10 Resepi Banyakkan Susu Badan Yang Dikongsi Ibu Seluruh Dunia, Jom Kita Cuba Ibu!

Bagi membantu kalian yang mengalami masalah kekurangan susu badan, di sini kami kongsikan 10 resepi penggalak susu ibu yang boleh anda cuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi sebilangan ibu, penyusuan susu badan merupakan satu perjuangan, terutama bila anda mengalami masalah bekalan yang rendah.

Namun, jangan risau! Terdapat banyak makanan banyakkan susu badan yang boleh bantu meningkatkan jumlah susu ibu yang dihasilkan. 

Makanan banyakkan susu badan ini dikenali sebagai laktogenik atau galactogogues. Di sini kami satukan resepi makanan banyakkan susu badan yang sihat, seimbang dan digunakan seluruh dunia bagi membantu ibu menyusu meningkatkan bekalan mereka!

Apa tunggu lagi, jom kita cuba buat! 

10 makanan banyakkan susu badan serta resepi mudah

#1. Resepi makanan banyakkan susu badan – Coklat gelap, oat dan buah delima 

Bahan-bahan: 

  • 120 gram rolled oat 
  • 1 sudu kecil coklat cip gelap 
  • 120 gram buah delima 
  • 1/2 cawan Magnolia oat milk 

Cara-cara membuat : 

  1. Campurkan semua bahan dalam bekas, tutup dan sejukkan buat seketika. 
  2. Esok, anda boleh nikmatinya dan tambah susu oat untuk rasa yang lebih menarik! 

#2. Resepi makanan banyakkan susu badan –  Muffin malunggai 

Bahan-bahan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1/2 cawan mentega 
  • 3/4 cawan gula 
  • 3 biji telur 
  • 2 cawan tepung serba guna
  • 3 sudu teh serbuk penaik 
  • 1 sudu garam 
  • 1 sudu vanila 
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu daun malunggai yang sudah dikisar 

Cara-cara membuat :

  1. Ayak tepung serba guna, serbuk penaik dan garam. Kemudian ketepikan.
  2. Gaul krim mentega dan gula. Setelah itu, tambah telur dan kacau rata.
  3. Campurkan vanila, susu dan serbuk daun malungai. Masukkan campuran basah ke dalam bahan kering tadi. 
  4. Tuang campuran ini ke dalam cawan muffin dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 c selama 25 minit. 

3. Resepi makanan banyakkan susu badan – Bobbies bites 

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan oatmeal 
  • 1/2 peanut butter 
  • 1/2 cawan biji rami 
  • 1 cawan kelapa yang telah dikisar 
  • 1/3 cawan madu 
  • 1/2 sudu Brewer’s Yeast 
  • 1 sudu vanila 
  • 1/2 gelas coklat cip mini 

Cara-cara membuat: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Campurkan bahan kering terlebih dahulu iaitu oat, kelapa, coklat cip minit, brewer’s yeast dan biji rami. 
  2. Masukkan peanut butter, madu dan vanila. Kemudian kacau rata. 
  3. Sejukkan sekurang-kurangnya satu jam. 
  4. Keluarkan dari peti sejuk dan bulatkan jadi bebola kecil. Selamat menikmati! 

#4. Resepi makanan banyakkan susu badan – Sup funegreek 

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan daun fenugreek segar 
  • 1/2 bawang besar yang dicincang halus 
  • 1 biji tomato segar 
  • 3 ke 4 biji ulas bawang putih yang telah dicincang 
  • 2 cawan air 
  • Garam dan lada secukupnya 
  • 2 sudu minyak bijan 

Cara-cara membuat: 

  1. Cuci dan bersihkan daun fenugreek
  2. Masukkan minyak bijan, bawang putih, bawang besar dan tumiskan. 
  3. Masukkan tomata dan tunggu selama beberapa minit. 
  4. Tambah daun fenugreek dan tumis sehingga ia layu. 
  5. Masukkan dua cawan air, garam secukup rasa, lada dan reneh selama 15 minit. Hidangkan dan boleh makan bersama nasi putih. 

