Kajian Mendapati: Makanan Yang Jatuh Selama 5 Saat Juga Ada Bakteria!

Termasuklah puting anak yang jatuh! Maaf semua ibu bapa... Peraturan "jatuh 5 saat tak apa" itu nampaknya tak boleh dipakai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasanya semua orang pernah buat “peraturan jatuh 5 saat tak apa” ini. Kanak-kanak pun terikut-ikut melakukanya.

Biskut, makanan ringan atau puting yang terjatuh, akan diangkat dengan cepat dalam masa “5 saat” kononnya. Selepas itu, tiup sedikit makanan itu dan “Fuang! Makanan sudah selamat untuk dimakan!”

Tapi… kajian terbaru ini mungkin akan membuatkan anda berfikir dua kali selepas ini, untuk melakukan tabiat “jatuh 5 saat tak apa” itu.

Dikongsi oleh Smart Parenting, kajian berkenaan “peraturan jatuh 5 saat” ini telah diterbitkan oleh Journal Applied and Enviromental Microbiology. Para pengkaji yang terlibat datang daripada Universiti Rutgers di Amerika Syarikat.

Kredit gambar: Smart Parenting

Penemuan kajian yang menakjubkan!

Penemuan kajian mendapati bakteria mampu berkumpul pada makanan yang telah tercemar dan terjatuh dalam masa lebih kurang daripada sesaat! Maknanya, makanan yang terjatuh selama 5 saat itu sudah pun tercemar!

Pencemaran bakteria bergantung kepada kelembapan makanan, jenis permukaan, dan berapa lama makanan tersebut telah bersentuhan dengan permukaan.

Dr. Donald Schaffner, seorang pensyarah dan pakar sains pemakanan mendedahkan –

Masyarakat sering menganggap makanan yang jatuh ke lantai, jika diangkat dengan cepat, selamat untuk dimakan. Ia kerana mereka menganggap bakteria memerlukan masa untuk menjangkiti makanan. Tetapi hasil kajian membuktikan sebaliknya!”

Atas sebab demikian, beliau dan Robyn Miranda, menjalankan penyelidikan berhubungan “peraturaan berkenaan” di Pusat Pengajian Alam Sekitar dan Sains Biologi, di University Rutgers-New Brunswick.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada mulanya, mereka menjalankan eksperimen untuk menguji kesan makanan yang jatuh ke atas 4 permukaan berbeza. Permukaan tersebut adalah karpet, kayu, jubin sermik dan keluli tahan karat. 4 makanan berbeza juga akan dijatuhkan ke atas permukaan terbabit. Makanan yang digunakan adalah tembikai, roti, roti dan mentega, dan gula-gula getah.

Makanan tersebut akan dijatuhkan ke atas permukaan dalam masa lebih daripada satu saat, 5 saat, 30 saat dan 300 saat untuk merekodkan hasil kajian. Bakteria yang digunakan sebagai bahan pencemar adalah bakteria enterobacter aerogenes, sejenis bakteria yang aktif dalam sistem penghadaman manusia.

Dan hasil kajian mendapati semua makanan tercemar, walaupun hanya jatuh selama 1 saat!

Tembikai adalah makanan yang paling tercemar kerana kelembapannya. Gula-gula getah pula antara makanan yang paling kurang tercemar dalam penyelidikan ini. Doktor Schaffner menjelaskan dari hasil kajian – konklusi mendapati bakteria tidak mempunyai kaki. Lalu ia bergerak melalui kelembapan. Semakin tinggi kelembapan makanan, semakin tinggi risiko makanan dijangkiti bakteria. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, jika makanan tersebut telah jatuh lebih lama (lebih dari 1 saat), maka lebih banyak bakteria boleh menjangkiti makanan dan permukaan terbabit! Makanan yang telah jatuh tak boleh dari daripada dijangkiti bakteria.

“Peraturan jatuh 5 saat tak apa adalah tak relevan dan tak tepat sekarang, selepas kita tahu apa sebenarnya yang terjadi apabila bakteria berpindah daripada permukaan ke makanan.”

Puting juga sama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: Educatall

Maknanya, anda tak boleh makan sebarang makanan yang telah jatuh! Tak mahu percaya? Jangan jatuh sakit nanti baru merungut…ya! Peraturan “jatuh 5 saat tak apa” ini juga bukan hanya untuk makanan.

Puting juga sama! Anda pasti pernah hanya menggabus-gabus puting yang telah jatuh kerana menganggap ia tak apa, kan? Ha… anda salah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puting mengandungi air liur dan ia paling cekap mengumpul bakteria. Jadi, jangan hanya cuci dengan tangan! Basuh puting yang telah tercemar. Canadian Pediatric Society menggalakkan ibu bapa merendam dan mensterilkan mana-mana puting yang telah jatuh ke dalam air mendidih selama 5 minit.

Berhenti membahayakan diri anda dan anak-anak! Jangan amalkan lagi peraturan “makanan yang jatuh selama 5 saat tak apa, masih boleh dimakan” itu.

Sumber rujukan: Smart Parenting, Science Daily dan Rutgers Today

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris