“Mak kata saya bodoh” Rintihan seorang murid

“Nanti mak kata saya bodoh. Mak cakap kat kawan dia saya tak pandai, pergi sekolah tak tahu belajar apa…” sambungnya dengan esak tangis yang semakin kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rintihan seorang murid Tahun 1 yang berkata, “Mak kata saya bodoh” sangat menyedihkan. Murid tersebut yang terberak dalam seluarnya masa sekolah kerana tidak dapat membuka tali pinggannya.

Bila ditanya guru, murid tersebut pula kelihatan sayu dan serba salah dan semasa menahan liangan air matanya, dia pula berkata, “Nanti mak kata saya bodoh. Mak cakap kat kawan dia saya tak pandai, pergi sekolah tak tahu belajar apa…” sambungnya dengan esak tangis yang semakin kuat.

Kadang kala, anak- anak ni, cepat membuat kesimpulan sendiri. Ibu bapa pula kadang kala menggunakan perkataan seperti “bodoh” secara tak sengaja tetapi dalam konteks yang berlainan.

“Entahlah anak aku ni, tak tau dia ke sekolah belajar apa. Tak pandai-pandai” yang membawa makna yang berbeza.

Jangan ucapkan kata-kata kesan

Anak mempunyai jiwa yang sangat sensitif dan lurus. Pemikiran anak-anak sangat tulus.

Jangan pernah menghina anak-anak atau mengucapkan kata-kata kesat kepada anak bodoh. Apa yang disebut kepada anak-anak bakal menjadi doa kepadanya. Meskipun anda bergaduh dengan suami atau pasangan anda, elakkan daripada menyebut kata-kata kesat di hadapan anak-anak.

Jangan mengucapkan kata-kata yang boleh menjatuhkan semangatnya dihadapan orang lain

Menghina anak-anak dihadapan orang lain boleh memberikan imej negatif dirinya terhadap orang lain. Orang lain juga berfikir buruk terhadap anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbuatan anda sebagai ibu bapa boleh mengundang prasangka buruk terhadap orang lain kerana kata-kata yang keluar dari mulut anda mencerminkan peribadi anda terhadap orang lain.

Di samping itu, anak anda juga mempunyai maruah dan perasaan yang harus dijaga, sama seperti anda. Hormatilah anak anda seperti anda menghormati diri sendiri dan orang lain.

Elakkan menyebut perkataan bodoh terhadap anak-anak

Anak-anak kecil mempunyai jiwa yang sensitif dan tulus. Mengucapkan perkataan negatif terhadap anak-anak sama seperi mendoakan yang buruk-buruk terhadap anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan hairan bila anak meningkat dewasa mereka akan berubah menjadi seorang yang kasar dan tidak menghormati anda sebagai orang tua, kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Jangan membandingkan anak anda dengan anak orang lain

Setiap orang tua harus faham setiap anak dilahirkan unik dan berbeza dari segi keupayaan. Hanya kerana anak orang lain melakukan hal yang lebih baik darinya tidak semestinya anak anda tidak bagus.

Percaya dan yakin dengan keupayaannya. Anda pasti akan lebih bersyukur dan menghargai anak anda.

Elakkan menyebut “kau harus menjadi seperti abang anda, kau harus menjadi seperti dia”. Anak anda akan menjadi seorang yang rendah diri dan tidak yakin akan keupayaan diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan menghina fizikalnya

Apabila orang tua tidak menyayangi anak-anak, orang lain juga tidak akan menyayangi anak anda, kerana anda asyik menceritakan keburukan dirinya.

Jika anak anda terlampau kurus, belikannya vitamin supaya anak anda membesar dengan sihat. Belikannya makanan yang berzat. Jika anak anda gemuk, bawalah anak anda ke taman untuk melakukan riadah. Aktiviti ini juga boleh mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

Bantulah anak anda untuk menjalani gaya hidup sihat. Anak anda pasti lebih menghargai dan menyayangi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rujukan: Says

Penulis

Michelle Goh