7 makanan untuk awet muda (selalu ada di dapur saja!), anda wajib cuba

Anda mungkin tak sedar yang anda sebenarnya ada 7 makanan awet muda ini di dapur. Tak payah beli produk kosmetik dan ubat-ubatan mahal pun sebenarnya...

Semua wanita ingin wajah yang cantik dan muda sampai bila-bila. Kalau boleh nak cari apa petua atau rahsia awet muda. Demi wajah awet muda, ramai wanita rela menghabiskan banyak wang untuk membeli krim dan ubat-ubat mahal tanpa mengetahui tentang rahsia makanan awet muda.

Persoalannya, adakah krim dan ubat-ubat ini selamat? Tanpa disedari, kita sebenarnya sudah ada beberapa makanan awet muda pun dalam rumah kita! Baik kita guna 7 makanan ini saja:

Makanan awet muda 1: Avokado

makanan awet muda

Avokado mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang sangat berkesan, tak kisahlah sama ada anda makan buah ataupun minyaknya.

Menurut My Domaineavokado adalah sumber vitamin E yang baik, dan vitmain E ini amat baik untuk kulit.

Di samping selalu digunakan untuk merawat kesan parut, kandungan lemak di dalam akovado boleh menjadikan kulit anda licin, lembap, dan lembut. Inilah buah rahsia awet muda yang kita perlukan!

Makanan awet muda 2: Buah tomato

makanan untuk awet muda

Buah tomato sangat tinggi dengan vitamin C, vitamin yang membantu menghasilkan kolagen. Kolagen membantu kulit anda untuk kelihatan tegang bak kata laporan The Huffington Post.

Lycopene di dalam tomato juga boleh menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari dan membantu sistem peredaran darah anda.

Makanan awet muda 3: Oat

makanan awet muda

Karbohidrat kompleks seperti oat mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini bermaksud apabila anda memakan oat, ia tidak akan menaikkan gula dalam darah anda atau menyebabkan jerawat dan kedut, kata ahli dermatologi Dr. Debra Jaliman dari WebMD.

Oat juga boleh menghalang kerosakan kulit dan membantu melegakan kulit yang radang. Jadi, amalkan makanan awet muda ini untuk rahsia kecantikan kulit dan penjagaan kesihatan, sekaligus!

Makanan awet muda 4: Sayur bayam

makanan untuk awet muda

Menurut laporan Fitness Magazine, bayam adalah sumber beta-carotene serta lutein yang baik.

Kedua-dua ini membantu kulit untuk kekal tegang. Sayur bayam juga ada phytonutrients yang boleh melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh matahari.

Kalau anda memperbanyakkan makanan awet muda ini dalam hidangan harian mulai sekarang, nescaya kulit anda akan kekal tegang dan kekal awet muda sampai ke tua!

Makanan untuk awet muda 5: Salmon

makanan untuk awet muda

Ikan dengan kandungan lemak omega-3 yang tinggi seperti salmon ataupun ikan sardin akan memastikan hati dan sistem saraf anda dalam keadaan yang sihat kata Today.com.

Lemak Omega-3 juga akan memberi anda rambut dan kulit yang sihat. Jadi, jom sushi king!

Makanan awet muda 6: Coklat pahit

Makanan pengawet muda 6: Coklat pahit

Bukan coklat biasa ya, tetapi coklat pahit.

Makanlah coklat pahit dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70% kerana ia sebenarnya baik untuk anda!

Menurut Marie Claire, coklat pahit kaya dengan protein dan vitamin B. Coklat pahit boleh meningkatkan kesihatan kulit, rambut dan boleh membantu anda untuk membakar lemak! Percaya tak?!

Makanan awet muda 7: Terung

Makanan pengawet muda 7: Terung

Terung mendapat warnanya dari nasunin sejenis antioksidan, yang juga datang dengan unsur-unsur anti-penuaan lapor Oprah.com.

Nasunin dapat menghalang sel kanser serta memastikan neuron anda sihat dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer atau penyakit orang tua. 

Senang saja nak cari semua makanan untuk awet muda ini kan? Jadi jom amalkan pemakanan sihat dengan 7 makanan di atas sebagai langkah awal untuk kekal awet muda. Moga-moga kita dapat kekal sihat hingga ke tua.

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!