15 Makanan Mampu Merangsang Nafsu Untuk 'Bersama', Tak Percaya? Cubalah!

Ada pelbagai jenis makanan menaikkan nafsu wanita dan lelaki. Bukan saja foreplay yang memainkan peranan penting ya, bolehlah cuba amalkan 15 makanan ini.

Ada pelbagai jenis makanan menaikkan nafsu wanita dan lelaki. Bukan saja foreplay yang memainkan peranan penting ya, makanan juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keghairahan ingin ‘bersama’. 

Jadi apa tunggu lagi? Bolehlah cuba mengamalkan 15 makanan berikut. Elok untuk pasangan berkahwin yang dah lama ‘tak  dapat’! 

15 Makanan menaikkan nafsu wanita & lelaki

#1. Timun

Selain bentuknya yang mengundang, satu kajian menunjukkan yang aroma timun ini apabila digandingkan dengan licorice hitam ia dapat merangsang nafsu wanita. Malah dari segi nutrisi timun juga merupakan sumber Vitamin C yang bagus untuk menjaga kesihatan seks. 

#2. Betik

Betik bertindak sebagai perangsang hormon estrogen wanita. Ia telah diamalkan sejak dari zaman orang tua kita untuk merangsang penghasilan susu dan meningkatkan libido wanita. 

#3. Madu

Hidup bermadu? Mungkin tidak, tapi madu untuk menghangatkan aksi di ranjang? Yes please. Ada sebabnya mengapa ia dipanggil berbulan madu. Madu mempunyai bahan kimia yang dipanggil boron. Ia berfungsi untuk menstabilkan tahap testosteron dan estrogen. Madu juga merupakan energy booster yang semula jadi!

#4. Asparagus 

Sayuran ini dipercayai dapat merangsang asif folik yang mana dipercayai dapat merawat penghasilan histamin, satu komponen penting dalam mencapai orgasm. Malah kepercayaan kuno Perancis pada kurun ke 19 mereka akan menghidangkan 3 jenis hidangan asparagus kepada pengantin lelaki untuk malam pertamanya. 

#5. Delima 

Kajian ada menyatakan jus delima boleh bantu masalah ‘eraksi’. Buah ini juga kaya dengan bahan antioksida. Jadi apa tunggu lagi? Amalkan setiap hari!

#6. Daun selasih

Suka makan laksa johor? Jangan lupa bubuh daun selasih banyak-banyak ya. Malah kepercayaan orang dulu-dulu ada menyatakan daun selasih ini seolah bertindak sebagai daun pengasih. Dalam kepercayaan rakyat Romania dulu-dulu ikatan pertunangan akan termeterai apabila pasangan memberikan seranting daun selasih.

Dalam kepercayaan orang Mexico pula pasangan kekasih akan menyimpan daun selasih dalam sebelah poket bajunya, dengan harapan kekasih mereka akan sentiasa kembali kepada mereka.

Ia dipercayai, aroma daun selasih ini dapat menjadikan orang lelaki menjadi ‘liar’, jadi wanita akan menaburkan daun selasih yang ditumbuk lumat pada payudara mereka. Selain itu daun selasih juga dipercayai boleh melancarkan perjalanan darah dan stimulasi nafsu seks serta meningkatkan degupan jantung. 

#7. Strawberi 

Buah strawberi selalu dikaitkan dengan percintaan, keghairahan dan romantis. Malah khasiat buah strawberi juga kaya dengan Vitamin C, potassium, zat besi dan fiber. Bagus untuk perjalanan darah, di bawah itu. 

#8. Makanan pedas

Apabila anda makan makanan pedas perasan tak anda akan mula berpeluh? Suhu badan juga meningkat, itulah juga ciri-ciri apabila anda berasa ghairah. Namun ada juga yang mengambil langkah berhati-hati untuk tidak makan pedas sebelum beraksi, takut sakit perut pula. Makan berpada-padalah ya. Janganlah makan sambal bertambah-tambah pula. 

#9. Coklat

Coklat mengandungi dua bahan kimia tryptophan yang mana dapat mengeluarkan serotonin dan phenylethylamine dan berkaitan dengan amphetamine, ia dirembeskan apabila orang dilamun cinta. 

#10. Artichokes

Tumbuhan ini cukup kaya dengan bahan antioksida dan vitamin yang mana bagus untuk kesihatan badan dan pengaliran darah yang lancar. 

#11. Kacang almond

Tradisi perlu adanya kacang almond ini di majlis perkahwinan bermula dari zaman Roman dahulu kala. Tetamu akan membaling kacang ini kepada pasangan baru berkahwin kerana baunya dipercayai dapat menaikkan nafsu wanita. 

#12. Bawang putih

Bawang putih mengandungi allicin, satu bahan yang mampu meningkatkan pengaliran darah. Ia juga berupaya untuk menaikkan nafsu dan memanaskan badan. 

#13. Pisang

Jika anda fikir hanya dengan bentuk pisang saja dapat megundang fikiran yang bukan-bukan, anda salah ini kerana dengan makan pisang juga mampu menaikkan rasa ghairah tau! Vitamin B dan potassium dapat membantu menghasilkan hormon seks. 

#14. Krim putar

Oleskan krim putar waktu beraksi, ia bukan saja memberikan rasa manis, tapi bertindak sebagai pelincir!

#15. Tiram

Tidak dinafikan tiram banyak menjadi perbualan orang apabila bercerita mengenai makanan menaikkan nafsu wanita ini. Mengapa? Ia tinggi dengan asid amino yang mampu merembeskan hormon seks dengan banyak! Mengikut pengkaji dari Itali, makanlah ketika ia mentah, efeknya luar biasa!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan dari Bahasa Inggeris dan disiarkan semula di theAsianparent Malaysia.

Baca juga:

10 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Ghairah Seks Pasangan

Penulis

Felicia Chin