Akibat Suka Main Pasir, Tangan Kanak-Kanak 6 Tahun Ini Terkena Jangkitan Cacing Tanah!
Akibat suka bermain pasir, kanak-kanak 6 tahun ini terkena jangkitan cacing!
Apabila si kecil anda sudah menginjak ke usia kanak-kanak, tentunya hobi mereka hanyalah bermain. Tidak kira main alat permainan, main masak-masak, main pasir, main sorok-sorok atau apa saja yang dianggap menyeronokkan.
Dari situ mereka dapat mengeksplorasi benda-benda yang berada di sekitar mereka sekaligus belajar sesuatu daripadanya.
Namun, kali ini kita ingin menyentuh tentang main pasir yang memiliki manfaat yang baik untuk perkembangan si kecil antaranya dapat melatih kemampuan sensori anak, meningkatkan daya kreativiti dan meningkatkan interaksi sosial anak jika bermain bersama rakan-rakan seusianya.
Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa anda perlu sentiasa mengawasi semasa anak main pasir kerana ia merupakan material kotor yang mengandungi bakteria dan virus yang banyak.
Dalam jurnal Zoonoses and Public Health mengatakan pasir mengandungi bakteria berbahaya seperti Clostridium Difficile.
Menurut Dr. Jose Blanco bakteria tersebut booleh mengakibatkan jangkitan usus sehingga individu yang berjangkit mengalami cirit birit yang teruk dan ia biasanya ditemui dalam pasir.
Anak main pasir berisiko terkena jangkitan bakteria
Selain itu, dengan bermain pasir juga ia boleh menyebabkan beberapa spesis cacing boleh masuk ke dalam tubuh manusia.
Cacing tersebut muncul apabila haiwan seperti anjing dan kucing membuat kotoran di atas pasir atau tanah.
Ini kerana, haiwan ada kotoran jika tidak dibersihkan iaitu telur cacing yang kemudian membiak menjadi larva. Sebab itu jika si kecil bermain pasir maka cacing tersebut boleh hidup di dalam kulit.
Malah risiko buruk ini telah dialami oleh seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun di mana cacing tanah telah masuk ke dalam telapak tangannya selepas main pasir.
Tangan seorang kanak-kanak telah dijangkiti cacing tanah!
Seorang ibu bernama Dina Rasyid menceritakan semula pengalaman anak lelakinya yang dijangkiti cacing tanah di bahagian telapak tangan selepas bermain pasir di kawasan rumah mereka.
Pada awalnya, ibu tersebut menyangka tangan anaknya melepuh disebabkan ubat nyamuk tapi rupa-rupanya ada cacing tanah yang telah masuk ke dalam telapak tangan anaknya itu.
Malah setiap hari anaknya mengadu sakit, gatal dan kemerahan. Apabila dipegang teksturnya padat dan bergelombang.
Kemudian, cacing tersebut semakin membesar dan terus membawa anaknya itu berjumpa doktor.
Namun disebabkan kehabisan ubat di klinik tersebut maka tiada ubat yang dapat diberikan. Namun, menurut doktor, cacing tersebut akan mati dan hancur sendiri kerana diserap dalam kulit lalu mengelupas sendiri.
Tolong hindari anak main tanah
Disebabkan pengalaman ini, Dina mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memerhatikan anak-anak semasa bermain supaya tidak terjadi hal yang sama seperti yang dilalui ini.
Bahkan, infeksi cacing ini bukan hanya terjadi kepada anak yang bermain tanah atau tidak memakai kasut tetapi ia juga boleh didapati pada makanan mentah seperti sayur dan buah-buahan yang tidak dicuci dengan bersih.
Jangkitan cacing ini boleh dicegah dengan pemberian ubat anti cacing yang perlu diambil dalam masa satu ke tiga hari. Ia dapat mencegah penyerapan glukosa dari cacing hingga akhirnya mati.
Sebaiknya selepas bermain bahan-bahan kotor ini, cuci tangan atau terus bawa anak mandi supaya terhindar dari sebarang jangkitan yang boleh membahayakan kesihatana mereka.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal ditulis oleh Finna Prima dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga
Jangkitan yis pada kanak-kanak, ini 4 perkara yang ibu bapa selalu tak sedar