Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Miliki Anak Bijak-Kajian

Pemakanan ketika mengandung amat dititikberatkan agar janin membesar dengan sihat. Namun tahukah anda tentang kelebihan makan kacang semasa hamil?

Amalan pemakanan ketika mengandung adalah perkara yang paling diutamakan bagi menjaga kesihatan ibu agar proses perkembangan janin berjalan dengan lancar. Tahukah anda bahawa tabiat suka makan kacang berupaya melahirkan anak yang pintar dan cerdas?

Tidak dinafikan semasa hamil, anda akan mengalami perubahan dalam selera makan. Mungkin akan kerap lapar atau suka mengunyah setiap masa. Mana tidaknya, pembawakan anak ini membuatkan para ibu mengidam pelbagai makanan!

Rajin makan kacang ketika trimester pertama cenderung miliki anak yang bijak

makan kacang ketika hamil

credit to sources

Menurut kajian, ibu hamil yang gemar mengunyah kacang semasa trimester pertama, mereka cenderung mempunyai anak cerdas kerana ia kaya dengan asid folik dan lemak.

Antara kacang yang boleh anda ambil ialah badam, walnut, hazel, kacang pinus atau tanah. Para pengkaji Sains Sepanyol mendapati kanak-kanak yang ibunya mengamalkan saiz hidangan kacangan sebanyak 30g seminggu ketika bulan-bulan pertama kehamilan memperoleh skor yang lebih baik dalam ujian perhatian dan ingatan kognitif.

Jenis kacang yang terbaik membekalkan asid folik dan lemak secara semula jadi, ia akan terkumpul dalam tisu otak yang bertanggungjawa untuk ingatan serta perhatian.

Dalam kajian berkenaan, pasukan penyelidik telah meneliti diet hampir 2,200 wanita hamil serta perkembangan otak kanak-kanak ketika mereka berusia 18 bulan, 5 tahun dan 8 tahun.

”Ini adalah kajian pertama bagi mengetahui hubung kait antara khasiat kacang semasa mengandung dengan perkembangan saraf anak dalam jangka masa panjang,”

”Otak mengalami rangkaian proses yang kompleks semasa kehamilan. Ini bermakna tabiat pemakanan menjadi faktor utama dalam menentukan perkembangan otak janin dan ia memberikan kesan jangka masa panjang,” jelas ketua pengkaji, Florence Gignac.

Kaya dengan pelbagai nutrisi penting

makan kacang ketika mengandung

credit to sources

”Kami mengambil kira banyak manfaat yang ada dalam kekacang. Ia mengandungi asid folik yang tinggi, asid lemak penting seperti Omega-3 dan Omega-6.”

”Komponen-komponen inilah yang dapat mengembangkan fungsi otak bayi secara berkesan.” jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, pihak kesihatan di UK tidak mempunyai panduan khusus mengenai berapa banyak kacang yang seharusnya anda ambil dalam masa sehari. Tetapi, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencadangkan ibu hamil menjadikan amalan makan kacang sebahagian daripada diet yang sihat.

Manfaat lain makan kacang ketika hamil

Makan kacang sememangnya selamat semasa mengandung sekiranya jumlah pengambilan adalah sederhana dan ibu tidak mempunyai sejarah alahan terhadap kacang. Anda juga boleh menikmati mentega kacang yang dijadikan sebagai sandwic.

#1. Menghilangkan masalah sembelit

Masalah sembelit amat kerap berlaku dalam kalangan ibu hamil. Justeru mengambil segenggam kacang setiap hari membolehkan tubuh menerima pelbagai serat dan membantu melancarkan pergerakan usus. 

#2. Mengelakkan tekanan darah tinggi (preeklampsia)

makan kacang anak bijak

credit to sources

Tekanan darah (BP) yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya preeklampsia semasa mengandung. Antara gejalanya ialah sakit kepala, sesak nafas, gangguan penglihatan, kerap kencing dan kehadiran protein dalam urin.

Kacang mengandungi vitamin E yang boleh mengawal tekanan darah dan mengelakkan risiko berlakunya preeklampsia.

#3. Penggalak memori

Masalah asyik lupa ketika hamil adalah sesuatu yang normal. Kajian mendapati ia disebabkan oleh berlakunya perubahan emosi dan hormon, ia dikenali sebagai ‘momnesia’.

Dengan adanya vitamin B3 dalam kekacang, ia dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan aliran darah di dalam otak.

#5. Membina tulang dan tisu janin

Magnesium yang terkandung dalam kacang tanah dapat menyokong perkembangan tulang dan tisu janin. Ia juga mencegah berlakunya pengecutan yang lebih awal pada uterus.

Antara cara untuk menikmati kacang dengan gaya yang lebih sihat semasa kehamilan ialah dengan panggang, rebus atau goreng tanpa minyak. Elakkan mengambil makanan ini secara mentah kerana ia boleh membentuk kulat.

Kesannya, ibu mungkin mengalami keracunan makanan dan meragut nyawa bayi dalam kandungan. Justeru, pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor bagi mengetahui kuantiti pengambilan yang selamat agar tidak menyebabkan masalah tidak diingini berlaku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kaya Dengan Asid Folik, 7 Manfaat Kacang Bendi Dalam Tumbesaran Janin Yang Sihat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!