Enggan Makan Ubat Kerana Menyusukan Bayi, Ibu Ini Menemui Ajal

Selepas tak mahu makan ubat yang disuruh doktor, Rhianne ditemui tidak sedarkan diri sebelah anaknya (3 bulan) yang sedang menangis. Ikuti kisah tragis ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak mahu makan ubat kerana anak

Kerana sayang, setiap ibu yang menyusukan anaknya akan lebih berhati-hati memilih apa yang dimasukkan ke dalam badannya. 

Ini kerana mereka khuatir ia akan ke bayi mereka melalui susu. Namun kadang-kala, para ibu juga boleh tersilap percaturan.

Dan itulah yang terjadi kepada Rhianne Statom-Barnett, 30 tahun ini.

Foto ehsan: The Sun

Dua hari selepas berjumpa doktor dan enggan makan antibiotik yang disarankan, Rhianne dijumpai tidak sedarkan diri sebelah anaknya (3 bulan) yang sedang menangis. 

Dia di bawa ke hospital namun diisytiharkan kematian otak, sungguh menyedihkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rhianne telah didiagnosis dengan jangkitan telinga yang jarang berlaku. Ia dipanggil mastoiditis. 

Dan disebabkan Rhianne enggan mengambil antibiotik yang disarankan oleh doktor, jangkitan tersebut menjadi meningitis. 

Sejak Mac lalu, Rhianne mengalami sakit telinga yang dirasakan lebih sakit dari sakit beranak. 

Menurut jururawat yang memeriksa Beverly, terdapat cecair dan darah keluar dari telinganya. Semasa pemeriksaan, doktornya mengesahkan keadaan Rhianne serius kerana gegendang telinganya telah rosak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto ehsan: The Sun

Namun ketika itu, Rhianne tidak mempunyai sebarang simptom mastoiditis seperti demam. Jadi doktor tidak dapat membuktikan ia adalah mastoiditis. Tapi, doktor pakar tetap menyarankan antibiotik sebagai rawatan.

Dr Lina Joseph, seorang pakar patologi yang telah melakukan bedah siasat menyatakan selepas bersalin, wanita lebih mudah terkena jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan apa yang terjadi kepada Rhianne adalah satu jangkitan yang sangat jarang terjadi. Ia mungkin adalah jangkitan virus dan jangkitan bakteria.

Bolehkah ibu menyusu makan antibiotik?

Foto ehsan: Flickr

Seperti yang diketahui ramai, apa sahaja yang dimakan atau diminum oleh ibu menyusu boleh disampaikan kepada bayi mereka melalui susu badan. 

Ini termasuklah suplemen dan ubat-ubatan. Antibiotik turut termasuk  dalam senarai itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara amnya, kebanyakkan ubat termasuklah antibiotik adalah selamat untuk dimakan oleh ibu yang menyusu.

Walaubagaimanapun, para ibu boleh memberitahu doktor untuk menyarankan ubat yang sesuai buat ibu menyusu.

Contoh jenis antibiotik yang tidak selamat dimakan oleh ibu menyusu ialah quinolones dan metronidazole.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit ilmu kepada kita, ibu-ibu menyusu tentang risiko tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya buat diri sendiri. 

Sumber: The Sun (uk) dan Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.com7-perkara-ibu-menyusu-patut-buat/

Penulis

Aqma