5 Jenis Mainan Sesuai Untuk Bayi 3 Bulan, Bantu Rangsang Minda Si Manja Sejak Kecil!

undefined

Jenis mainan bayi 3 bulan yang sesuai untuk perkembangan Si Manja anda. Pastikan ia bebas bahan kimia kerana bahaya untuk bayi.

Apabila bayi sudah mencecah usia tiga bulan, dia sudah boleh bermain dengan mainan yang ada dalam genggaman tangannya. Jadi, apakah mainan bayi 3 bulan yang sesuai dan bermanfaat untuk mereka? 

Pada fasa ini, anda dapat lihat si kecil itu cuba mencapai mainan yang tergantung. Malah tidak lama lagi, dia juga akan belajar cara memegang dan meneliti mainan dengan kedua-dua belah tangannya.

Namun, jangan terlalu teruja hingga lupa keselamatan si kecil ketika bermain kerana anda perlu pastikan sebarang mainan itu selamat untuk dikunyah. Apa yang boleh dilakukan adalah semak label yang terdapat pada bungkusan mainan tersebut sebelum beri pada anak. 

Apa kebaikan mainan untuk bayi 3 bulan?

mainan bayi 3 bulan, mainan untuk bayi 3 bulan, mainan baby, mainan budak

Bayi pada usianya mencecah 3 bulan mereka sudah menguasai objek yang berada di tangan untuk mencapai dan mengenggam. Dengan bermain secara tidak langsung dapat meransang deria mereka melalui sentuhan, pendengaran, penglihatan dan sebagainya.

Mainan untuk bayi haruslah mempunyai ciri dan tekstur yang bersesuaian. Walaupun begitu, pergerakan mereka masih lagi terbatas dan sangat terhad.

Berikut adalah kebaikan mainan untuk bayi 3 bulan:

#1. Merangsang deria – mainan bayi pada usia 3 bulan dapat merangsang deria serta pancainderanya melalui sentuhan, kepelbagaian warna dan bunyi pada mainan yang menarik perhatian bayi untuk mengenggam mainan tersebut. Selain itu ia dapat merangsang deria pendengaran, bau dan rasa. Sebagai ibu bapa galakkan bayi anda untuk bermain kerana ini merupakan salah satu cara untuk mereka belajar mengenai persekitaran.

#2. Meningkatkan perkembangan tumbesaran – Bermain bukan sahaja dapat menggalakkan perkembangan deria tetapi dapat meningkatkan perkembangan otak yang sihat.

5 mainan untuk bayi 3 bulan, jom rangsang minda si manja anda!

#1. Mainan untuk bayi 3 bulan – Mainan gantung 

Mainan gantung antara mainan untuk bayi 3 bulan yang bagus bagi merangsang perkembangan kognitif dan motor halusnya.

Kebolehan memukul mainan yang tergantung merupakan pencapaian yang cukup memberangsangkan juga kerana lepas ini, dia sudah boleh memutar permainan yang digantung atas kepala. Namun, pastikan bayi tidak terlalu hampir dengan permainan itu hingga boleh membuatnya tidak selesa,

#2. Mainan untuk bayi 3 bulan – Mainan ‘hand rattle’ 

Secara lumrahnya, bayi suka mendengar bunyi bising jadi permainan seperti ‘rattle‘ sangat membantu dalam tumbesaran mereka untuk memahami setiap irama yang keluar tatkala menggoncang mainan tersebut. 

#3. Mainan getah berbunyi

Apa saja mainan yang boleh ditekan dan mengeluarkan bunyi memang amat disukai bayi ketika usia ini malah ia sangat sesuai dibawa bersama ketika mandi. 

#4. Mainan gelang gigit yang berwarna-warni 

mainan bayi 3 bulan, mainan untuk bayi 3 bulan, mainan baby, mainan budak

Gelang menggigit yang diperbuat dari silikon adalah lebih baik berbanding gelang yang diisi air kerana jika bocor, mungkin air tersebut tidak melakukan proses steril dan ia sangat bahaya. 

Tapi jenis silikon bagus bagi melegakan kesakitan gigi bayi yang baru tumbuh.

#5. Mengikut bentuk dan warna kesukaan

Untuk bayi lelaki, anda boleh memilih bentuk kenderaan, bola, binatang dan sebagainya. Manakala bagi perempuan pula, anda boleh berikan mereka teddy bear berwarna pink yang sangat secocok untuk peneman bermain si kecil. 

Cara bermain dengan bayi

Sebagai ibu, sudah pasti mahukan masa yang berkualiti bersama bayi kita. Selain daripada mengikuti perkembangan bayi ibu mestilah merancang aktiviti harian supaya bayi anda tidak bosan melakukan benda yang sama sepanjang hari.

Berikut adalah cara bermain yang boleh ibu lakukan bersama bayi:

#1. Bercerita dan menyanyi

Cuba curi perhatian bayi anda dengan bercerita dengan nada suara berlagu. Lakukan ketika ingin menukar bajunya atau semasa menyuap mereka makan. Kajian mendapati bercakap sambil bermain dengan mereka membantu otak untuk memproses bunyi dan membezakan suara ibu ayah.

