Jangan Tunjuk Depan Anak Bila Makan Mee Segera, Mereka Perlu Diajar Makanan Sihat!

undefined

Makanan berkhasiat membekalkan nutrisi penting yang diperlukan dalam proses perkembangan si manja. Ini cara berkesan untuk terapkan tabiat pemakanan sihat!

Sebagai ibu bapa, salah satu perkara penting yang anda perlu lakukan ialah membantu anak mempelajari tabiat makanan berkhasiat dan sihat. 

Terutama apabila anak cepat terpedaya dengan kelazatan makanan segera yang tentunya mengandungi lemak dan minyak yang banyak, seterusnya tidak bagus untuk kesihatan si kecil. 

Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil

Kepentingan makanan berkhasiat untuk perkembangan anak

anak makan makanan berkhasiat

credit to sources

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak memerlukan diet seimbang dengan empat kumpulan makanan iaitu sayura-sayuran, buah-buahan, produk bijirin dan makanan protein. 

Kanak-kanak yang sihat dan cergas perlu makan tiga kali sehari dan satu hingga tiga makanan ringan (pagi, petang dan sebelum tidur). 

Makanan berkhasiat itu adalah lebih baik disediakan sendiri oleh ibu dari rumah kerana tentunya anda akan menyediakan makanan yang bersih dan sihat saja buat si kecil. 

Dalam satu tinjauan besar terhadap kanak-kanak bawah umur 12 tahun, ibu dan ayah menduduki tempat tertinggi sebagai role-model kepada pemakanan sihat mereka. Sebab itulah apa yang anda lakukan di hadapan si manja pasti akan diikuti, lebih-lebih lagi dalam bab makanan tidak sihat atau gemar makan mee segera!

Hampir 70% kanak-kanak mengatakan bahawa pernah bercakap dengan ibu dan ayah tentang pemakanan dan saiz badan.

Kajian yang dijalankan Yayasan Dietetik Amerika juga mendapati kanak-kanak lebih cenderung untuk makan dan menonton televisyen bersama ibu bapa berbanding bermain di luar rumah.

Ibu bapa boleh menjadi contoh yang baik untuk pemakanan kanak-kanak meskipun mungkin anda mengalami lebihan atau kurang berat badan. Tetapi, anda boleh menjadi model dengan gaya hidup yang sihat kepada mereka. 

Cara menerapkan amalan gaya hidup sihat 

  1. Beli buah dan sayuran: Penelitian menunjukkan, jika ibu bapa menekan betapa petingnya diet, ini sekaligus membuatkan kanak-kanak makan lebih kerap. 
  2. Mengawal perasaan untuk makan: Ajar anak untuk berhenti makan apabila sudah kenyang. 
  3. Makan bersama keluarga: Waktu makan tanpa menonton tv atau bermain telefon pintar dapat membantu mengajar kanak-kanak bahawa waktu itu adalah sangat berharga sekaligus membuatkan mereka cenderung untuk makan lebih sihat. 
  4. Mengehadkan waktu skrin tapi melakukan lebih banyak aktiviti sihat seperti bersenam, bermain di luar, beriadah dan sebagainya. 

Cadangan makanan berkhasiat untuk sarapan pagi 

  • Bijirin penuh 
  • Oat dan epal 
  • Roti bakar dengan keju kurang lemak
  • Buah dan yogurt rendah lemak 
  • Buah-buahan dan kekacang 
  • Wafel dengan strawberi 
  • Telur omelet dengan sayur-sayuran 
  • Pizza sayur 

Menu hidangan tengah hari 

Makan utama : Nasi putih, mee, bihun dan roti 

Makanan sampingan: 

  • Brokoli dicincang 
  • Baby carrot 
  • Ayam dan sayuran 
  • Daging tanpa lemak bersama hirisan sayur 
  • Pisang 
  • Mentega kacang makan bersama roti 

Makanan berkhasiat untuk makan malam

  • Ayam panggang 
  • Sayuran segar 
  • Nasi perang 
  • Telur
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Burger daging bersayur / burger ayam bersayur 
  • Pizza yang dihias keju dan sayur 

Elakkan pengambilan gula dalam hidangan seharian

kepentingan makanan berkhasiat

credit to sources

  • Hadkan penggunaan gula halus seperti sukrosa, glukosa, fruktosa, gula putih, madu, sirap dan gula perang. Semua ini mempunyai jumlah kalori yang sama dan penyumbang kepada kerosakan gigi. 
  • Pengganti gula seperti aspartam dan sucralose tidak menambah kalori atau menyebabkan kerosakan gigi tetapi rasanya jauh lebih manis berbanding gula biasa dan tiada nilai pemakanan. Malah ia boleh membuatkan kanak-kanak sukar menyesuaikan diri dengan rasa buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Minuman dan jus segar

  • Menghidangkan buah-buahan dan bukan jus buah juga membantu tambah serat yang sihat untuk diet anak. 
  • Hidangkan buah-buahan dan sayuran lebih kerap berbanding jus buah sahaja. 
  • Tawarkan air masak kepada anak. 
  • Hadkan pengambilan jus kepada satu hidangan bersamaan 125ml/4oz tanpa gula setiap hari. 

Tips penyediaan makanan berkhasiat: 

makanan berkhasiat untuk kanak-kanak

credit to sources

  • Tetapkan masa makan dan makanan ringan yang baik untuk seluruh keluarga.
  • Meluangkan masa makan bersama anak-anak dan keluarga. 
  • Menawarkan keseimbangan dan pelbagai makanan dari tiga kumpulanan makanan pada waktu makan.
  • Memberikan makanan yang mudah dihadam atau dikunyah. Contohnya potong kecil supaya elak dari tercekik. 
  • Bantu anak belajar menggunakan sudu atau cawan supaya mereka boleh makan secara mandiri. 
  • Masak bersama anak mengikut kesesuaian umur. 
  • Hidangan pencucui mulut yang sihat seperti secawan buah atau yogurt. 
  • Ajar anak membaca label supaya dapat memilih makanan berkhasiat semasa membeli belah. 
  • Elak masuk ke restoran makanan segera. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Caring for kids ,WebMD

Baca juga: Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!