#5. Resepi green boobie smoothie

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan susu badam 
  • 1/2 cawan isi kelapa muda segar 
  • 2 ke 3 biji buah kurma 
  • 1/2 sudu vanila
  • Beberapa helai sayur bayam segar
  • 1 cawan strawberi 
  • Ais batu 

Cara-cara membuat: 

  1. Campurkan semua bahan dan kisar. Kemudian letak beberapa ketul ais. Siap! 

#6. Resepi sup ikan bersama betik 

  • 4 ekor ikan gelama kerisi 
  • 1 biji betik bersaiz sederhana 
  • 5 keping dried scallops 
  • 3 biji buah kurma 
  • Setengah inci halia 
  • 2 liter air
  • 1 sudu garam 
  • 1 sudu teh minyak 

Cara-cara membuat: 

  1. Bersihkan ikan hingga bersih dan lumur sedikit garam. 
  2. Kupas dan potong betik berbentuk kiub. 
  3. Boleh mula didihkan sup. 
  4. Dalam kuali, tambah minyak dan goreng ikan bersama api sederhana. Goreng sehingga ikan masak. 
  5. Masukkan isi ikan ke dalam sup dan tambah air. 
  6. Setelah itu, masukkan pula betik dan halia.
  7. Rebus sekurang-kurangnya satu jam. 

#7. Resepi Oatmeal 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan: 

  • 1/2 cawan oat 
  • 2 sudu gula perang 
  • 2 sudu teh biji rami 
  • 1/2 sudu brewer’s yeast 
  • Sedikit garam
  • 1/2 kayu manis 
  • 1 cawan air 
  • Beberapa sudu susu krimer 
  • 1 atau 2 sudu madu
  • Buah-buahan seperti ceri dan aprikot 

Cara-cara membuat : 

  1. Campurkan oat, biji rami, garam, gula perang, kayu manis dan buah kering ke dalam mangkuk. Tambah bersama 1 cawan air dan brewer’s yeast. Kacau dan masukkan dalam microwave.
  2. Panaskan selama tiga minit. 
  3. Sebelum makan, campurkan bersama madu dan susu. 

#8. Kurma merah dan teh longan 

Bahan-bahan: 

  • 25 biji kurma merah 
  • 18 isi buah longan
  • Beberapa biji wolfberi (jika ada)
  • 1 liter air 
  • Gula perang 

Cara-cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Masukkan  1 liter air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Semasa air mendidih, rendam buah kurma merah dan longan. 
  3. Rebus dalam api sederhana selama 20 minit. 
  4. Tambah lebih kurang tiga sudu gula perang. 
  5. Kacau seketika dan tutup api. 

#9. Resepi Puding Sagu 

Bahan-bahan: 

  • 1/3 cawan sagu 
  • 1/4 cawan gula 
  • 5 cawan susu 
  • 6 biji kacang gajus dicincang 
  • 5 biji kacang badam dicincang 
  • 1/4 serbuk cardamon
  • 1 sudu ghee 

Cara-cara membuat: 

  1. Rendam sagu selama satu jam hingga lembut dan berisi. 
  2. Panaskan minyak dan panggang semua jenis kacang. 
  3. Dalam periuk besar masukkan susu dan kacau hingga mendidih. 
  4. Tambah sagu ke dalam susu dan masak hingga lembut. Gaul rata. 
  5. Masukkan gula dan kekacang. Kemudian gaul sehingga masak. 
  6. Sejukkan dahulu sebelum makan. 

#10. Lactation cookie bars 

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan minyak kelapa dara
  • 1/2 cawan biji rami 
  • 1/2 gelas air 
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cawan gula perang 
  • 1 cawan tepung kelapa
  • 3 cawan tepung oat 
  • 3 cawan rolled oat 
  • Coklat cip gelap
  • 2 sudu brewers yis
  • 1 sudu baking soda
  • 3/4 sudu garam 

Cara-cara membuat:

  1. Rendam biji rami ke dalam air dan ketepikan selama tiga hingga lima minit. 
  2. Campurkan minyak kelapa dan gula bersama biji rami dan brewers yis. Gaul sehingga ringgan dan lembut.
  3. Tambah tepung kelapa , oat, tepung oat dan baking soda sehingga rata. 
  4. Masukkan coklat cip dan tambah sedikit air. 
  5. Tuang ke dalam bekas dan bakar selama 30 ke 40 minit sehingga masak. 

Selamat mencuba dan semoga info ini bermanfaat untuk anda! Jangan lupa save agar boleh dijadikan rujukan kelak ya?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsupplement-untuk-banyakkan-susu-badan/