Makanan ibu berpantang di hospital
Siapa yang suka dengan makanan ibu berpantang di hospital?
Kalau ada satu benda yang sentiasa tak memuaskan hati, tak kira ke mana anda pergi pun – ia pastinya adalah makanan di hospital.
Sudahlah tawar, tiada pewarna, boleh buat pesakit rasa nak muntah dan sebagainya, makanan di hospital seperti bagi pesakit lagi tidak berselera.
Sebab itu rasa terseksa sangat ketika duduk di hospital. Kalau boleh rasa nak balik cepat!
Tapi, perkongsian dari Jepun oleh seorang wanita yang baru bersalin ini sungguh menggemparkan. Beliau dihidangkan dengan 12 jenis makanan hospital yang berbeza ketika menetap di wad bersalin.
Kalaulah makanan di hospital kita sesedap ini, pakat gembiralah ibu-ibu hamil semua!
Jom tengok apa antara makanan yang disediakan.
6 makanan ibu berpantang di hospital Jepun yang enak lagi menyelerakan
Jepun memang terkenal dengan teknik persembahan makanan. Teknik ini sungguh penting di negara matahari terbit ini, hingga semua tempat mengikut amalan tersebut.
Ini makanan hospital yang dihidang pada ibu bersalin ketika menetap di Tokyo, Jepun.
Aduh, sedapnya!! Rasa macam sekarang juga nak pergi restoran Jepun!
#Makanan ibu berpantang: Set pertama
Dalam set ini, ibu hamil dapat makan pasta cendawan, salad dengan kentang, brokoli dan bacon, sup ayam, buah-buahan, roti dan teh hijau.
Nampak sedap, kan!
#Makanan ibu berpantang: Set ke-2
Ini pula set ayam dengan sos cendawan, sup labu, salad dengan lobak merah, miso sup dan chawan mushi.
Makanan yang sihat untuk tenaga ibu yang ingin bersalin!
#Makanan ibu berpantang: Set ke-3
Mana penggemar ikan saba?
Ha… jangan jealous! Hospital ini juga menghidangkan ikan saba dengan gabungan salad konbu, salad bayam, miso sup, nasi, susu dan teh hijau.
#Makanan ibu berpantang: Set ke-4
Kalau anda tak menggemari hidangan ikan, anda pasti akan cemburu melihat hidangan sihat ini.
Ia ada sayur-sayuran, daging dan kentang, salad timun dan baby corn malah ada nasi, miso sup dan teh hijau.
#Makanan ibu berpantang: Set ke-5
Set ini lebih ketimuran dan sesuai untuk mana-mana ibu hamil yang kurang gemar makanan Jepun.
Antara yang terhidang dalam set ke-5 ini adalah omuraisu (nasi pattaya), salad makaroni, sup ayam, squid rings, buah-buahan dan teh hijau.
#Makanan ibu berpantang: Set ke-6
Saya nak set ini! “Hantu” ikan salmon pasti gembira kalau dapat bersalin di Jepun.
Set ke-6 menyediakan hidangan ikan salmon dengan tofu, salad bayam, natto, miso sup, nasi dan susu.
Yum yum! Lapar terus, kan!
Selepas perkongsian ini tular di media sosial, ramai ibu bersalin yang meninggalkan komen lucu lagi berbaur cemburu.
Rasa macam sekarang juga nak tempah slot bersalin di Jepun, kan!
Rata-rata netizen menyuarakan pendapat betapa mereka cemburu dengan hidangan ini. Sudahlah ia kelihatan lebih sedap daripada restoran Jepun yang mahal di sini!
Haish, apa pendapat anda ibu-ibu semua? Jom bersalin di Jepun! Hehehe
Sumber rujukan: Boredpanda
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compemakanan-ketika-hamil/