#2. Bersiar-siar

Duduk di rumah sepanjang hari pasti bosan. Bawa bayi anda keluar bersiar-siar. Cuba biasakan mereka dengan dunia luar. Sesekali beri mereka peluang untuk menyentuh daun, bunga dan air. Ini dapat meransang deria sentuhan mereka.

#3. Menari sambil gerakkan tangan mereka

Cuba ibu menari sambil bermain dengan mereka. Menari sambil bermain dengan bayi adalah selamat tetapi jangan hayun mereka terlalu kuat ya.

Selain itu, ibu-ibu boleh letakkan bayi anda di atas katil dan menggerakkan tangannya sambil menyanyi. Ini adalah cara seronok untuk menggalakkan perkembangan motor bayi anda.

#4. Main mainan rangsang deria

Cuba berikan mereka mainan yang boleh merangsangkan perkembangan visual seperti baby mobile yang berwarna cerah, cermin, atau majalah.

Biarkan bayi anda sentuh dan mengenali tekstur yang berlainan. Play gym bayi adalah pilihan yang paling sesuai untuk tujuan ini.

Selain itu, ibu ayah juga boleh memilih untuk membaca daripada buku bergambar, tetapi pilihlah jenis yang berwarna-warni. Selain membuatkan bayi teruja dengan warna yang terang, mereka juga boleh belajar mendorong deria yang ada.

#5. Aktiviti semasa mandi

Lengkapkan peralatan mandi dengan beberapa barang permainan yang selamat. Mainlah ketika memandikan bayi anda. Sesekali buat suara yang mengelikan hati. Namun diingatkan jangan ambil masa terlalu lama ya. Takut bayi anda kesejukan.

#6.  Meniru aksi dan celoteh mereka 

Sesekali cuba ibu meniru pergerakkan mereka sambil mengajar bayi anda cara berkomunikasi. Jangan lupa, berikan respon kepada bayi anda ketika mereka mengeluarkan bunyi.

Cuba untuk berbual. Dengan memberi tindak balas semasa bermain dengan bayi anda, ini juga menunjukkan bahawa dia adalah orang yang penting di dalam hidup anda. Ini pasti dapat mencuit hati bayi anda.

Mainan yang perlu dielakkan untuk bayi 3 bulan

mainan bayi 3 bulan, mainan untuk bayi 3 bulan, mainan baby, mainan budak

Mainan baby sangat penting untuk merangsang tumbesaran si kecil. Sebagai ibu ayah anda perlu pastikan memilih mainan baby yang sesuai dan tidak bahaya kepada mereka.

Berikut merupakan perkara yang perlu dielakkan semasa membeli mainan baby anda:

#1. Mainan yang kecil dan boleh ditanggalkan

Elakkan membuat mainan yang boleh ditanggalkan jika anda mempunyai anak di bawah umur 3 tahun. Pada fasa ini mereka suka memasukkan alat mainan ke dalam mulut.

#2. Mainan dengan sisi dan bucu yang tajam

Sangat berisiko kepada bayi anda jika bermain mainan yang tajam ini.

#3. Mainan yang mengeluarkan bunyi kuat

Pendengaran bayi akan rosak jika mereka bermain dengan mainan yang mengeluarkan bunyi terlalu kuat. Sebagai ibu ayah pastikan mainan yang anda beli untuk si kecil tidak bahaya pada mereka.

#4. Mainan yang dicat

Sekiranya bayi terdedah kepada mainan yang mempunyai unsur plumbum, mereka boleh mengalami keracunan plumbum. Ini adalah sangat serius kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan teruk pada otak, buah pinggang dan sistem saraf bayi.

Tips memilih mainan untuk bayi

Ada beberapa hal yang harus diperhatikan supaya mainan yang dipilih dapat merangsang pertumbuhan otak, motor halus, pendengaran dan penglihatan bayi yang optimum

  • Pilih mainan dengan warna cerah yang menarik tak mudah luntur dan selamat digigit. 
  • Periksa mainan bayi jika terdapat benang yang seolah hendak tertanggal kerana bimbang jika ia boleh tersangkut pada tubuh bayi.
  • Jika mainan tersebut mudah digigit, cari yang bersaiz besar dari mulut bayi supaya ia tidak tertelan semasa digigit.
  • Pilih mainan yang tidak tajam di setiap sudutnya.
  • Jangan pilih mainan yang terlalu tinggi kandungan bahan kimia, dikhuatiri membahayakan bayi anda. 

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda yang pertama kali ingin membeli mainan anak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

  1. Playfully. (2017,November).  Infant Activities: Ways to Play With Your 0-3 Month Old That Boost Development https://www.playfullyapp.com/2017/11/02/infant-activities-ways-to-play-with-your-0-3-month-old-that-boost-development/.
  2. Pathways.org. (2020,November). Games for Babies 0-3 Months Old: Activities for Babies. https://pathways.org/growth-development/0-3-months/games/

Baca juga: Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Ibu Ayah, Jom Galakkan Perkembangan Si Manja Dengan Mainan Kanak-Kanak Terbaik Untuk Bayi 7-12 Bulan!

Baca juga: Rumah Bersepah Dengan Mainan Anak? Sediakan Rak Mainan dan Didik Si Manja Mengemas, Baru Hati Ibu Pun Tenang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!