X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin

4 min bacaan
Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin

Ketika disahkan berbadan dua, semua ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa menjaga pemakanan. Apa kata anda cuba beberapa resepi sihat dan menyelerakan ini!

Rata-rata ibu mengandung pastinya akan mengidam pelbagai makanan sehingga ada yang memberikan alasan ‘makan untuk dua orang’. Namun sebenarnya anda perlu memastikan kandungan nutrisi setiap hidangan mencukupi untuk menyokong perkembangan janin. Justeru di sini kami kongsikan beberapa resepi sihat yang boleh anda cuba di rumah!

Sebenarnya protein, karbohidrat, protein dan vitamin amat diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. Ini kerana tubuh ibu perlu sentiasa sihat bagi membolehkan janin membesar dengan sempurna.

Senarai resepi sihat untuk ibu mengandung

#1. Asam rebus ikan tenggiri

resepi sihat ibu mengandung

Bahan-bahan:

  • 3-4 potong ikan tenggiri (dibersih dan tos)
  • 22 tangkai cili merah (dibelah dua)
  • 3-4 biji kacang bendi (buang hujung dan tangkai)
  • 3-4 tangkai cili padi (dititik)
  • 3cm halia (titik)
  • 3cm lengkuas (titik)
  • 1 batang serai (titik)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji tomato
  • Garam gula secukup rasa

Cara memasak

  1. Bersihkan ikan dan masukkannya ke dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
  2. Tambahkan air, diikuti serbuk kunyit dan tomato
  3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  4. Biarkan mereneh lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  5. Masukkan kacang bendi dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap!

Info: 

  • Zat besi dalam ikan tenggiri meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah, menambah oksigen dalam sel darah merah.
  • Kandungan kalsium mampu menguatkan tulang ibu dan janin
  • Kacang bendi kaya dengan asid folik

#2. Siakap kukus masam manis

menu sihat ibu mengandung

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3cm halia muda (dihiris halus)
  • 2 tangkai cili merah (dicincang) 
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 1 batang serai (dihiris halus)
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Daun ketumbar (hiris)
  • Garam dan gula

Cara memasak

  1. Panaskan pengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit halia dan garam. Kukus lebih kurang 10 minit.
  2. Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk. Tambah sedikit sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  3. Tuang ke atas ikan, kukus semula dalam 5 minit. Angkat dan letakkan di atas pinggan. Kemudian hiaskan dengan hirisan ketumbar, sedia dimakan!

Info:

  • Ikan siakap kaya dengan vitamin A, bagus untuk kesihatan mata. Selain itu, ia dapat membantu menstabilkan tekanan darah dengan semula jadi.
  • Daun ketumbar juga berkesan mengatasi gangguan pencernaan seperti perut memulas, berangin dan kembung.

#3. Salmon panggang bersama sayur

makanan sihat ibu mengandung

Bahan-bahan

  • 2 keping salmon
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sayur brokoli
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit cendawan shitake

Cara memasak

  1. Gaulkan ikan salmon bersama lada sulah, garam, 1 ulas bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
  2. Panaskan ketuhar dengan suhu 170 darjah celsius selama lebih kurang 7 hingga 10 minit (selepas 5 minit, balikkan ikan dan panggang lagi).
  3. Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan 1 ulas bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan brokoli, cendawan dan lobak merah. Gaul rata sehingga layu. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  5. Setelah siap, boleh hidang dalam pinggan bersama ikan salmon panggang.

Info

  • Resepi sihat ikan salmon kaya Omega-3 mampu meningkatkan perkembangan otak janin. Ia juga mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan darah tinggi.
  • Ikan salmon juga memiliki DHA dan EPA yang menyokong pembentukan sel darah dan jantung.

#4. Sup kepala ikan merah

makanan ibu hamil

credit to sources

Bahan-bahan

  • 1 atau 2 keping kepala ikan merah
  • 1 biji bawang besar dihirs
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 3cm halia dihiris halus
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
  • 1/2 sudu teh jus limau nipis
  • Daun sup atau bawang
  • Serbuk lada sulah dan lada hitam

Cara memasak

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Kemudian masukkan 3 sekawan, sup bunjut dan serai. Kacau hingga ia naik bau, selepas itu masukkan air secukupnya.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan kepala ikan, garam dan perasa. Setelah masak, tambah jus limau nipis, serbuk lada sulah dan lada hitam.
  4. Sebelum dihidangkan, tabur hirisan daun sup dan daun bawang. Siap!

Info: 

  • Vitamin D dalam isi ikan merah mampu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko riket.
  • Omega-3 asid lemak didalamnya memberikan kesan positif terhadap jantung serta saluran darah.

Sumber: Rasa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakanan-orang-berpantang

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham