Anda pernah membeli barang mainan Mothercare untuk anak? Jika ada, cuba periksa mainan bayi Mothercare anak anda kerana Mothercare telah mengeluarkan kenyataan untuk kesemua pembeli memulangkan semula permainan bayi set kunci kerana takut bateri dalam mainan itu jatuh!
Mainan bayi Mothercare perlu dipulangkan kerana berbahaya
Mothercare mengeluarkan kenyataan mendesak agar permainan ‘My First Key’ yang telah dijual di kedai dan di laman web pada Jun tahun lepas agar dipulangkan kepada mereka dengan segera.
Dalam notis pemulangan tersebut, pihak Mothercare berkata pembeli yang memiliki mainan tersebut perlu berhenti menggunakannya serta-merta dan memulangkan produk ini ke kedai Mothercare dan anda akan mendapat pembayaran penuh semula.
Ia berkata mainan dengan kumpulan kod 02-161024, 02-161205 dan 02-170509 adalah kumpulan yang terkesan dengan risiko sel bateri terdedah kepada kanak-kanak.
Notis pemulangan ini menunjukkan di mana anda boleh periksa kod pada mainan tersebut.
Mothercare berkata dalam kenyataannya:
“Jika anda memiliki mainan bayi Mothercare ini, sila berhenti menggunakannya serta-merta dan pulangkan produk ini pada kedai Mothercare berdekatan dan pulangan penuh akan diberikan. Tindakan ini diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami dan kami mohon maaf untuk sebarang kesulitan.”
Notis pemulangan produk ini dikeluarkan ketika Mothecare dilaporkan akan menutup tiga dari 143 kedainya kerana desakan untuk bertahan di pasaran yang tinggi.
Ini akan membuatkan Mothercare menutup lebih kurang 50 kedai di lokasi yang rugi atau mengurangkan sewaan kedai.
Mothercare juga telah berusaha untuk mengurangkan jumlah kedai di UK kepada 80 dan 100 dari 143 kedai dan menutup beberapa kedai sepanjang tahun adalah sebahagian dari perancangan mereka.
Notis arahan yang dikeluarkan dari Mothercare ini juga dapat membuka mata kita untuk selalu memerhatikan anak-anak ketika mereka bermain kerana kita tidak tahu sejauh mana mainan yang diberikan pada anak itu selamat.
Dengan sikap ingin tahu yang tinggi pada anak-anak, mereka berisiko untuk menghadapi kecederaan ketika bermainan dengan mainan dan jika mereka berjaya membuka bateri mainan dan mereka terdedah kepada risiko tercekik.
Oleh itu, harap ibu bapa di luar sana lebih berwaspada dan sentiasa periksa mainan yang anda berikan pada anak anda agar sentiasa dalam keadaan yang baik.
Anda ada tak mainan bayi Mothercare ini? Kalau ada, segera pulangkannya ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Mail Online
Baca juga:
Gempar, kakak ini ditembak mati oleh adik sendiri gara-gara permainan video!