Biasanya wanita akan mengidam atau mempunyai selera aneh ketika datang bulan atau semasa hamil. Sama jugalah seperti wanita ini yang sanggup makan sabun dan siap buat review!
Mengidam makan sabun ketika hamil
Kisah mengidam paling pelik ini terjadi pada seorang wanita bernama Khosik Assyifa apabila dia dipercayai memiliki selera yang tidak wajar bagi kebanyakan orang iaitu dengan makan sabun!
Video makan sabun yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya itu viral dan mendapat komen dengan reaksi yang pelbagai dari orang ramai.
Menurut Rachfeed.com, Assyifa mula menyukai rasa sabun ketika hamil kira-kira dua tahun lalu. Semasa itu, dia sedang mandi dan secara tidak sengaja menghisap sedikit sabun mandinya. Tak cukup itu saja, dia juga menjilat produk mandian tersebut kerana rasa buahnya.
Dalam ulasan video yang dimuat naik, Assyifa menggosok sabun tersebut sehingga berbuih kemudian menjilatnya.
Dia menyatakan, rasa sabun itu sangat enak dan memberi sedikit ulasan tentang produk tersebut yang sangat direkomenkan untuk orang ramai. Menurutnya lagi, makan sabun itu tidak mempengaruhi tahap kesihatannya walaupun masa itu bayinya masih dalam kandungan.
Namun pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam sabun tidak boleh dimakan oleh manusia dan berbahaya.
Makan sabun – Ketahui bahan pembuatan sabun
Sabun didefinasikan sebagai garam alkali dari trigliserida. Anda juga perlu tahu bahawa reaksi kimia yang digunakan dalam pembuatan sabun dipanggil saponifikasi (penyabunan).
Secara umumnya, masyarakat tahu sabun ada banyak jenis seperti hard soap, soft soap, cecair, berbentuk serbuk dan lain-lain.
Jenis-jenis sabun
#1. Sabun transparent
Sabun jenis ini memiliki kejernihan yang tinggi. Boleh dikatakan sabun jenis ini dapat menembusi cahaya dengan mudah. Malah beberapa ujikaji telah dilakukan bagi mengetahui tingkat kejernihan sabun transparent ini.
#2. Sabun translucent
Sabun ini sama seperti transparent tapi ia lebih jernih jika dibandingkan dengan sabun opaque.
#3. Sabun opaque
Sabun opaque ini jenis sabun mandi berbentuk cecair atau jenis buku keras yang selalu kita jumpai. Beberapa brand ternama sabun jenis ini seperti Lux, Giv, Lifebuoy, Dettol, Nuvo dan lain-lain.
Fungi bahan di dalam sabun
-
Natural soap
Sabun semula jadi ini mempunyai kompenen bahan natural. Namun, jika reaksi saponifikasi digunakan maka terdapat juga bahan kimia alkali digunakan seperti NaOH atau KOH.
-
Sabun skrub
Skrub mempunyai tekstur kasar yang dimasukkan dalam sabun mandi. Kandungan skrub itu membolehkan pengelupasan sel kulit mati dan kotoran yang menempel lebih mudah untuk dibersihkan.
-
Sabun Jerawat
Sabun jerawat diperbuat dengan kandungan bahan aktif yang dapat membersihkan jerawat. Biasanya ia berbentuk transparent yang sangat kaya dengan alkohol dan gliserin supaya mengatasi masalah jerawat di wajah.
-
Foam soap
Jika anda sering berendam maka foam soap sesuai digunakan. Sabun ini kaya dengan foam agent sebab itu ia membentuk buih yang sangat banyak.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa follow facebook page kami theAsianparent Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal Kiki Pea dan artikel ini mendapat keizinan dari Nonilo untuk diterjemah.
Baca juga:
Ketahui 5 Rahsia Mengapa Kanak-Kanak Buat Perangai Pelik Dan Maksudnya