Ada sebabnya mengapa tempoh berpantang itu digelar ‘PANTANG’. Banyak perkara yang biasa kita lakukan, tidak boleh diamalkan ketika berpantang, contohnya makan pedas ketika pantang, ia bukan saja memudaratkan badan ibu malah juga bayi yang menyusu.
Berpantang selepas bersalin bukan setakat menjaga bahan makanan yang boleh menyebabkan angin, makanan yang pedas boleh menyebabkan bayi dan ibu cirit-birit.
Isi Kandungan
Makan Pedas Ketika Pantang Efek Pada Ibu & Bayi
Benda terakhir yang kita ingin lalui adalah cirit birit ketika berpantang. Untuk pergi ke tandas bagi membuang air kecil pun undang keluhan apatah lagi buang air besar, cirit birit pula tu.
Jika anda tak mahu ia berlaku jadi jagalah pemakanan ketika berpantang. Anda tak mahu berulang alik ke tandas. Tak cukup dengan itu, bayi juga meragam kerana kerap berak dan mengalami masalah sama.
Biarpun makanan pedas adalah makanan kegemaran, ingatlah, si ibu tidak digalakkan untuk makan pedas ketika pantang, lebih-lebih lagi jika dia baru lepas pembedahan caeser.
Kesan Makan Makanan Pedas Selepas Pembedahan Czer
Sama seperti pembedahan besar yang lain, tubuh badan ibu yang baru mengalami pembedahan caeser akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
Apabila ibu makan pedas ketika pantang, ini boleh memberi kesan sampingan malah melambatkan proses pemulihan. Ibu dinasihatkan supaya tidak makan pedas ketika pantang kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.
Bayangkan betapa susahnya untuk bergerak dan cabaran menyusu selepas pembedahan. Takkan nak tambahkan sakit cirit-birit pula, kan!
Apabila ibu mengalami cirit-birit, dia akan perlu selalu bangun dan bergerak untuk pergi ke tandas. Yang dibimbangkan ialah jika ibu terlalu banyak bergerak ataupun meneran terlalu kuat dengan tidak sengaja semasa membuang air besar.
Jangan lupa otot-otot perut baru mengalami tekanan yang hebat dan ibu perlu menjaga jahitan bekas caesar supaya ia tidak terbuka.
Makan pedas ketika pantang juga dikatakan boleh memberi kesan kepada susu ibu dan menyebabkan bayi kembung perut ataupun cirit-cirit.
5 Makanan Yang Elok Diamalkan Selepas Bersalin
Alamak, kalau tak boleh makan pedas ketika pantang kerana ingin menjaga luka dan pemulihan badan habis ibu-ibu ada pilihan apa lagi yang boleh dimakan?
Berikut adalah antara makanan yang boleh dimakan:
- Makanan mudah dicerna seperti yoghurt yang kaya dengan probiotik. Ia bukan hanya akan mengurangkan sembelit tapi juga akan membantu mengekalkan kesihatan perut ibu.
- Ikan, telur, daging dan kacang adalah contoh makanan kaya dengan protein yang boleh membantu pertumbuhan tisu dan membantu proses pemulihan selepas pembedahan.
- Buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, tembikai, betik, anggur dan strawberi akan mempercepat proses pemulihan selepas pembedahan dan mencegah jangkitan.
- Makanan yang mengandungi besi seperti sayur bayam, kuning telur dan daging merah akan mengekalkan tahap hemoglobin dan pembaharuan sel darah.
- Banyakkan mengambil makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju, bayam dan tauhu, ini baik untuk ibu menyusu.
- Minum air suam yang banyak kerana ini akan memastikan badan ibu terhidrasi di samping melancarkan susu ibu.
- Makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran hijau akan membantu mengelakkan sembelit sambil memberi nutrien kepada badan untuk membantu proses pemulihan.
5 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang
Selain makanan pedas ini lima lagi makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang:
- Makanan yang berangin, seperti taugeh, kacang panjang, kentang dan apa-apa jenis makanan yang boleh membuat badan si ibu dan bayi angin. Nanti kembung perut si kecil yang menyusu badan tu.
- Makanan yang sejuk. Contoh seperti air batu atau ais krim. Memang menurut istilah perubatan tiada kajian yang menyatakan tidak boleh ambil ais atau air sejuk selepas bersalin. Tapi eloklah jika ibu-ibu tahan dulu, badan kita ini nak pakai lama, efeknya mungkin tak rasa sekarang tapi akan rasa di kemudian hari.
- Makanan berlemak. Aduh nak turunkan berat badan yang dua kali ganda ketika hamil ni pun dah sukar ya amat. Makan pula makanan berlemak ketika pantang, lagilah susah nak slim balik. Jadi ibu-ibu gunakan waktu ini untuk mengamalkan diet yang sihat. Susu ibu pun boleh jadi meriah!
- Air gas atau air bikarbonat. BIG NO. Janganlah tambahkan sengsara perut anda. Samalah macam makanan pedas tadi. Kesian perut anda nanti memulas-mulas.
- Makanan yang gatal. Makanan seperti telur biasanya boleh menyebabkan luka gatal-gatal. Ini bagi yang bersalin melalui pembedahan atau yang mempunyai luka episiotomi.
Jadi ingat ya ibu-ibu, bersabarlah dan jangan makan pedas ketika pantang.
Selamat berpantang dan semoga artikel ini membantu.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Sumber: theAsianparent Indonesia, boldsky.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 30+ Makanan Pantang Bersalin Yang Mudah & Berkhasiat, Sesuai Untuk Bayi Jaundice
Baca juga: Tips Pilih Confinement Lady Supaya Tak Buat Ibu Pening Kepala Masa Berpantang Nanti!
Baca juga: Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh