Setiap wanita mengimpikan majlis kahwin yang indah dan sempurna. Tetapi, dalam kesibukan menguruskan setiap perkara, ada kalanya tidak lari dari melakukan kesilapan sewaktu majlis berlangsung yang akhirnya membuat diri menyesal setelah majlis berakhir.
Seorang wanita di Facebook telah menceritakan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya tanpa sedar agar menjadi pengajaran buat bakal pengantin yang lain.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Jenis kesalahan yang pengantin perlu elakkan sewaktu majlis kahwin
Jenis kesalahan yang pengantin perlu elakkan sewaktu majlis kahwin
#1. Tidak pastikan diri cukup rehat dan tidur
Adalah amat penting untuk setiap pengantin memastikan bahawa dirinya mendapat rehat dan tidur yang cukup agar kekal bertenaga sewaktu majlis berlangsung.
Tanpa rehat yang cukup, pengantin mudah berasa letih dan tidak mempunyai tenaga yang banyak.
#2. Tidak senyum dan tidak friendly memandang kamera
Bila pengantin dah penat, memang susahlah kalau diajak bergambar. Kalau senyum pun lagaknya seperti dipaksa-paksa dek kerana kepenatan. Macammana penat anda sekali pun, pastikan anda sentiasa senyum kerana akan ada kamera yang akan menangkap gambar anda pada bila-bila masa.
#3. Pemilihan tudung yang salah
Walaupun pemilihan tudung dianggap remeh tetapi ia akan membawa impak yang besar apabila anda menangkap gambar. Apabila pemilihan tudung tidak kena, hasilnya memang tidak cantiklah drape tudung nanti.
#4. Barang tidak tersusun di satu tempat atau simpan terlalu banyak barang
Barang-barang yang nak dipakai sewaktu majlis haruslah disimpan dan disusun di satu tempat yang mudah untuk dicari. Bila dah kelam kabut nak bersiap, memang susah nak cari semula barang yang penting.
#5. Pemilihan bunga tangan
Menurut pengantin ini, dia membuat sendiri bunga tangannya menggunakan bunga segar. Hanya satu sahaja kesilapan dari pihak pengantin, yang mana warna bunga tangannya tidak masuk dengan warna pelamin.
#6. Tidak banyak rakam video
Rugi rasanya kalau tidak ada sebarang video di hari kejadian. Lebih baik anda upah videographer untuk merakamkan kenangan manis sewaktu majlis perkahwinan anda.
Itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga ia menjadi panduan buat anda atau ahli keluarga yang bakal melangsungkan perkahwinan. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Buat Pasangan Bakal Berkahwin, Ini SOP Majlis Perkahwinan Yang WAJIB Anda Patuhi
Baca juga: Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Suami Isteri Mesti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan!
Baca juga: 20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga