Membuat makanan bayi
Membuat makanan bayi memang mengujakan ibu-ibu. Lebih-lebih lagi untuk anak pertama. Namun, dalam keterujaan itu, ada beberapa langkah yang perlu di ambil tahu demi keselamatan bayi anda.
The Spruce telah berkongsi tip tentang perkara yang anda TAK PATUT BUAT semasa menyediakan makanan untuk bayi atau semasa ingin memberi bayi anda makan. Mari kita lihat tip yang disenaraikan itu.
Nak buat makanan bayi sendiri? Jangan lakukan hal berikut
- Jangan masukkan makanan yang sukar dikunyah seperti kekacang, sayuran mentah atau buah yang belum dipotong ke dalam makanan untuk bayi bawah 2 tahun. Ini boleh menyebabkan mereka tercekik.
- Jangan letakkan madu mentah ke dalam makanan. Ini utnuk mengelakkan daripada terjadinya infant botulism.
- Jangan guna sumber yang tinggi nitrat seperti ubi beet untuk bayi di bawah setahun. Ini kerana ia boleh menyebabkan bayi kurang darah merah.
- Jangan tambah garam, gula atau bahan perasa ke dalam makanan untuk bayi.
- Jangan guna makanan dalam tin kerana ia tinggi sodium. Periksa kandungan makanan sebelum digunakan.
- Jangan guna buah yang tinggi kandungan asid nitrik untuk bayi di bawah 1 tahun kerana sistem pencernaan mereka belum matang.
- Jangan beri putih telur atau makanan laut sebelum setahun untuk mengelakkan risiko reaksi alergi.
Jika anda memberi makan bayi anda, JANGAN lakukan hal ini
- Jangan guna ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan makanan bayi. Pastikan makanan tidak terlalu panas secara menyeluruh untuk bayi anda.
- Jangan beri biskut untuk buat bayi senyap
- Jangan letak makanan yagn dicairkan ke dalam botol susu untuk mereka sedut. Ini boleh menyebabkan risiko tercekik walaupun makanan yang sudah dicairkan. Malah ia tidak sihat untuk gigi dan gusi.
- Jangan paksa anak anda makan kerana ini boleh menyumbang kepada mereka tidak mahu makan. Berikan mereka masa untuk bersedia. Dan mulakan dari makanan lembut terlebih dahulu.
Adalah baik sekiranya anda mempraktikkan ‘4 days rule‘ semasa memberi bayi anda makan. Ini akan membantu anda mengenal pasti makanan apa yang berpotensi menyebabkan alergi pada bayi anda.
Maksudnya di sini, anda perlu mencuba sesuatu makanan selama 4 hari pada anak-anak. Jika ada tanda-tanda alahan, hentikan pemberian makanan tersebut. Jika tiada apa-apa, anda boleh menukar menu 4 hari kemudian pula.
Sumber: The Spruce, Kidshealth
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commakanan-bayi-panduan-lengkap/