Benarkah Pasangan Yang Tidak 'Friend' Di Facebook Dikatakan Lebih Bahagia & Kurang Stres?

Main Facebook tanpa berkawan dengan pasangan dikatakan lebih bahagia dan kurang tekanan kerana anda tidak perlu rasa cemburu berlebihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Media sosial sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita mesti update di media sosial.  Tetapi, tahukah anda, suami isteri yang tidak main Facebook bersama sebenarnya lebih bahagia dan kurang stres?

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Tabiat main Facebook depan pasangan boleh menjejaskan keharmonian hubungan
  • Kisah benar isteri lebih bahagia selepas unfriend suami di Facebook
  • Tidak mudah pada mulanya
  • Rasa tenang apabila kurang mengambil berat tentang orang lain

Tabiat main Facebook depan pasangan boleh menjejaskan keharmonian hubungan

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik, Computers in Human Behavior mendapati bahawa penggunaan media sosial yang kerap boleh mendatangkan kemudaratan yang besar pada perkahwinan dan ada sesetengah kes berakhir dengan perceraian.

Kajian dilakukan dengan membandingkan kadar perceraian di negeri tertentu dengan bilangan akaun Facebook negeri tersebut.

Menurut penyelidik kajian, kadar perceraian meningkat sebanyak 4% di mana terdapat peningkatan sebanyak 20% dalam penggunaan Facebook.

Tambahan pula, suami isteri yang jarang atau tidak menggunakan media sosial, adalah 11% lebih bahagia dalam perkahwinan daripada mereka yang kerap menggunakannya.

Kisah benar isteri lebih bahagia selepas unfriend suami di Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam sebuah kisah yang dikongsikan oleh India Times, seorang isteri mengambil keputusan untuk unfriend suaminya di Facebook. Dia mengambil keputusan itu setelah merasai sendiri kesan kurang baik ‘berkawan’ dengan suami di media sosial.

Tambahnya lagi, suaminya memahami mengapa dia mengambil keputusan ini dan bersetuju dengan sepenuh hati.

Menurut dia setelah unfriend suami di Facebook, minggu berikutnya, dia dan suami memperoleh beberapa pengalaman baharu serta rumah tangga mereka dikejutkan dengan beberapa kejutan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak mudah pada mulanya

Si isteri turut kongsikan bahawa setelah dia unfriend suami di media sosial, dia hampir menyesali keputusan itu.

Ini kerana dia tidak lagi boleh melihat update status suaminya serta sering tertanya-tanya apa yang si suami lakukan sepanjang hari. Dia hampir mempunyai keinginan untuk menghubungi suaminya dan bertanya mengenai harinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan, apabila dia benar-benar menghubungi suaminya, dia menyedari keindahan berbual tentang hari dan aktiviti masing-masing.

Ia sangat berbeza ketika berhubung di media sosial, di mana dia dan suami jarang berbual kerana bergantung sepenuhnya pada teks dan mesej.

Rasa tenang apabila kurang mengambil berat tentang orang lain

Menurut perkongsiannya lagi, setelah masa berlalu, dia dan suami mula merasai keindahan perkahwinan tanpa ‘berkawan’ di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini, dia dan suami punya lebih banyak perkara untuk dibincangkan. Selain itu, mereka rasa tenang apabila kurang mengambil berat tentang apa yang orang lain lakukan di media sosial.

Tambahnya, dia tidak lagi mempunyai rasa kurang percaya pada suami disebabkan oleh aktiviti dalam talian mereka. 

Kongsinya lagi, sebelum ini dia pernah bergaduh dengan suami selepas bekas teman wanita berkongsi gambar lama dan turut tag nama suaminya di post tersebut namun kini gambar itu sudah dipadam.

Baginya, keputusan yang diambil adalah yang terbaik dan dia menasihati pasangan lain untuk mencubanya sekurang-kurangnya sekali.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  DALAM DIAM, Media Sosial Boleh Runtuhkan Rumah Tangga Anda Dengan 6 Cara Ini

Baca juga:  Elak Dari Muat Naik 6 Perkara Ini Di Mana-Mana Media Sosial Anda

Baca juga:  6 Cara Media Sosial Boleh Merosakkan Perkahwinan Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Sofea