadi pilihan wanita zaman moden adalah kerana kita tidak perlu lagi melukis kening setiap hari. Namun, ramai yang tidak sedar kesan sampingan prosedur ini!
Kesan sampingan lukis kening melalui microblading
#1 Alahan
Saat melakukan prosedur ini, kemungkinan muncul reaksi alahan kerana warna atau pigmen yang digunakan.
Walaupun anda tak pernah mengalami sebarang alahan ketika melukis kening, tiada jaminan anda akan bebas selamanya dari alahan.
#2 Jangkitan bakteria
Microblading tugasnya adalah untuk membuat pembukaan di dasar kulit sehingga kulit berisiko tinggi mengalami jangkitan!
Beberapa penyakit berbahaya boleh menjangkiti mangsa, hanya melalui pembukaan kulit ini, contohnya seperti HIV atau jangkitan kulit.
Bakteria juga lebih berisiko terjadi kerana faktor ketidaksterilan alat yang digunakan.
#3 Kesalahan ketika dalam proses tidak boleh diubah
Jangan main-main, prosedur microblading tidak mudah untuk dibetulkan sekiranya terjadi apa-apa kesalahan. Malah, ia akan memakan masa jika anda cuba nak betulkannya!
Beberapa hal yang harus diperhati jika ingin melukis kening
Menurut Jurnal Clinical Interventions in Aging, risiko lukis kening dengan teknik microblading sama saja seperti melakukan tatu.
Beberapa orang pakar juga berpendapat, prosedur ini lebih berbahaya dari tatu kerana ia dilakukan di bahagian wajah dan berdekatan mata, lalu risiko jangkitan dan alahan lebih tinggi!
Jika anda memang memilih untuk melakukan microblading, pastikan anda melakukannya di tempat pakar yang disahkan. Selain itu, jangan lupa untuk memerhati kebersihan tempat tersebut.
Alternatif lain selain melukis kening melalu microblading
Untuk mendapatkan kening yang bagus (dan terletak cantik), anda boleh menggunakan pensil kening atau berus yang boleh merapikan kening.
Namun jika anda ingin melebatkan kening pula, cubalah guna bahan semula jadi ini:
- Minyak kastor
- Lidah buaya
- Minyak zaitun
- Lemon
- Minyak kacang almond
Semoga info berikut bermanfaat untuk anda!
Artikel ini asalnya ditulis oleh Anisyah dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
6 Kesalahan Merapikan Kening Yang Patut Dihentikan Oleh Anda