Kehamilan adalah tempoh yang menggembirakan dan dalam masa sama agak mencabar. Terdapat banyak mitos dan pandangan tentang makanan pantang semasa mengandung.
Tidak mustahil bakal ibu hamil merasa bingung tentang makanan yang sepatutnya dielakkan dan yang sebenarnya selamat untuk diambil.
Adakah makanan pantang semasa mengandung hanya mitos semata-mata? Benarkah makanan tertentu dapat mempengaruhi perkembangan janin? Apakah pandangan pakar tentang makanan laut, kafein, dan makanan mentah semasa mengandung?
Makanan Pantang Semasa Mengandung
Jika anda ingin mengetahui kebenaran tentang makanan pantang semasa mengandung, jangan lepaskan peluang untuk bertanya dan mendapatkan jawapan daripada pakar kami, MissMasz.
Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Puan Mas (Market Researcher), Confinement Consultant di Tungbayee Natural Self Care membincangkan di laman komuniti theAsianparent Malaysia.
Kandungan Dah 10 Minggu, Tapi Saya Keguguran. Adakah Saya Perlu Berpantang?
Jawapan: Berpantang selepas gugur adalah perlu dan aspek yang perlu diberi fokus adalah pemulihan tenaga dengan mendapat rehat yang cukup, sokongan emosi dari pasangan dan keluarga dan pengambilan makanan seimbang.
Saya Mengandung Anak Pertama dan Usia Kandungan Masih Awal. Apakah Makanan Yang Dilarang Ketika Awal Kehamilan?
Jawapan: Makanan yang perlu dielak adalah makanan yang mengandungi kandungan gula, kolestrol, lemak dan asid yang tinggi. Selain itu, sekiranya puan mempunyai alahan makanan tertentu, boleh elakkan. Boleh rujuk diet pemakanan seimbang untuk mendapatkan nutrisi makanan yang betul.
Bolehkah Makan Anggur Ketika Hamil?
Jawapan: Ibu hamil boleh makan anggur kerana anggur kaya akan vitamin K, vitamin C, dan pelbagai lagi. Antara manfaat anggur untuk ibu hamil adalah mencegah sembelit, membantu pertumbuhan tulang, dan meningkatkan imunisasi.
Apakah Makanan Pantang Semasa Mengandung Yang Perlu Dielakkan Sebenarnya?
Jawapan: Buah-buahan seperti durian dan nanas selamat untuk dimakan semasa mengandung, walaupun terdapat mitos mengaitkan buah-buah ini dengan keguguran. Walaubagaimana pun, pengambilannya perlulah dalam kadar sedikit-sederhana terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kencing manis, darah tinggi dan gastrik.
Bagi pengambilan minuman berkafein, adalah selamat dlm kuantiti 1-2 cawan sehari. Namun, penting untuk mengawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian.
Saya Mengalami Kulit Kering Di Muka, Tangan Dan Semua Permukaan Kulit. Saya Juga Kerap Kencing. Sekarang Usia Kandungan 16 Minggu. Apakah Tips Untuk Kurangkan Masalah Ini?
Jawapan: Keadaan kulit kering juga berkemungkinan disebabkan faktor hormon dan kurang minum air kerana puan risau ke tandas. Puan boleh mendapatkan krim di farmasi atau rujuk ke dermatologist.
Kerap kencing ketika mengandung adalah normal disebabkan perubahan hormon dan juga tekanan di bahagian pundi kencing. Sekiranya puan rasa sakit atau sangat terganggu, boleh rujuk kepada doktor.
Bolehkah Saya Makan Susyi? Pulut Boleh Buatkan Bayi Kembung Perut?
Jawapan: Makanan sejuk atau berangin tidak memberi kesan kepada anak yang menyusu kerana si manja hanya akan menerima nutrisi melalui air susu ibu. Bukannya suhu atau angin.
Bolehkah Minum Air Kelapa? Saya Pantang Baru 20 Hari
Jawapan: Air kelapa ada selamat diminum kerana mempunyai vitamin dan mineral semulajadi. Air kelapa juga membantu hidrasi.
Saya Baru Hamil 5 Minggu Tidak Ada Sebarang Pengetahuan Apa Yang Perlu Dibuat. Tidak Tahu Nak Makan Apa, Pantang Larang Awal Kehamilan. Adakah Rujukan Yang Boleh Saya Perolehi Maklumat?
Jawapan: Puan boleh rujuk artikel online seperti di tungbayee.my dan puan juga boleh bertanya pada doktor ketika temujanji antenatal. Terdapat juga artikel di dalam Asian Parents ini yang boleh digunapakai sebagai rujukan. Ikuti kami di platform sosial media untuk dapatkan ilmu tentang kesihatan, kehamilan dan berpantang.
Betulkah Tidak Boleh Makan Roti Sebab Mengandungi Yis Dan Dikatakan Yis Tidak Baik Boleh Mengecutkan Rahim?
Jawapan: Yis dalam roti adalah selamat di makan melainkan puan memang ada alahan terhadap produk mengandungi yis. Rahim mengembang jika makan roti kerana mengandungi yis adalah mitos.
Makanan tidak boleh menyebabkan rahim mengembang atau mengecut kerana makanan akan dicerna oleh perut, bukan di organ peranakan.
Baik Atau Tidak Ambil Minyak Kelapa Dara Ketika Hamil Dan Pantang?
Jawapan: Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara adalah selamat diambil dengan kadar tertentu (rujuk doktor/ahli farmasi) melainkan puan mempunyai alahan terhadap produk ini. Dapatkan VCO yang asli. Juga di ingatkan setiap pengambilan perlulah dalam kadar bersederhana.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia