Majlis Pernikahan DiRaja - Tunku Tun Aminah Selamat Bernikah Dengan Dennis Muhammad

Pada 14 Ogos 2017, puteri Johor, Tunku Tun Aminah telah selamat bernikah dengan pasangan hati Dennis Muhammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Tunku Tun Aminah, telah selamat diijabkabul dengan pasangan pilihan hatinya, Dennis Muhammad Abdullah, pada hari ini, 14 Ogos.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah melangsungkan upacara pernikahan mereka di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Majlis pernikahan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad

Pasangan DiRaja ini telah dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang telah diperkenankan oleh Sultan Ibrahim untuk menjadi wakil rasmi baginda.

Sumber: The Royal Johor FB

Ketika majlis pernikahan berlangsung, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah kelihatan anggun dan sopan dengan busana tradisional masyarakat Johor, Baju Kurung Teluk Belanga.

Pasangannya juga tampil kacak dan bergaya dengan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dan bersongkok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Majlis yang serba ‘personal’ dan ringkas ini turut disaksikan oleh baginda Sultan Johor dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga kedua-dua mempelai.

Sumber: The Royal Johor FB

Majlis DiRaja ini dilaporkan akan diteruskan pada malam ini dengan istiadat bersanding pula di Istana Besar, Johor Bahru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Khabarnya, seramai 1,200 ahli tetamu telah dijemput dan ia melibatkan kerabat diraja dan orang kenamaan.

Bagi orang ramai pula, mereka boleh mengikuti majlis persandingan dengan menonton dua skrin LED khas yang telah didirikan di Dataran Bandaraya dan di bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru mulai pukul 8 malam ini.

Sumber: The Royal Johor FB

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepanjang minggu lalu, persekitaran Istana Besar telah dihiasi dengan bunga-bungaan dan limpahan cahaya lampu yang berwarna-warni.

Sehari sebelum majlis pernikahan – Majlis Khatam Al-Qur’an

Pada 13 Ogos, pasangan ini turut mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an yang telah dihadiri oleh Permaisuri Johor dan beberapa tetamu DiRaja yang lain seperti KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, serta kerabat DiRaja Perak.

Sumber: The Royal Johor FB

Dalam majlis tersebut, Tunku Tun Aminah telah memperdengarkan bacaan surah lazim yang kemudiannya turut diikuti oleh para tetamu yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa hari sebelum itu juga, satu Majlis Doa Kesyukuran, Bacaan Yasin dan Tahlil turut diadakan di Istana Pelangi Johor Bahru.

Majlis yang diadakan pada waktu malam 10 Ogos itu telah diketuai oleh Mufti Johor.

Akan berpindah ke rumah sendiri selepas berkahwin

Puteri tunggal DYMM Sultan Johor ini dikhabarkan membuat keputusan untuk menetap secara berasingan bersama suami selepas berkahwin, dan bukannya tinggal di istana.

Sumber: The Royal Johor FB

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tunku Tun Aminah berkata:

“Selepas berkahwin, kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri.”

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang Dennis Muhammad

Dennis Muhammad, suami kepada Tunku Tun Aminah, merupakan jejaka kelahiran Belanda. Beliau dikatakan telah mula mendekati agama Islam sejak 2014 lagi ketika beliau pulang ke Belanda.

Pada 31 Mei 2015, beliau secara rasminya memeluk Islam di Pejabat Kadi Johor Bahru dan telah mendalami agama secara serius sejak itu.

“Hati saya terbuka untuk menerima Islam kerana melihat ada lebih banyak ketenangan dalam diri.”

Itu katanya tentang sebab beliau memeluk agama Islam. Sejak 2015, beliau telah berpuasa di bulan Ramadan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.

Sumber: The Royal Johor FB

Malah, bermula awal tahun ini, Dennis Muhammad, atau nama asalnya Dennis Verbaas, telah mengikuti kelas Fardhu Ain dan menghafal surah pendek.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat mengikuti segala pembelajaran dengan sempurna tanpa apa-apa halangan.”

Kami di theAsianParent Malaysia ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad di atas pernikahan dan perkahwinan ini. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga, amin!

Sumber: The Royal Johor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Impian Pasangan Ini Untuk Langsung Perkahwinan Di Tengah Laut Tercapai

Penulis

Noor