Pada masa kini, menggalakkan anak-anak untuk membantu anda di dapur atau menghabiskan makanan mereka bukan senang. Mereka terlalu taksub dengan menonton televisyen mahupun penggunaan komputuer dan telefon, ramai anak-anak tidak gemar menikmati waktu makan bersama keluarga.
Tapi, sebagai peneman dapur anda, Kewpie Malaysia ingin membantu mengubah perspektif itu!
Kami bawakan beberapa petua atau tips yang anda boleh untuk menggalakkan anak-anak makan secara lebih sihat, malah untuk anda sekeluarga menikmati keseronokan memasak bersama Kewpie.
Tip 1: Mulakan dengan projek memasak ringkas
Memang mustahil untuk kita harapkan anak-anak yang berusia 3 hingga 7 tahun untuk sediakan 10 hidangan berbeza.
Oleh itu, dengan Kewpie Malaysia, terdapat pelbagai hidangan ringkas yang anda boleh sediakan bersama anak-anak dengan menggunakan sos Kewpie istimewa seperti Mayonis, Sos Salad, Sapuan Roti dan banyak lagi.
Masakan ringkas tidak semestinya membuat “sandwic” atau “wrap” sahaja, ibu boleh sediakan hidangan yang mudah, cepat, sihat dan sedap seperti Pizza Mini Pepperoni oleh Kewpie Malaysia.
Anda dengan anak-anak boleh menggunakan sapuan serbaguna daripada Kewpie Malaysia.
Jika mahu makanan pedas sikit, sapuan roti Kewpie Black Pepper Sandwich Spread mesti akan menepati citarasa anda, tetapi untuk rasa yang lebih sesuai bagi anak-anak, sapuan Kewpie Cheesy Cheese Sandwich Spread boleh juga digunakan.
Cuma perlu sediakan bahan, sapu, masak dan siap!
Tip 2: Galakkan bermain – guna peralatan memasak yang sesuai untuk kanak-kanak
Waktu bermain amat penting untuk perkembangan anak-anak. Walaupun kita sering dilarang untuk bermain dengan gunting dan pisau, sebenarnya, terdapat banyak peralatan memasak lain yang sesuai dan mesra bagi anak-anak anda.
Peralatan seperti pemotong timun dan pemotong buat (seperti gambar di bawah) dapat merangsangkan lagi masa bermain dan mempertingkatkan proses pembelajaran masak.
Tip 3: Benarkan anak-anak membantu anda memasak di rumah
bu harus mendorong anak-anak untuk memilih resipi ringkas sendiri. Laman web Kewpie menyediakan pelbagai resipi yang “mesra kanak-kanak” dan senang disediakan.
Jadi apa kata anda lawat laman web Kewpie untuk mengetahui resipi-resipi menarik yang boleh dicuba bersama anak-anak sekarang!
Berikut adalah beberapa resipi terpilih yang kami temui!
Dengan membiarkan anak-anak menyediakan masakan ciptaan sendiri, ini akan membuatkan mereka rasa lebih yakin dan bangga dengan diri sendiri.
Tip 4: Hidangan berwarna-warni yang bukan sahaja mengujakan tetapi juga penuh dengan khasiat
Kanak-kanak selalunya lebih tertarik kepada makanan yang berwarna-warni. Tetatpi, hidangan yang berwarna-warni tidak semestinya perlu disalut dengan gula, karbohidrat dan pewarna.
Sediakan sahaja satu pinggan power salad atau satu hidangan yang mengandungi 4 bahan berbeza seperti sayur, buah, kekacang dan protein.
Ia bukan sahaja berwarna dan berperisa yang berbeza, ia juga penuh dengan pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk anak-anak anda.
Oleh itu, untuk mengetahui resipi-resipi yang lebih menarik dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak, anda boleh layari laman web Kewpie dan ikuti halaman Facebook yang penuh dengan maklumat, pertandingan, serta idea-idea masakan yang cepat, mudah dan pasti sedap.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 91% Perkembangan Otak Manusia Pada Usia 4-6 Tahun, Jadi Jangan Abaikan Golden Age Anak Ini
Baca juga: 6 Cara Mudah Tarik Perhatian Anak ‘Berat Mulut’ Untuk Bercakap, No.5 Pasti Sangat Membantu!
Baca juga: Anak Anda Pemalu? Ini Cara Berkesan Pupuk Perkembangan Sosial Mereka!