Sambutan hari jadi hanya setahun sekali, jadi tidak salah jika ibu bapa memberikan kejutan pada hari istimewa si kecil dengan menyambut majlis hari jadi anak di balai bomba. Dan, ianya adalah percuma!
Tambahan pula, jika anak anda bercita-cita menjadi anggota bomba bila sudah besar nanti.
Isi Kandungan
Majlis Hari Jadi Di Balai Bomba Untuk Anak-Anak
Di majlis hari jadi anak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di samping mendidik anak dengan perkara yang bermanfaat untuk masa akan datang.
Anak-anak berpeluang belajar tentang tugas anggota bomba dan pentingnya keselamatan kebakaran.
Selain melihat jentera bomba, mereka boleh mencuba latihan seperti memakai pakaian perlindungan bomba sambil menikmati pengalaman menaiki trak bomba dengan siren berbunyi mengelilingi balai bomba.
Sediakan baju persalinan anak kerana mungkin akan kebasahan disimbah dengan air hos semasa majlis berlangsung untuk memeriahkan lagi sambutan majlis hari jadi anak.
Cara Mohon Kebenaran Mengadakan Majlis
1. Pilih Lokasi
Hubungi balai bomba yang anda mahu untuk majlis harijadi dan pastikan mereka membenarkannya. Jangan call 999, sebaliknya, cari nombor pejabat balai bomba dan bercakap dengan pegawai. Semak tarikh yang tersedia dan buat perancangan awal.
2. Buat Permohonan
Tulis surat permohonan untuk mengadakan majlis, nyatakan tarikh, masa, dan bilangan tetamu. Hantar surat tersebut melalui emel atau secara serahan tangan.
3. Tunggu Kelulusan
Proses kelulusan mungkin mengambil 1-2 minggu. Jika tiada jawapan, follow up dengan pihak balai bomba.
4. Persiapan
Jika permohonan diluluskan, mula persiapan seperti membuat jemputan, tempah makanan dengan menu ringkas dan sediakan makanan untuk pegawai bomba sekali.
5. Caj Bayaran
Tiada caj dikenakan untuk majlis selama 3 jam. Namun, beri sedikit saguhati kepada pegawai bomba sebagai tanda terima kasih.
Semoga bermanfaat untuk ibu ayah di luar sana!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 tips merancang majlis hari jadi anak yang simple di rumah
Baca juga: 10 Menu Hari Jadi Anak Yang Simple & Menarik, Sesuai Untuk Sambutan Majlis Di Rumah
Baca juga: Ucapan Hari Lahir, Ucapan Hari Jadi, Sanah Helwah Untuk Isteri