Anda Miliki Mainan Barbie Ini? Jika Ya, Ia Boleh Jadikan Anda Kaya Kerana Ia Bernilai Lebih RM120,000 Hari Ini!

Adakah anda memiliki salah satu daripada mainan Barbie ini? Jika ya, anda boleh jadi kaya kerana nilainya mencecah lebih RM120,000.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba anda semak stor di rumah anda, kalau-kalau anda mempunyai mainan Barbie ini boleh jadi bernilai ratusan ribu ringgit!

Tidak dinafikan yang kini fenomena Barbie kembali. Terima kasih kepada filem Barbie, yang dijangka akan mengaut keuntungan sehingga USD1 bilion sewaktu dua minggu pertama ketika ia menjadi filem pecah panggung, kegilaan terhadap filem Barbie dan segalanya dengan warna pink meningkat naik. 

Tidak hanya peminat menyerbu pawagam dengan outfit seakan Barbie, tetapi juga terdapat menimbulkan rasa minat terhadap mainan Barbie. Ibu syarikat Mattel melaporkan yang peningkatan keuntungan sebanyak USD27 bilion yang tidak dijangka sejak filem itu ditayangkan, dan pengumpul Barbie doll masih mencari mainan Barbie yang rare terutama sekali jenis yang boleh dijual pada harga puluhan ribu ringgit.

Jadi adakah ini bermakna yang anda patut menyelongkar stor rumah anda untuk mencari koleksi Barbie yang anda punya? Mana tahu jika anda sebenarnya memiliki salah satu daripada mainan Barbie yang jenis rare ini.

Mainan Barbie paling mahal pernah dijual: Stefano Canturi Barbie

Mainan Barbie paling mahal tidak hanya akan buatkan anda tergamam kerana rupa dan harganya, tetapi juga kerana rantai berlian yang berkilau yang terletak di lehernya. Dan ya, ia adalah berlian asli yang disarungkan pada lehernya, dan kita boleh tahunya dalam beberapa masa minit sahaja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia direka oleh pereka barang kemas dari Australia, Stefano Canturi, patung mainan Barbie satu-satunya ini dijual di sebuah gedung lelong Christie pada tahun 2010 pada harga USD302,500 dan segala keuntungan itu pergi Breast Cancer Research Foundation, menjadikan ini satu kisah yang cukup down-to-earth.

Bercakap soal berlian tersebut, batu utama ini adalah berbentuk potongan petak sempurna, berlian rona pink rare jenis 1-carat yang ditemui di lombong Argyle di Australia, dan ia diletakkan di dalam choker yang terdiri daripada berlian putih. Tambah lagi, Barbie ini juga menyarung sebentuk cincin berlian.

Selain daripada barang kemas, patung mainan Barbie yang fancy ini juga menyarung dress pendek hitam dan kasut tumit tinggi jenis peep-toe.

Mainan Barbie kedua paling mahal: De Beers Barbie

Ini satu fakta menarik, patung mainan Barbie rekaan Stefano Centuri bukan satu-satunya patung Barbie yang menggayakan berlian. Sempena menyambut ulang tahun Barbie yang ke-40 pada tahun 1999, tukang emas berlian De Beers juga menghasilkan satu patung Barbie edisi istimewa dalam gaun petang dengan bikini top dan skirt jarang, menggayakan aksesori 160 berlian keil dan emas putih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

De Beers Barbie dijual pada harga USD85,000 pada tahun yang sama, jadi harganya sekarang boleh jadi lebih pada hari ini jika ia masih dalam keadaan yang terbaik. 

Mainan Barbie ketiga paling mahal: Original Barbie

Kembali pada tahun 1959, ketika Barbie muncul di kaca tv, dia menjualnya pada harga hanya USD3. Hari ini, Original Barbie yang menggayakan baju renang one-piece warna hitam putih, kasut tumit tinggi rona hitam peephole dengan hoops emas serta kaca mata hitam yang dipegang pada tangannya, adalah satu patung mainan Barbie yang sangat ikonik sepanjang masa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun banyak patung Barbie edisi ulang tahun jenis Original Barbie yang wujud (termasuk ulang tahun ke-35 dan ke-50, yang mana dijual di mana-mana antara USD100 ke USD1,500 di laman web seperti Etsy dan eBay), patung mainan Original Barbie adalah sangat sukar untuk ditemui, terutama sekali dalam kondisi yang terbaik macam baru.

Barbie doll rare ini boleh mencecah harga sehingga USD27,000. Dan sekarang ini, terima kasih kepada filem Barbie (dan Margot Robbie yang menggatakan sut hitam-putih untuk menggamit nostalgia Barbie) ia boleh jadi lebih lagi. Jadi mungkin anda patut selongkar stor rumah keluarga anda untuk periksa jika ada.

Antara patung Barbie lain yang juga mahal:

Sementara sememangnya beruntung kalau dapat jumpa semula Original Barbie, tapi apa salahnya jika anda bernasib baik terjumpa patung Barbie yang lain seperti di bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Gala Abend Barbie (1965): Dijual pada harga USD9,148 di Christie pada tahun 2006.
  • Lorraine Schwartz Barbie (2010): Dijual pada harga USD7,500 di satu lelongan untuk Children Affected by AIDS Foundation. Hanya 12 patung Barbie yang dikeluarkan untuk edisi ini.
  • Brunette Ponytail Barbie (1959): Dijual pada harga USD6,710 di eBay pada tahun 2014.
  • Karl Lagerfeld Barbie (2014): Dijual pada harga USD5,275 di eBay pada Mei 2023. Ia pada asalnya di jual di Net-a-Porter pada harga USD200 sahaja setiap satu dan dikeluarkan sebanyak 900 unit.
  • Marie Antoinette Barbie (2003): Dijual pada harga USD1,250 di eBay pada tahun 2016, biarpun harganya dari USD1,500 sehingga USD3,500 pada hari ini. Barbie ini juga menyarung rantai berlian.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Biarkan Anak Bermain Dengan Patung Barbie, Banyak Membantu Perkembangan Mereka!

Baca juga: Ish, Rambang Mata Tengok Mainan Anak! Ibu Jangan Hentam Beli Tapi Ikut Minat Mereka

Baca juga: Ibu Jangan Halang Anak Suka Conteng Dinding, Ia Merangsang Otak & Daya Sensori

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad