Resipi Makanan Bayi 8 Bulan Yang Mudah & Sedap Seperti Orang Dewasa, Ibu Jom Cuba!

Makanan bayi 8 bulan boleh disediakan dalam pelbagai jenis hidangan yang lazat seperti orang dewasa. Ibu hanya perlu kreatif dalam memilih bahan di dapur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika tibanya waktu makan bersama keluarga, si manja berasa cukup teruja sehingga 'terpaksa' menerkam pinggan anda. Ini adalah petunjuk bahawa bayi sudah bersedia menikmati makanan seperti orang dewasa. Justeru apa kata ibu semak beberapa idea makanan bayi 8 bulan yang cukup menyelerakan ini.

Dalam proses perkembangan bayi, si manja memerlukan lebih banyak tenaga bagi membolehkannya melakukan banyak aktiviti seperti merangkak dan meneroka ruang di dalam rumah.

Menu makanan bayi 8 bulan yang sedap dan berkhasiat

Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Nshahidatul Ainn di salah sebuah kumpulan Facebook, dia sempat menyenaraikan menu hidangan bayi 8 bulan berserta resepi lengkap sebagai panduan ibu-ibu yang lain.

#1. Laksa Penang Baby

Bahan-bahan:

  • Baby soft noodles 
  • Separuh bawang merah
  • Seulas bawang putih
  • 2 ekor ikan kembung (rebus dulu)
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Pes tomato
  • Chicken feet stock (CFS)
  • 1 biji tomato (buat puri)
  • 1 sb serbuk bilis
  • 1 sb serbuk ayam

Cara memasak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kisar isi ikan bersama bawang putih dan merah
  2. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak dan bahan kisar
  3. Masuk sedikit air, pes tomato, CFS dan puri tomato
  4. Masukkan serbuk bilis dan ayam
  5. Tambah air sedikit lagi, kemudian masukkan mee dan semua sayur. Kacau sehingga sebati, siap!

#2. Makanan bayi 8 bulan- Bubur pulut hitam

Bahan-bahan

  • Ubi keledek ungu
  • Santan
  • 1 cawan air
  • 2 biji kurma (buang kulit dan biji)
  • Daun pandan
  • Beras frozen

Cara memasak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rebus ubi keledek dan beras dengan secawan air sehingga masak
  2. Masukkan daun pandan dan kurma. Tunggu sebentar dan masukkan santan
  3. Kacau sehingga pekat dan siap

Nota: Boleh bagi bayi makan terus atau kisar sehingga hancur. Memang rasa pun lebih kurang pulut hitam dan sangat sedap!

#3. Nasi dan kurma ayam

  • Beras frozen
  • Bawang merah dan putih
  • Halia
  • Ayam
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Serbuk kurma
  • Susu full cream
  • Rempah 3 sekawan 
  • Chicken feet stok (CFS)

Cara memasak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kisar bawang putih, merah dan halia
  2. Masukkan minyak, tumis 3 sekawan sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar.
  3. Tambah ayam dan serbuk kurma. Kemudian masukkan air sedikit
  4. Tambah CFS dan semua sayur. Biarkan sehingga empuk dan siap!

#4. Resepi bayi 8 bulan- Sup tauhu telur

  • Tauhu telur
  • Bawang putih
  • 1/2 cawan air
  • Serbuk ayam
  • Isi ayam
  • Lobak merah
  • Tepung jagung (untuk salut tahu dan selebihnya kuah)
  • Kacang panjang
  • 1 sb kuning telur (ikut kesesuaian bayi)
  • Cendawan putih
  • CFS
  1. Salut tauhu dengan tepung jagung, goreng sehingga kekuningan dan ketepikan
  2. Panaskan minyak, masukkan bawah putih dan air
  3. Kemudian masukkan serbuk ayam serta CFS. Gaulkan. Masuk air tepung jagung kemudian kuning telur dan kacau sebati
  4. Masukkan ayam dan sayur, tutup sekejap periuk selama 3 minit. Masukkan tauhu goreng tadi, sedia untuk dihidangkan!

#5. Mee kari ayam

  • Baby soft noodles
  • 1 sb serbuk kari (ikut kesesuaian bayi)
  • Daun kari
  • Cendawan putih atau butang
  • Isi ayam
  • CFS
  • Bawang merah dan putih
  • Kacang buncis
  • Air secukupnya 
  • Rempah 3 sekawan
  • Sedikit susu
  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah 3 sekawan bersama bawang putih dan merah. Tumis hingga naik bau
  2. Masukkan serbuk kari (dicampur air) bersama CFS
  3. Kemudian masukkan air sebekas kecil dahulu dan ayam
  4. Tambah semua sayur, masukkan air sedikit lagi dan masukkan mee
  5. Kacau sebati hingga empuk dan siap

#6. Serawa labu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • 1 potong besar labu
  • 1/2 genggam kismis hitam (buat puree)
  • 1 bekas kecil santan
  • 1 sk susu segar
  • Air secukupnya
  • 2 helai daun pandan
  1. Masak labu bersama air sehingga empuk. Masukkan daun pandan dan santan.
  2. Kemudian masukkan puri kismis dan susu. Dah siap!

#7. Bubur lambuk ayam

  • Isi ayam yang siap digoreng
  • Rempah 3 sekawan
  • 1 CFS
  • Setengah biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit lobak merah
  • Sedikit serbuk ayam dan serbuk bilis
  • Santan
  • Daun sup
  • Halia
  • Beras sumo
  1. Tumiskan rempah 3 sekawan, bawang putih dan merah sehingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam, santan bersama CFS. Gaulkan dan tambah air secukupnya
  3. Masukkan beras dan lobak merah, kacau-kacaukan dan tambah daun sup
  4. Biarkan semua bahan sebati dengan api perlahan. Dah nak siap masukkan serbuk ayam dan ikan bilis

Sumber: Nshahidatul Ainn

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Makanan Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat, Mampu Pikat Selera Si Manja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan