TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng Nutri-Licious Yang Lebih Sihat

3 min bacaan
Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng Nutri-Licious Yang Lebih Sihat

MAGGI Nutri-licious juga menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat.

MAGGI baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian mi segera yang baharu, MAGGI Nutri-licious, khusus untuk pengguna yang mencari pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati.

MAGGI Nutri-licious menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat. Ini merupakan satu inisiatif pelabelan bahagian hadapan pembungkusan oleh Kementerian Kesihatan bagi pilihan makanan yang lebih sihat.

MAGGI Nutri-licious menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat

MAGGI Nutri-licious menawarkan dua pilihan berinspirasikan Itali, Aglio Olio dan Tomato Delight. Kedua-dua mi segera ini diperbuat daripada tepung gandum bijian penuh dari Australia.

Mi ini juga dihasilkan melalui teknologi pengeringan udara dan tanpa digoreng untuk mengurangkan kandungan lemak dan mencapai tekstur mi yang lebih kenyal. Selain daripada kebaikan bijian penuh, mi ini juga menjadi sumber protein, serat dan vitamin B6 bagi memberikan pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad memperkenalkan MAGGI Nutri-licious

Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, MAGGI Nutri-licious diperkenalkan tepat pada masanya ketika trend makanan dan gaya hidup sihat menjadi semakin popular.

“Makanan ruji bagi rakyat Malaysia kebanyakannya ialah nasi dan mi. Menyedari tentang perubahan trend kesihatan dan peningkatan bilangan pengguna yang peka dengan kesihatan mereka, maka kami telah menambah baik mi segera kegemaran Malaysia dengan menawarkan buat pertama kali, rangkaian mi segera MAGGI yang lebih sihat dan dipenuhi dengan nutrien penting seperti protein dan serat.

Selaras dengan janji jenama kami, Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan, MAGGI terus menyokong pemilihan makanan yang lebih sihat dan lebih enak melalui inovasi produk kami yang terkini selepas mendapat gambaran tentang gaya hidup, tabiat penggunaan dan trend pemakanan mereka.

Pengguna yang mencari hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan serta mudah disediakan kini mempunyai pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati. Mereka juga digalakkan untuk menambah sayur-sayuran dan sumber protein kegemaran seperti udang, sotong, daging atau telur untuk hidangan yang seimbang dan lebih berkhasiat,” kata Juan.  

Mi yang baharu ini menawarkan cita rasa Eropah melalui dua pilihan ala Itali yang enak dan belum pernah dibuat sebelum ini. Tomato Delight merupakan gabungan perisa masam manis pes tomato manakala Aglio Olio pula menggunakan minyak bawang putih yang menyelerakan untuk membangkitkan selera penggemar. 

Sebagai langkah permulaan oleh jenama MAGGI di Malaysia, MAGGI Nutri-licious menggunakan 30% pembungkusan plastik boleh kitar semula untuk bungkusan luaran bagi menyokong usaha memelihara alam sekitar. Usaha ini mengukuhkan lagi komitmen Nestlé dalam memenuhi matlamat syarikat untuk mengurangkan penggunaan plastik yang baharu sebanyak satu pertiga menjelang tahun 2025.

Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng Nutri-Licious Yang Lebih Sihat

Pakar dietetik Indra Balaratnam menyarankan pengambilan bijian penuh dalam diet harian. Bijian penuh adalah berkhasiat serta kaya dengan serat makanan, vitamin dan mineral untuk memberikan pelbagai manfaat kesihatan.

“Pengambilan bijian penuh dikaitkan dengan kadar risiko penyakit jantung, diabetes Jenis 2 dan sesetengah jenis kanser yang lebih rendah, selain menyokong fungsi penghadaman dan pengurusan berat badan.”

Indra juga menekankan bahawa kita perlu menganalisis ramuan dan nilai pemakanan makanan yang dimakan. “Hidangan yang seimbang adalah sangat penting – setiap orang digalakkan untuk mengamalkan konsep “Suku Suku Separuh” ke arah membentuk tabiat makan yang lebih sihat,” tambah Indra.

Konsep Suku Suku Separuh Pinggan Sihat Malaysia merupakan teknik visual pantas untuk membantu merancang hidangan yang seimbang dengan membahagikan makanan di dalam pinggan dengan cara berikut:

  • Suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi atau roti 
  • Suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau telur
  • Separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MAGGI Nutri-licious, sila layari www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-nutri-licious/

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?
Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng Nutri-Licious Yang Lebih Sihat
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham